Baby Tisyah 2 Months Already!

Alhamdulillah.. hari ni adik tisya dah genap 2 bulan.  So far setakat ni berat adik naik dengan jaya nya walaupun dia ada hypothyroid. Tipu lah kalau aku tak sedih kan. Tapi dah takdir Allah. Aku redha.

Since adik lahir premature.. so perkembangan dia mungkin aku tak boleh expect terlalu tinggi seperti baby full term. Kalau kakak dulu.. before 2 months dah boleh respon and nampak bila kita bawa sembang.
Tapi adik.. a bit slow. Dia still boleh follow and dengar suara kita.. tapi still tak boleh tengok dengan jelas.

Maybe ada setengah parents yang tak tahu pasal baby prem akan banyak tanda soal dan kecoh sikit. Contoh macam.. eh anak kau tak boleh tengok lagi ke? Eh anak kau 2 bulan baru 4 kilo lebih ke? This is normal.. sebagai mommy kepada baby prem.. aku dah stanby dah and kuatkan mental bila berhadapan dengan orang macam ni.

Aku banyak kan bahan bacaan.. and of course be positive. Tipu lah kalau aku tak sedih kan.. kadang-kadang ada juga terselit rasa sedih.. bukan sedih sebab anak lahir tak cukup bulan.. tapi sedih takut-takut anak mudah terkena jangkitan.. atau ada sakit lain.. bla bla.
Apa yang aku buat.. aku kena kuat , so that anak aku akan kuat sama.. gituuu.


Apa yang aku boleh buat sekarang.. aku kena bagi extra care dekat dia. Bagi dia dorongan... bantu dia agar tumbesaran dia mudah dan cepat. So far.. setakat pembacaan yang aku dapat... baby prem ni , perkembangan dia boleh sahaja dalam keadaan normal if kita sebagai parents kena bagi dorongan dan sokongan yang kuat. Kalau buat sambil lewa.. itu satu sebab progress baby bertambah slow.. wallahulam.
Aku share melalui pembacaan sahaja , tak ada niat nak memperkecil kan parents yang lain.
Sama lah macam baby full term.. tak semua baby boleh jalan cepat , dan tak semua baby boleh cakap cepat kan.. hehe.. depends on parents tu juga.

In Shaa Allah anak mommy kuat.. Selagi mommy dengan daddy hidup. Selagi tu kitaorang bagi sokongan kuat pada anak-anak.
Kakak pun akan tolong adik sama..
Sekarang pun  , kakak dah banyak ajar adik.. semua benda kakak nak bagitau.. table mana , toys kakak patut susun kat mana.. baju adik colour apa. Hehehe.. alhamdulillah. Kakak yang baik.

Sayang anak mommy semua... esok kalau dah reti baca blog mommy.. mohon menangis hentak kaki lepas baca entry ni ye. Kikiki

Happy 2 months baby Tisyah.
( 26 May 2018 )
© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED