Adik Ada Masalah Congenital Thyroid



Tadi bawa adik jumpa pakar , cek jaundis.. alhamdulillah.. adik bebas jaundis dah. Syukur ya Allah. Tapiiiiiii... doktor bagitau , hasil daripada ujian makmal , adik ada masalah Congenital Thyroid.

Sedih haihh.. masa mula-mula doktor bagitau..
Aku terlopong jap.. tak dapat cakap apa-apa
Sebab terkejut.
aku suru doktor ulang balik, 
Kang susah nanti nak google panjang sangat.

Sedihnya lah.. macam mana baby sekecik ini boleh ada sakit.. tercari-cari aku dari mana punca adik dapat Congenital Thyroid.
Masa tu doktor nak bagi adik ubat dah... tapi since jaundis adik pun dah clear.. adik boleh respon secara normal
Maka.. doktor decide untuk ambik darah sekali lagi.

Respon aku?? Aku memang jadi blur.. sebab tak habis fikir apa punca nya. Laju tangan aku menggoogle , tapi yang sedihnya... mostly info copy paste.. 10 blog aku baca , semua content copy paste.. jadi aku malas nak explain lagi. Kang google claim blog aku pun content ciplak punya. Hmmmm. 

Doktor cakap... tanda-tanda hypothyroid ni ,baby kerap tidur.. tapi aku tengok ,adik banyak bejaga.. means dia tak adalah tidur memanjang. Plus , adik boleh menyusu dan breastfeed dengan baik. Dari sumber yang aku baca... baby akan ada masalah kesukaran untuk menyusu jika ada congenital Thyroid. 

Cuma... satu simptom yang aku ada terbaca , baby ada masalah sembelit.
Adik bukan lah sembelit.. dia cuma membuang dua tiga hari sekali... tapi dalam kuantiti yang banyak.
Najis pun normal..lembut macam biasa. Yang tu je problem.. tapi doktor kata normal.
So aku iya-iya kan je..

So far , simptom yang doktor bagitau.. tak ada kat adik.. aku sure sangat! 
Cuma sebagai mak.. of course alh aku susah hati kan.
Mak mana tak susah hati anak sakit.. 

Apa yang aku boleh harapkan.. adik bebas hypothyroid , harap-harap reault darah adik nanti yang kali kedua.. dah normal.

Aku tak sanggup tengok anak-anak sakit..
Sungguh! Anak selesma pun aku boleh jadi zombie pantau anak tiapa masa..
Kalau ada nak bagi anugerah ibu mithali , mohon bagi anugerah tu kat aku... 

Jadi.. aku berharap doa-doa dari korang semua agar anak aku sihat..bebas dari segala penyakit..
Aamin...


Adik dah 47 hari.. berat dah 4kg. Walaupun dia premature , tapi berat naik sangat cantik.. syukur alhamdulillah.
Semoga anak mommy sihat selalu.. esok kalau adik besar , jangan lupa baca blog mommy..
Biar adik tau.. betapa sayangnya mommy dekat kamu.. huhuhu..
Kakak pun sama... mommy sayang dua-dua.. touching pulak dah.. 





© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED