Resepi Sotong Masak Butter Kering

Aku harap ada orang search resepi sotong masak butter kering nanti. Haha
Susah nau nak bagi tajuk.. aku selalu ada masalah nak bagi tajuk. Hmmm.

Hari ni dah masuk puasa ke 7 khenn.. So far , sepanjang puasa ni. Semua juadah berbuka aku masak je. Puasa pertama je kitaorang beli luar.
Jangan ingat aku ada anak kecil tak menyempat masuk dapur. Hehe.. Aku kalau masuk dapur , macam-macam jenis masakan bermain di minda.. tapi since anak aku jenis nak mengempeng.. so aku kena masak selaju-lajunya..



So di sini aku nak share resepi sotong masak butter kering paling mudah!
Ni resepi cara aku k... aku tak sempat nak snap semua gambar step by step. Sebab aku kena cepat dan laju.. 

RESEPI & BAHAN-BAHAN

BAHAN-BAHAN YANG DI PERLUKAN

1. Tepung Bestari
2. Telur 2 biji
3. Butter
4. Daun kari
5. Bawang putih
6. Cili padi ( terpulang nak letak atau tak )

CARA-CARA NAK MASAK

1. Celup sotong dalam tepung bestari bersama air sedikit.

2. Kemudian sediakan tepung bestari sahaja. Ini untuk salutan kedua sebelum sotong di goreng. Sotong akan lebih rangup dan tak meletup. Selesai menggoreng , asingkan dahulu dan sediakan kuah butter.

3. Masukan minyak bersama butter di kuali.

4. Tumis bawang bersama cili api , daun kari. 

5. Ambik kuning telur sahaja.. hancurkan , dan masukan ke dalam kuali secara perlahan sambil kacau telur kuning selaju yang boleh..  lebih elok guna gear 4. Hehehe.

6. Masukan perasa garam sedikit ( kak shaz buh sikit.. sebab butter kan dah masin )

7. Masukan gula sikit.

8. Angkat kuah butter bila dah berbuih tinggi dan campur dengan sotong yang kita goreng pada awalnya. Jangan lupa tos dahulu jika nak kering. 





© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED