Wawa first day di sekolah

Wawa baru sahaja genap 3 tahun masa 5 september hari tu. Supposed to be dia kena masuk sekolah awal january tahun ni. Tapi daddy wawa tak nak bagi lagi sebab masa tu wawa tak petah sangat bercakap. But now.. shes so clever. Tak tau mana dia belajar semua bahasa. Hahaha. Alhamdulillah syukur Allah panjang kan usia kita sebab dapat tengok anak anak membesar depan mata.

Btw , kakak wawa sekolah kat Q-dees. Mommy pilih sebab sekolah ni sangat teliti.. Diorang akan lock semua pintu.. untuk elak berlaku perkara yang tak diinginkan. Means.. hanya ibu bapa sahaja d benarkan.. dan orang yang di kenali sahaja ambik anak anak. Incase orang yang datang tak di kenali ambik budak tu.. diorang memang tak kan kasih punya. Plus , derang memang utamakan kesihatan kanak-kanak.. setiap hari akan makesure cek suhu anak anak dulu before masuk class. Takut ada yang demam ke apa. Tau la mak bapa sekarang.. anak demam pun nak hantar ke sekolah. Adehh.

Bab pelajaran.. tak nak sentuh sangat. Of course lah semua sekolah mengutamakan pelajaran kan. Macam Qdees ni , english adalah keutamaan. Bagi aku penting lah.. bukan lah aku masuk kan anak ke dalam tu sampai tak ajar agama kan. Kat rumah.. aku memang akan ajar dia bab agama. Yang ni tak perlu tunggu dia sekolah. Memang kena didik seawal yang mungkin. Tak kan nak tunggu sekolah kan. 

Masa hari pertama kat sekolah memang lah aku risau. Aku takut dia diam2 tak bagitau nak kencing ke.. nak berak ke. Nak minum ke apa. Hahah. Giler ahh kalau ko dah jadi mak tapi tak reti risau. Jadi mak mak ni jangan laki je ko risau.. anak anak pun kena risau sekali.


Alhamdulillah.. kakak wawa lansung tak menangis. Tapi teacher dia cakap... masa dia bagitau nak kencing. Dia dah tak tahan sangat masa tu... sampai depan pintu toilet je dia dah terkucil. Hahaha. Alahai anak... selama ni setiap pagi mommy yang akan tanya dulu kalau nak kencing ke apa.. kot lah dia main lebih sampai tak ingat nak kencing. Tau lah budak budak kan. Heheh

Kalau ikutkan hati.. aku tak nak bagi dia sekolah dulu. Sebab awal sangat.. nak bagi dia enjoy dulu bangun lewat.. hehe. Tapi hari hari dah dia cakap nak sekolah. Bagi ja lah. Haha. 
Nampak dia exited pi sekolah. Harap harap dia boleh protect diri dia dalam class and boleh follow apa yang teacher ajar. 


Tak tau lah nak kata apa.. bila tengok anak sekolah macam ni. Macam macam lah naluri ibu datang. Kesian anak bangun pagi lah. Kesian anak kat class.. takut gaduh dengan budak budak dia tak reti protect diri.. walhal kakak wawa pandai je protect diri sendiri bila tengok dia main dengan budak lain. Hahaha. 

Harap harap dia happy lah.. dan enjoy. Bagi dia sekolah bukan nak perah otak dia belajar awal.. cuma nak bagi dia belajar disiplin. Biasanya dekat sekolah anak anak  kita lebih cepat disiplin dari duduk rumah.  Gituuu.. semoga Allah pelihara anak anak mommy walau di mana sahaja. Dan jadi anak yanh berguna dunia dan akhirat..



© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED