Pengalaman Menggunakan Epsom Salt

Lama gila aku cari epsom salt ni. Bekurun aku ke guardian.. asyik kehabisan stok ja. 
Semalam minta tolong husband carikan semula. Eh eh ada pulak dah. 


Kenapa aku gigih sangat cari epsom salt ni..
Pertama , sangat sesuai buat mandian anak-anak. Since si kakak tu kerap selesma... maka , aku nak cuba mandikan dia dengan epsom salt ni. Plus , sekarang ni kan musim sakit.. boleh katakan , kitaorang serumah kena selesma. Dah lah aku baru ja habis pantang.. sikit hari lagi nak puasa. Mesti tak selesa. 

So semalam , husband dah rasmi siap-siap. Lepas badminton.. dia mandi dengan epsom salt ni. And the result... husband cakap tak ada rasa sakit-sakit otot dah. Kebiasaan nya.. lepas husband bersukan , dia akan rasa teramat penat dan sakit otot. Semalam , tak ada pulak dia mengadu sakit.. and paling best , dia rasa senang bangun subuh. Wowww!! Ni bukan review tipu ye... its really happened to our family last night!!! 

Aku sempat rendam kaki ja semalam. Dannnnnn.. pagi ni selesma dah kering!!!! Awal pagi tadi pun bawa anak berendam dalam air epsom salt ni... sungguh! Seronok haihh.. 

Selalunya.. orang SPA banyak guna epsom salt ni untuk rendaman kaki. Aku tau sebab member aku ada SPA.. dia sendiri yang bagitau. Sebab tu aku beria sangat cari natang ni. Hehehe

Banyak lagi kot kebaikan.. korang boleh google. Kang aku taip kat sini.. sama je yang korang baca nanti. Hahaha. 
So aku share berdasarkan pengalaman kami sekeluarga ja... 

Sebenarnya.. lebih baik mandi 3 hari berturut-turut.. ada juga sesetengah penceramah yang aku dengar , mandi air garam ni seelok nya buat selama 21 hari.
Lama juga tuu... dah lah epsom salt ni bungkusan dia kecik je. Harga dalam RM8. So korang kena sediakan at leats 4 bungkus lah.. untuk 21 hari. 
Itu kalau kegunaan sekeluarga.
Tapi kalau untuk diri sendiri.. sebungkus cukup lah.

Macam aku.. memang kena banyak. Sebab anak aku dua orang.. laki aku lagi. Dah tu.. aku buat baja tanaman aku sekali. Hehe
Yang ni aku tak boleh bagi feedback lagi. Aku baru baja pokok tomato aku pagi tadi.. tengok seminggu nanti , result ok ke tak.

Ooh yaa... selain dari tu , kalau korang ada masalah kepala gatal ke apa.. korang boleh campur kat shampoo. Aku tak ada sukatan untuk ini. Aku main agak-agak je. Bukan tu je , aku ada campur sikit kat cleanser Rosat T yang aku guna sekarang.
Resultnya pun aku still tak boleh info lagi.. baru buat hari ni. Next day aku inform. Wokeh.

Btw..  aku bukan doktor atau pun perunding kesihatan. Hanya dapat info melalui pembacaan yang banyak. Kalau korang nak guna tips yang aku share.. pastikan atas risiko sendiri. Hehehe.
Banyak kan membaca.. in syaa Allah dapat info yang banyak. Baik untuk diri.. baik untuk semua.

Gud luck yang ingin mencuba.

© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED