Bengkung Pilihan Masa Pantang

Dah habis pantang baru nak cerita pasal bengkung. Hahaha
Yelah.. mana tak nya , time pantang baru-baru ni sampai 3 jenis bengkung aku ada.
Yang first sekali tu husband aku yang beli.. sebab aku lama duk hospital , masa tisyah kena admit kat SCN tuh. Tapi aku tak kenan sangat..sebab bengkung tu jenis lilit sana sini.. rimas pulak aku jadinya.


Bengkung ni aku memang tak pernah guna.. kalau korang nak beli , bagitau aku eh.. bau dia pun lain macam.. ada bau ubat. So aku tak kenan sangat.

Yang second tu.. my mom aku belikan. Tak sempat nak snap.. tapi yang jenis bengkung sekali pakej seluar naik kan bontot. 

Maaf owner gambar..pinjam pic. Tak ingat link 
Nak credit.

Yang my mom beli tu jenis sajat punya bengkung.. tapi aku rasa tak praktikal nak guna.. sebab masa pantang aku kerap minum air.. leceh pulak nak buka pasang balik. Haha.

Lastly.. aku beli sendiri di kedai jamu biasa..
Simple sahaja.. asalkan boleh buat bengkung.. 



Yang ni brand Vasia je.. tak mahal sangat , guna pun selesa.. dari anak pertama aku memang guna ni.. tapi dah tak ingat yang lama buh mana.. haha


So antara ketiga-tiga tu.. aku lagi suka pattern Vasia. Tak perlu lilit sana sini.. nak buang air pun mudah.

Dan yang paling best.. perut aku dah kempis weh!! Semua jeans saiz 27 28.. aku dah boleh guna semula. Yahuuuu

Yang penting.. jaga makan , jaga minum.. Insyaa Allah berat cun.. hehe. Tak perlu diet , tapi ambil makanan yang berkhasiat pun ok.. kurangkan ninuman manis , makanan berlemak. Mesti berat cun!
© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED