Skin Care Baru

Hari tu aku ada share skincare masa pantang di sini..

https://byshaz.blogspot.my/2018/04/skincara-masa-pantang.html

So far nano punya skincare aku boleh terima. Claymask from freeman pun aku puas hati. Cuma... cleanser hada labo tu tak sesuai dengan skin aku. Bukan sebab cleanser tu tak elok. Mungkin skin aku yang agak cerewet. Last 2 weeks ni.. skin aku back to oily macam masa pregnant hari tu. Aku pun tak tau lah kenapa. Sampai jerawat tumbuh 2 3 ketul dah. Besar gedabak pulak tu.

So that , aku buat keputusan untuk tukar cleanser je. Sebab hada labo tu buat skin aku oily lagi teruk. Fuh!! Macam mana aku tau...?? Lepas aku basuh muka.. aku akan biar skin aku free dulu tanpa secalit pun toner or serum dan sebagainya. And the result is.. skin aku jadi oily sampai boleh goreng karipap pusing. Even di bawah aircond. Huhuhu.

Okay.. btw , ini adalah skincare baruuuuuu aku. Ohh yeah!!


Pilihan aku kali ni dari Garden OF Eden. Aku tak ada lansung niat nak beli brand ni before this.  Masuk-masuk dalam guardian.. habis i round dari hujung ke hujung. Hahaha. Semata-mata nak cari skin care yang khas untuk oily skin. And finally.. aku pilih GOE ni je. Sebab utama.. cleanser dia jenis mild and memang untuk oily skin and acne prone. Jerawat aku tak la banyak.. cuma seketul dua gitu je. Tapi besar yang amat. Aduhh.. aku dah test dah cleanser dia tadi.. 30 minit pun skin aku kekal lagi.. tak ada sebarang minyak. So okay lah kot.. nanti akan ku review after 2 3 weeks ehh. Terlalu awal lagi nak review.. aku ni kalau bab-baby review , teramatlah jujur.. hehe. 

And second punya item.. acne gel dari GOE juga. Dah bermacam-macam acne gel aku try.. tapi tak berkenan sangat.. mostly acne gel ni dia akan tinggal kesan dan parut. Serius tak tipu. Boleh kata acne gel dalam drugstore tu aku dah pernah try dari zaman anak dara lagi. Tapi GOE ni aku tak pernah try lagi.. even dia punya skin care lain-lain aku tak pernah try. Ini pertama kali. Harap-harap okay lah kan. 

So.. nanti after 2 3 weeks , aku review result guna garden of eden ni ye. 

See ya =)

© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED