5 bulan dah Athisya

Ye Alhamdulillah... cepat masa berlalu , 5 bulan dah Athisyah sekarang..


Berat tisyah pun dah naik 8 kg. Hehehe. Untuk baby premature macam tisya ni , berat 8 kg dan umur 5 bulan memang sangat mengkagum kan. Hahaha

Even si kakak tu masa 5 bulan dolu.. berat baru 6 kg. Aku tak tau lah.. baka mana dia kutip berat naik macam tu. 

Tisya Full bf kat aku.. Insha Allah rezeki panjang , aku susukan dia sehingga umur 2 tahun macam kakak. Aku memang sejenis yang happy dengan kehidupan menyusukan anak.. sebab berat aku boleh maintain 55 kg. Kahkah. Pluss.. dah rezeki anak anak dapat susu percuma. Tak kan nak bazir duit beli pedisure. Siapa cakap bf baby ni susah?? 

So far.. bagi aku lagi senang , tak adalah nak angkut botol susu ke sana ke mari.. kalau nak jalan-jalan pun , aku akan pastikan anak menyusu sekenyang kenyang nya dulu. So bila jalan dalam mall dia nyenyak tidur dalam stroller. Gitewww

Aku ni sejenis yang suka atur masa. Maksudnya.. aku akan pastikan jam berapa sepatutnya anak menyusu.. hehe , and jangan lah korang kata budak budak ni menyusu nya tak kira waktu. Yess.. masa yang aku dah kira kira tu lah waktu anak aku menyusu. Dan masa dia tidur pukul berapa... semua aku dah standby siap siap. So bila je baby nak menyusu.. kita orang cari tempat yang sesuai untuk menyusukan baby.. aku okay je menyusukan anak kat restaurant. Tapi makesure lah duduk kat tepi tepi.. hujung dunia macam tu. Jadi tak ada lah orang gile emm nak skodeng kau menyusu. Sekarang kan ada untuk cover susu kan baby. Tapi aku tak guna tu.. tudung aku cukup labuh dah nak cover si kenit. Haha.

Semua nya depends on you mommy. Bijak atur masa.. even waktu tidur ,waktu bangun tidur , waktu nak solat.. baby kena setel susu dah.. semua WAJIB atur elok2. So tak ada lah masalah stress jadi IBU. 

Enjoy setiap moment dengan anak-anak. Bila diorang dah besar nanti. Mesti kita kehilangangan rasa seperti ni lagi. Semua dah besar besar. Nak gomol pun tak lalu dah. Hehe

Jauh dah aku merepek. Haha. Btw gud luck mommy semua.

© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED