Kenapa Pilih Q-dees Preschool

Dekat ig.. ada member tanya , kakak wawa umur berapa masuk sekolah. Btw.. kakak wawa baru sahaja 3 tahun 5 september hari tu. Kalau ikutkan dia dah kena masuk preschool masa umur 2 tahun.. tapi masa tu kan mommy tengah pregnant , plus daddy wawa pun tiba tiba rasa berat hati nak bagi anak dara dia sekolah. Hehe. 


Lama dah kot cari cari preschool yang baik untuk anak anak.. ada je little caliph. Orang cakap kenapa tak hantar anak ke little caliph. Sana ada ajar alif ba ta semua. Belajar agama. Alahaiiiiii.. nak ajar anak agama tak perlu tunggu kat sekolah. Kalau boleh bab agama ni , ajar lah awal awal kat rumah. Mengaji... mengenal Allah. Alhamdulillah.. kakak wawa tau siapa Pencipta.. buat baik Allah sayang. Banyak lagi lah.
So that is why mommy hantar dia ke Q dees. Sebab Q dees dia mengutamakan english. Betul lah di rumah boleh je cakap mat saleh ke anak. Tapi dah kau cakap pun tunggang tebalik. Nak cakap apa benda nya. Shape shape.. dia tau lah. Menyanyi baba black sheep dia hebat lah. Hahaha. Tapi banyak benda yang baik ada kat Q-dees tu.

Yang aku tau Q-dees ni preschool yang terbaik kat malaysia.
Bab bab security pun memang terjaga sangat lah... class yang selesa. Programme dia pun semua best best. 




Banyak lagi mommy screenshoot tapi berat pulak entry nak loading nanti.. nanti korang refer sini


So far.. mommy suka semua tentang Q-dees. Untuk 3 years.. dia masuk class 8.30am - 12 pm
Tapi every friday husband aku ambik pukul 11.. sebab dia nak solat jumaat. Pihak Q dees pun okay je. Alhamdulillah. Teacher semua okay.. baik baik belaka. Bila tanya perkembangan anak pun derang jujur je bagitau.

Macam kakak wawa.. dia suka lari lari. Normal kata teacher. Ambik masa juga bagi dia sesuaikan diri. Yelah.. berapa tahun anak aku duduk rumah je. Kerja dia hari hari.. round satu rumah. Dah sampai Q dees dia buat la juga benda sama.. lagi kawan ramai. Lagi lah dia suka.

So far.. anak mommy exited ke sekolah. Mungkin juga sebab environment.. student dalam class pun terhad je. So dia tak rasa semak sangat ramai budak budak. Alhamdulillah.. memang berbaloi lah bagi anak anak masuk Q-dees. 








© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED