Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan



Giveaway ini akan berlangsung dari 11.59 malam 17 Mei 2018 sehingga 11.59 malam 11 Jun 2018

Baby Tisyah 2 Months Already!

Alhamdulillah.. hari ni adik tisya dah genap 2 bulan.  So far setakat ni berat adik naik dengan jaya nya walaupun dia ada hypothyroid. Tipu lah kalau aku tak sedih kan. Tapi dah takdir Allah. Aku redha.

Since adik lahir premature.. so perkembangan dia mungkin aku tak boleh expect terlalu tinggi seperti baby full term. Kalau kakak dulu.. before 2 months dah boleh respon and nampak bila kita bawa sembang.
Tapi adik.. a bit slow. Dia still boleh follow and dengar suara kita.. tapi still tak boleh tengok dengan jelas.

Maybe ada setengah parents yang tak tahu pasal baby prem akan banyak tanda soal dan kecoh sikit. Contoh macam.. eh anak kau tak boleh tengok lagi ke? Eh anak kau 2 bulan baru 4 kilo lebih ke? This is normal.. sebagai mommy kepada baby prem.. aku dah stanby dah and kuatkan mental bila berhadapan dengan orang macam ni.

Aku banyak kan bahan bacaan.. and of course be positive. Tipu lah kalau aku tak sedih kan.. kadang-kadang ada juga terselit rasa sedih.. bukan sedih sebab anak lahir tak cukup bulan.. tapi sedih takut-takut anak mudah terkena jangkitan.. atau ada sakit lain.. bla bla.
Apa yang aku buat.. aku kena kuat , so that anak aku akan kuat sama.. gituuu.


Apa yang aku boleh buat sekarang.. aku kena bagi extra care dekat dia. Bagi dia dorongan... bantu dia agar tumbesaran dia mudah dan cepat. So far.. setakat pembacaan yang aku dapat... baby prem ni , perkembangan dia boleh sahaja dalam keadaan normal if kita sebagai parents kena bagi dorongan dan sokongan yang kuat. Kalau buat sambil lewa.. itu satu sebab progress baby bertambah slow.. wallahulam.
Aku share melalui pembacaan sahaja , tak ada niat nak memperkecil kan parents yang lain.
Sama lah macam baby full term.. tak semua baby boleh jalan cepat , dan tak semua baby boleh cakap cepat kan.. hehe.. depends on parents tu juga.

In Shaa Allah anak mommy kuat.. Selagi mommy dengan daddy hidup. Selagi tu kitaorang bagi sokongan kuat pada anak-anak.
Kakak pun akan tolong adik sama..
Sekarang pun  , kakak dah banyak ajar adik.. semua benda kakak nak bagitau.. table mana , toys kakak patut susun kat mana.. baju adik colour apa. Hehehe.. alhamdulillah. Kakak yang baik.

Sayang anak mommy semua... esok kalau dah reti baca blog mommy.. mohon menangis hentak kaki lepas baca entry ni ye. Kikiki

Happy 2 months baby Tisyah.
( 26 May 2018 )

Resepi Sotong Masak Butter Kering

Aku harap ada orang search resepi sotong masak butter kering nanti. Haha
Susah nau nak bagi tajuk.. aku selalu ada masalah nak bagi tajuk. Hmmm.

Hari ni dah masuk puasa ke 7 khenn.. So far , sepanjang puasa ni. Semua juadah berbuka aku masak je. Puasa pertama je kitaorang beli luar.
Jangan ingat aku ada anak kecil tak menyempat masuk dapur. Hehe.. Aku kalau masuk dapur , macam-macam jenis masakan bermain di minda.. tapi since anak aku jenis nak mengempeng.. so aku kena masak selaju-lajunya..



So di sini aku nak share resepi sotong masak butter kering paling mudah!
Ni resepi cara aku k... aku tak sempat nak snap semua gambar step by step. Sebab aku kena cepat dan laju.. 

RESEPI & BAHAN-BAHAN

BAHAN-BAHAN YANG DI PERLUKAN

1. Tepung Bestari
2. Telur 2 biji
3. Butter
4. Daun kari
5. Bawang putih
6. Cili padi ( terpulang nak letak atau tak )

CARA-CARA NAK MASAK

1. Celup sotong dalam tepung bestari bersama air sedikit.

2. Kemudian sediakan tepung bestari sahaja. Ini untuk salutan kedua sebelum sotong di goreng. Sotong akan lebih rangup dan tak meletup. Selesai menggoreng , asingkan dahulu dan sediakan kuah butter.

3. Masukan minyak bersama butter di kuali.

4. Tumis bawang bersama cili api , daun kari. 

5. Ambik kuning telur sahaja.. hancurkan , dan masukan ke dalam kuali secara perlahan sambil kacau telur kuning selaju yang boleh..  lebih elok guna gear 4. Hehehe.

6. Masukan perasa garam sedikit ( kak shaz buh sikit.. sebab butter kan dah masin )

7. Masukan gula sikit.

8. Angkat kuah butter bila dah berbuih tinggi dan campur dengan sotong yang kita goreng pada awalnya. Jangan lupa tos dahulu jika nak kering. 





Review Facial Spray by Sendayu Tinggi

Antara skin care yang aku ada.. dan paling aku gemar sangat , adalah facial spray dari sendayu tinggi.. Ni dah botol kedua dah aku guna. Aku memang siap-siap beli dua botol hari tu. 


Apa yang menarik facial spray by Sendayu tinggi ni ?? 
- sebab pertama... sesuai untuk skin yang ada acne macam aku ni , walaupun tak banyak.. seketul dua pun dah kira ada jerawat kan. Aku kalau tak guna produk khas acne prone , memang skin aku akan tumbuh jerawat seketul. Hmm. Dia punya seketul tu , dah macam speed bump dah. Hahaha

- sebab kedua ,kena guna before kita nak makeup. Aku tak tau lah.. bila spray before makeup , automatic..foundation akan nampak sekata sahaja. Pernah dah cuba guna after makeup... foundation tak cantik pulak. Hehe


Kalau di ikutkan.. facial spray ni khas untuk dry skin.. tapi aku tetap nak beli juga. Hehe. Alhamdulillah.. serasi dengan kulit aku. Gatal pun tak... berminyak pun tak. 

Actually..aku baru nak guna semula facial spray ni , sebab.. sepanjang aku pregnant.. aku memang tak guna apa-apa produk yang berkaitan dengan acne prone..aku tak berani.. 

So aku guna facemist aloe vera by nuela je.. aku ada share entry kat sini.. nanti baca k.



So sekarang... before makeup , aku akan guna facial spray sendayu tinggi... after makeup , aku spray pulak guna aloe vera ni.. skin pun segar. Tak adalah makeup jadi kelabu asap nanti. Hihi

So kalau korang nak beli facial spray ni , boleh beli... untuk dry skin pun okay , oily skin pun boleh.. tapi untuk yang skin oil.. boleh test dahulu , takut tak sesuai dengan korang.

Mungkin sesuai dengan aku.. tapi dengan korang tak. Kang tak pasal-pasal.. mak jadi mangsa. Haha. 







KEYWORD MINGGU INI


Seronok sangat kalau entry bertahun dulu still menjadi carian paling top setiap minggu .


Cara nak shopping dekat aliexpress

Keyword ni pun..semakin hari ,semakin laku.. mungkin juga sebab aliexpress suda membuat pembaharuan... so , tu pasal ramai mencari cara macam mana beli barang melalui aliexpress..

Nanti baca entry di sini


Kalau ada yang tak tahu lagi.. aku memang selalu beli socks , headband baby kat aliexpress.. sebab nya boleh beli borong.. harga pun sangat murah.

1 pieces headband dekat malaysia biasanya dalam RM10.. dekat aliexpress , ada 18 jenis colour.. harga RM12 untuk 1 lot... ( 18 pieces )hehe
Free poss pula tu.. socks pun boleh dapat 1 lot dengan harga RM 12.. dalam 1 lot tu ada 10 pasang.. dan free pos. Muraahhhhh..

So kalau korang nak shopping dari aliexpress.. boleh install apps dia sahaja. 


Adik Ada Masalah Congenital Thyroid



Tadi bawa adik jumpa pakar , cek jaundis.. alhamdulillah.. adik bebas jaundis dah. Syukur ya Allah. Tapiiiiiii... doktor bagitau , hasil daripada ujian makmal , adik ada masalah Congenital Thyroid.

Sedih haihh.. masa mula-mula doktor bagitau..
Aku terlopong jap.. tak dapat cakap apa-apa
Sebab terkejut.
aku suru doktor ulang balik, 
Kang susah nanti nak google panjang sangat.

Sedihnya lah.. macam mana baby sekecik ini boleh ada sakit.. tercari-cari aku dari mana punca adik dapat Congenital Thyroid.
Masa tu doktor nak bagi adik ubat dah... tapi since jaundis adik pun dah clear.. adik boleh respon secara normal
Maka.. doktor decide untuk ambik darah sekali lagi.

Respon aku?? Aku memang jadi blur.. sebab tak habis fikir apa punca nya. Laju tangan aku menggoogle , tapi yang sedihnya... mostly info copy paste.. 10 blog aku baca , semua content copy paste.. jadi aku malas nak explain lagi. Kang google claim blog aku pun content ciplak punya. Hmmmm. 

Doktor cakap... tanda-tanda hypothyroid ni ,baby kerap tidur.. tapi aku tengok ,adik banyak bejaga.. means dia tak adalah tidur memanjang. Plus , adik boleh menyusu dan breastfeed dengan baik. Dari sumber yang aku baca... baby akan ada masalah kesukaran untuk menyusu jika ada congenital Thyroid. 

Cuma... satu simptom yang aku ada terbaca , baby ada masalah sembelit.
Adik bukan lah sembelit.. dia cuma membuang dua tiga hari sekali... tapi dalam kuantiti yang banyak.
Najis pun normal..lembut macam biasa. Yang tu je problem.. tapi doktor kata normal.
So aku iya-iya kan je..

So far , simptom yang doktor bagitau.. tak ada kat adik.. aku sure sangat! 
Cuma sebagai mak.. of course alh aku susah hati kan.
Mak mana tak susah hati anak sakit.. 

Apa yang aku boleh harapkan.. adik bebas hypothyroid , harap-harap reault darah adik nanti yang kali kedua.. dah normal.

Aku tak sanggup tengok anak-anak sakit..
Sungguh! Anak selesma pun aku boleh jadi zombie pantau anak tiapa masa..
Kalau ada nak bagi anugerah ibu mithali , mohon bagi anugerah tu kat aku... 

Jadi.. aku berharap doa-doa dari korang semua agar anak aku sihat..bebas dari segala penyakit..
Aamin...


Adik dah 47 hari.. berat dah 4kg. Walaupun dia premature , tapi berat naik sangat cantik.. syukur alhamdulillah.
Semoga anak mommy sihat selalu.. esok kalau adik besar , jangan lupa baca blog mommy..
Biar adik tau.. betapa sayangnya mommy dekat kamu.. huhuhu..
Kakak pun sama... mommy sayang dua-dua.. touching pulak dah.. 





Pengalaman Menggunakan Epsom Salt

Lama gila aku cari epsom salt ni. Bekurun aku ke guardian.. asyik kehabisan stok ja. 
Semalam minta tolong husband carikan semula. Eh eh ada pulak dah. 


Kenapa aku gigih sangat cari epsom salt ni..
Pertama , sangat sesuai buat mandian anak-anak. Since si kakak tu kerap selesma... maka , aku nak cuba mandikan dia dengan epsom salt ni. Plus , sekarang ni kan musim sakit.. boleh katakan , kitaorang serumah kena selesma. Dah lah aku baru ja habis pantang.. sikit hari lagi nak puasa. Mesti tak selesa. 

So semalam , husband dah rasmi siap-siap. Lepas badminton.. dia mandi dengan epsom salt ni. And the result... husband cakap tak ada rasa sakit-sakit otot dah. Kebiasaan nya.. lepas husband bersukan , dia akan rasa teramat penat dan sakit otot. Semalam , tak ada pulak dia mengadu sakit.. and paling best , dia rasa senang bangun subuh. Wowww!! Ni bukan review tipu ye... its really happened to our family last night!!! 

Aku sempat rendam kaki ja semalam. Dannnnnn.. pagi ni selesma dah kering!!!! Awal pagi tadi pun bawa anak berendam dalam air epsom salt ni... sungguh! Seronok haihh.. 

Selalunya.. orang SPA banyak guna epsom salt ni untuk rendaman kaki. Aku tau sebab member aku ada SPA.. dia sendiri yang bagitau. Sebab tu aku beria sangat cari natang ni. Hehehe

Banyak lagi kot kebaikan.. korang boleh google. Kang aku taip kat sini.. sama je yang korang baca nanti. Hahaha. 
So aku share berdasarkan pengalaman kami sekeluarga ja... 

Sebenarnya.. lebih baik mandi 3 hari berturut-turut.. ada juga sesetengah penceramah yang aku dengar , mandi air garam ni seelok nya buat selama 21 hari.
Lama juga tuu... dah lah epsom salt ni bungkusan dia kecik je. Harga dalam RM8. So korang kena sediakan at leats 4 bungkus lah.. untuk 21 hari. 
Itu kalau kegunaan sekeluarga.
Tapi kalau untuk diri sendiri.. sebungkus cukup lah.

Macam aku.. memang kena banyak. Sebab anak aku dua orang.. laki aku lagi. Dah tu.. aku buat baja tanaman aku sekali. Hehe
Yang ni aku tak boleh bagi feedback lagi. Aku baru baja pokok tomato aku pagi tadi.. tengok seminggu nanti , result ok ke tak.

Ooh yaa... selain dari tu , kalau korang ada masalah kepala gatal ke apa.. korang boleh campur kat shampoo. Aku tak ada sukatan untuk ini. Aku main agak-agak je. Bukan tu je , aku ada campur sikit kat cleanser Rosat T yang aku guna sekarang.
Resultnya pun aku still tak boleh info lagi.. baru buat hari ni. Next day aku inform. Wokeh.

Btw..  aku bukan doktor atau pun perunding kesihatan. Hanya dapat info melalui pembacaan yang banyak. Kalau korang nak guna tips yang aku share.. pastikan atas risiko sendiri. Hehehe.
Banyak kan membaca.. in syaa Allah dapat info yang banyak. Baik untuk diri.. baik untuk semua.

Gud luck yang ingin mencuba.

Review Claymask Mint + Lemon By Freeman

Freeman Claymask - Wuuu... baru kali ni aku jumpa clay mask yang boleh buat muka tegang and at the same time boleh buang minyak-minyak kat muka.

Before ni.. aku ada guna clay mask dari loreal , yang hijau tu. Tapi skin aku jadi gatal pulak after 1 hour. Mungkin ada bahan yang aku alergic. 
Setakat ni.. aku baru try dua jenis clay mask. Loreal dengan freeman ni ja.


Bagi aku... claymask freeman ni yang terbaik.
Satu sebab , bila guna dia boleh reduce minyak yang ada kat skin. Muka pun akan rasa tetarik sikit dan tegang bila guna.

Kalau umur dah 30 and above.. boleh cuba yang ni. Actually dia tak adalah mention berapa umur yang kena guna.. if umur kau under 30 pun boleh ja.
Tapi kalau nak skin jadi tegang.. boleh try ni.
Yang paling best.. pores pun mengecil. Okay lah , harga pun murah. 

Claymask ni aku guna seminggu sekali je. Sebab aku selang seli kan dengan peel of mask by himalaya. Yang ni pun aku suka juga. Tapi nanti lah aku review. Hehe
Setakat ni.. clay mask ni je aku berkenan. Nanti nak test yang innisfree punya. Orang cakap okay ,tapi tak sure kalau skin aku boleh kenan. 

Recommended to others??
Yess.. if skin uols jenis oily. Tapi kalau skin jenis dry. Aku tak syorkan claymask jenis ni. Sebab lepas guna.. memang skin akan jadi dry , aku yang jenis oily ni pun dia boleh dry gila-gila. 
Tapi sangat best untuk aku , sebab berkesan.. pores pun dah kurang. Minyak pun dah kurang. Tak adalah kering terus. But then dia boleh control penghasilan minyak di wajah. Gituuu

Price ?
Dalam RM20 + macam tu lah.

Repurchase ?
Yessss , of course.. setakat ni , aku boleh setia dengan freeman lagi . Tapi kalau aku ada jumpa produk yang better than this. Maybe aku boleh berubah hati jugak la. Haha

So kalau korang nak guna claymask ni.. makesure skin korang jenis oily.
Kalau dry , boleh ambil yang jenis lain punya.
Sebab freeman ni dia ada banyak jenis.


Ini antara jenis claymask freeman yang ada kat drugstore. Tapi setakat ni , aku pernah nampak yang grey.. hijau cucumber dengan avocado tu. Purple pun ada. 
Orange dengan black sugar tu aku tak pernah jumpa lagi. Maybe drugstore yang aku p , tak ada stok kot.

So.. korang gi lah serbu drugstore. Freeman dekat drugstore yang aku selalu masuk.. stok cepat habis. Haaa.. jangan lambat-lambat. Kalau nak buat collection semua sekali. Beli je lah.. try satu-satu. Hahaha. 

Shuhaidasaad.com 2nd Giveaway


Salam kerajaan baru semuaa....

Jom sama-sama join Giveaway dari Blogger Shuhaida.Com
Gud Luck semua.

Sepatutnya Adik Lahir Hari Ni , Tapi....

Kalau di ikutkan.. due aku sebenar 10 May 2018. Tapi kuasa Allah mentakdirkan aku bersalin lebih awal . Iaitu sebulan awal dari tarikh sebenar dan jatuh pada 28 March 2018. Alhamdulillah , Walaupun baby lahir premature , Allah kurniakan adik cukup sifat dan sihat sejahtera.

Nampak tak.. besarnya kuasa Allah. Kita hanya mampu merancang.. tapi DIA lah yang menentukan segala nya.

Nak di jadikan cerita.. aku pecah air ketuban masa usia kandungan 32 weeks tepat. Huuuu. Masa tu , dah pukul 8 malam kot.. tengah sembang dan main dengan kakak. Aku terbatuk sikit... tak kuat mana pun. Setakat bedehem dua tiga kali je. Tiba-tiba rasa ada air keluar.. suam-suam pulak tu. Hati mula tak sedap.
Mana tak nyaa.. aku dari awal lagi risau kalau bersalin nanti , aku mesti jauh dari kakak.. dari aku lahirkan kakak , tak pernah sekali pun aku tidur malam tanpa dia.. huhuhu. Tau tak feeling dia macam mana. Dengan tak sedia nak bersalin.. dengan risau anak sorang ni akan mencari.

Dengan hati yang tak sedap.. aku pakai kain sarung untuk nak tau sama ada betul air ketuban yang keluar ke atau tak. Serius lah.. aku bediri je.. tiba air keluar banyak lagi. Penuh kain sarung aku tauuuu!!!! Masa tu.. aku cuak gila weh! Takut...sedih.. macam-macam feeling. Aku yakin dah memang.. kalau gi hospital , comfirm admit punya. Gigih aku explain dekat kakak.. jangan cari mommy nanti. Kakak angguk je.. ntah dia faham ke tak..  Dah tu satu apa barang baby pun aku tak ada beli lagi.

Aku dan suami bukan saja lambat-lambat beli barang.. ingat nak beli masa 34 weeks.. tapi tak sangkah takdir memilih aku untuk bersalin awal.. iaitu masa usia kandungan aku 33 weeks 6 days. Dengan berat baby 2.0 kg. Percaya atau tak.. before ke hospital tu ,aku dan suami sempat singgah beli barang baby 4 helai.. pampers , tishu basah dan semua lah kelengkapan baby. Dah lah jantina baby kita tak tahu.. 5x scan , 5 x juga baby tak tunjuk. Ehehe. So kita orang pilih white colour sahaja malam tu.
Sepanjang jalan menuju ke hospital , aku touching yang amat.. aku tak sanggup kot jauh dari anak. Aku terus terang , tak boleh sangat tidur tak ada anak-anak. Macam mimpi ngeri rasa malam tu.

Sampai hospital.. aku direct ke labour room. Diorang cek dah buka 1 cm. Whattttt!!!!!!! Aku menangis semau2nya. Bukan menangis sebab mengenangkan anak lahir awal ke apa.. aku menangis sebab rinduuuu kakak. Aku tak tau lah kalau ada mommy di luar jenis macam aku. Sejenis makhluk yang tak boleh anak jauh. Huhuhu. Masa ni.. kakak dengan husband dah tunggu kat luar , tu pun aku boleh dengar lagi suara anak aku jerit panggil mommy. Ya Allah...

Lepas cek bukaan semua.. misi pindah kan aku ke wad biasa untuk monitor baby. Sebab nak buat ctg semua. Masa ni , tak ada lansung contraction . Sakit pun tak ada.. keluar je dari pintu labour room tu , anak aku jerit sambil datang peluk aku.. ya Allah , start lagi drama pukul 7. Aku menangis tak henti-henti sambil explain dekat dia agar tak cari aku kalau tak ada malam. Aku pandang husband aku pun dah macam sedih sekali.
Mata pun dah merahh. Aduhaii.. tragis sungguh.

Bila dah admit.. bermula lah episod duduk wad seminggu. Betul tepat 7 hari. Malam tu juga aku ambik dexa sekali. Ngeri weh. Aku ada share pasal dexa dalam entry lalu. Nanti korang cari lah ye.
Maka sepanjang 7 hari tu juga aku menangis mengenang anak di rumah. Sedihnya lah haihh... 3 hari pertama.. aku tak ada rasa sakit lansung duduk dalam tu , aku siap request nak balik rumah. Tapi doktor tak bagi.. sebab air ketuban banyak dah keluar plus aku dah on antibiotik kan. Takut baby kena jangkitan sebab air ketuban dah banyak keluar.. hari ke 4 tu , aku keluar darah pulak..

Dannnnn... bermula lah contraction ku setiap hari....... hari ke 4 , ke 5 , ke 6 dan ke 7. Aku dah tak boleh tahan dah. Bayangkan aku menahan contraction selama 4 hari. Sampai kan bila waktu melawat , aku dah tak boleh dah sembang-sembang dengan husband..anak dek kerana menahan contraction tu. Tapi sayang... bukaan hanya 2 cm. Sepanjang aku duduk dalam tu.. doktor tak bagi cek bukaan kerap sebab takut baby kena jangkitan. Dan doktor nak , proses bersalin ni berlaku secara natural since kandungan baru 33 weeks. But then.. if 34 weeks aku tak ada bukaan , baru lah doktor masuk ubat.

Hari ke 5 tu... ada bukaan lagi 2 cm. Masa ni , aku memang dah tak boleh tidur malam. Telelap 5 minit. Sakit lagi. ALLAHU... Tuhan saja lah tahu sakitnya macam mana. Aku siap buat muka kesian dah kat misi.. sebab tak tahan sangat.

Masuk hari ke 6.. pagi tu , aku rasa macam ketulan-ketulan darah dah keluar. Aku siap tunjuk kat misi lagi pad aku pagi tu. Then doktor cepat-cepat buat scan... tau scan tu buat macam mana ? Bukan scan kat perut tau.. diorang scan dari laluan bawah... dia punya ngeri tu... fuhh! Ngeri bukan apa... sebab dah tak tahan dengan contraction. Di usung ke sana ke mari lagi. Doktor cuma nak pastikan takut uri baby ke apa.. Tapi alhamdulillah.. semuanya normal.

Dalam pukul 3 macam tu. Contraction dah jadi setiap seminit..  nak tak nak sister cek bukaan juga. And finally.. bukaan dah 5 cm. Tu pun doktor tak nak hantar aku ke labour room lagi. Aku siap cakap lagi.. aku dah tak tahan dah ni , nak teberak dah. Hahah. Nak tak nak doktor call bahagian pakar kanak-kanak and maklumkan yang aku dah kena hantar ke labour room.

Bermula episod di labour room. Aku ingat malam tu aku dah nak bersalin dah. Tapi rupanya takkkk... dalam pukul 6 petang macam tu , misi cek bukaan. Dah 7 cm. Hanyaa 1 cm sahaja tambahan. Aku memang dah tak berhenti berdoa dah. Siap whatsapp adik beradik..suami semua minta ampun. Kot la pernah buat salah. Mulut aku boleh tahan diva AA juga ni. Hahahahaha.

Malam tu memang bermandikan air mata lagi. Boleh kata sepanjang aku dalam tu... memang mandi air mata je lah. Huhu. Sepanjang malam aku tak tidur masa tu. Husband siap pujuk lagi suruh sabar. Dalam sakit macam tu pun , aku balik-balik tanya keadaan kakak.

Sudahnyaa.. sepanjang malam bukaan tetap 7 cm.

Hari ke 7 tu.. dalam pukul 4 pagi macam tu , misi datang cucuk antibiotik. Dalam sejam macam tu contraction hilang. Gila weh! Dalam hati aku.. semua orang yang masuk labour room.. dah bersalin , siap dengar lagi diorang meneran. Tak kan aku kena tidur dalam labour room lagi.. aduuuhh. Pagi tu dalam pukul 8. Aku minta kebenaran nak bersihkan diri.. mula-mula tu misi tak bagi.. takut aku terberanak. Tapi aku bagitau yang aku tak rasa sakit lansung. Siap mandi semua.. breakfast. Baru lah aku boleh terlelap. Tapi tu pun setiap sejam aku kejut sendiri.. sebab rasa sakit. Tapi sakit yang boleh tahan lagi lah.

Berganti-ganti misi tanya ada sakit ke tak.. aku cuma bagitau dalam sejam-sejam je. Tatkala ibu lain menjerit menahan contraction.. aku boleh tidur nyenyak hari tu.. sampai pukul 5.30 petang aku tidur..

Sudanya masa doktor datang melawat..  dia suggest aku cucuk dexa lagi sekali. Tapi aku tolak. Sebab aku tak tahan.. bukan tak sayang anak , tapi aku yakin.. baby will be okay , sebab bukaan pun dah 7 cm. Selepas doktor keluar ,misi pulak datang bawak air dalam botol.. katanya untuk mempercepatkan proses bersalin..

Dalam pukul 6 macam tu ubat masuk.. 6.05 minit aku dah rasa sakit dah.. contraction datang menyerang.. aku bagitau misi yang aku dah sakit sangat ni.  Aku kira contraction pun dah setiap seminit. Contraction kali ni lebih sakit dari sebelumnya.. 6.15 macam tu , aku rasa macam kepala baby dah nak turun. Aku jerit kat misi bagitau yang aku dah nak beranak ni. Memang riuh lah bilik tu. Misi pakat masuk bilik ramai-ramai. Sebab aku dah lama kan dalam tu. Kira record lah patient paling lama dalam labour room. Hahahaha.

Misi cek bukaan... dah 10 cm. 6.22 aku teran semaunya.. dalam 3x cubaan , tepat 6.23 petang tatkala azan maghrib berkumandang seluruh sabah.. aku selamat melahirkan baby girl dengan berat 2.0 kg. Masa usia kandungan 33 minggu 6 hari. Alhamdulillah baby sihat.

Maka lahir lah puteri kami yang kedua dan di nama kan ATHISYAH SHAZWEEN.





Gambar ni.. usia adik genap 44 hari. Dan hari yang sepatutnya due aku bersalin. 10 May 2018. Hihi

Kuasa Allah. Tu lah kan..masa pregnant hari tu , mulut aku tak habis-habis cakap sedih nanti pantang tak dapat makan makanan bazar ramadhan. Hahaha. Sudahnya Allah takdirkan aku habis pantang before ramadhan. Heheh.

Oh yaa.. baby lahir hari tu masuk dalam kaca tak sampai 24 jam , sebab baby boleh bernafas seperti biasa. Dan baby duduk dalam SCN 5 hari. Lama sebab baby ambik darah dan kena tunggu selepas 48 jam. Bab SCN ni.. nanti next entry je la aku cerita eh...

Sorry kalau entry panjang sangat . Kalau ikutkan aku nak buat novel. Tapi apakan daya.. hahahaha


Skin Care Baru

Hari tu aku ada share skincare masa pantang di sini..

https://byshaz.blogspot.my/2018/04/skincara-masa-pantang.html

So far nano punya skincare aku boleh terima. Claymask from freeman pun aku puas hati. Cuma... cleanser hada labo tu tak sesuai dengan skin aku. Bukan sebab cleanser tu tak elok. Mungkin skin aku yang agak cerewet. Last 2 weeks ni.. skin aku back to oily macam masa pregnant hari tu. Aku pun tak tau lah kenapa. Sampai jerawat tumbuh 2 3 ketul dah. Besar gedabak pulak tu.

So that , aku buat keputusan untuk tukar cleanser je. Sebab hada labo tu buat skin aku oily lagi teruk. Fuh!! Macam mana aku tau...?? Lepas aku basuh muka.. aku akan biar skin aku free dulu tanpa secalit pun toner or serum dan sebagainya. And the result is.. skin aku jadi oily sampai boleh goreng karipap pusing. Even di bawah aircond. Huhuhu.

Okay.. btw , ini adalah skincare baruuuuuu aku. Ohh yeah!!


Pilihan aku kali ni dari Garden OF Eden. Aku tak ada lansung niat nak beli brand ni before this.  Masuk-masuk dalam guardian.. habis i round dari hujung ke hujung. Hahaha. Semata-mata nak cari skin care yang khas untuk oily skin. And finally.. aku pilih GOE ni je. Sebab utama.. cleanser dia jenis mild and memang untuk oily skin and acne prone. Jerawat aku tak la banyak.. cuma seketul dua gitu je. Tapi besar yang amat. Aduhh.. aku dah test dah cleanser dia tadi.. 30 minit pun skin aku kekal lagi.. tak ada sebarang minyak. So okay lah kot.. nanti akan ku review after 2 3 weeks ehh. Terlalu awal lagi nak review.. aku ni kalau bab-baby review , teramatlah jujur.. hehe. 

And second punya item.. acne gel dari GOE juga. Dah bermacam-macam acne gel aku try.. tapi tak berkenan sangat.. mostly acne gel ni dia akan tinggal kesan dan parut. Serius tak tipu. Boleh kata acne gel dalam drugstore tu aku dah pernah try dari zaman anak dara lagi. Tapi GOE ni aku tak pernah try lagi.. even dia punya skin care lain-lain aku tak pernah try. Ini pertama kali. Harap-harap okay lah kan. 

So.. nanti after 2 3 weeks , aku review result guna garden of eden ni ye. 

See ya =)

4 Amalan Baik Sebelum Tidur

Zaman sekarang ni ada tak lagi buat amalan baik before tidur.
Kak shaz sure..ramai yang tak amalkan dah benda-benda macam ni. Yelah.. zaman sekarang kan zaman kesibukan. Dah sehari suntuk kehulu ke hilir.. makan pun kat luar , mana nak ingat lagi buat amalan sunnah sebelum tidur.  


Sebelum kita semua jauh hanyut dengan kelalaian.. 

Kak shaz nak menyeru semua yang baca post ni agar mulakan semula amalan-amalan yang baik sebelum tidur.

Insyaa Allah bangun subuh mudah.. sepanjang malam akan tidur dengan tenang tiada gangguan.

Dan yang paling penting.. ceria bila bangun tidur.

Insta Story Quote #1




Focus on the best RESULT
Then you can get the MONEY



Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa

Bismillah... 

Assalamualaikum semua..  selambut menyambut bulan syaaban untuk rakan blogger
Sempena bulan yang indah ni , kak shaz nak ajak semua member blogger join GIVEAWAY paling syok dan  gempak dari blogger SIQAHIQA




KLIK BANNER UNTUK JOIN GIVEAWAY INI

gud luck semua..
** thank you blogger siqahiqa untuk giveaway yang menarik ni. 
Apa yang kak shaz suka mengenai blog Siqahiqa ni adalah.. gambar yang dia ambik semua cun nak mamposs.. !! tiap kali gambar yang dia up dalam blog semuanya menarik.. mostly guna colour yang lembut..pastel colour gituu. 
 pengambilan photo yang kreatif dari setiap sudut. Sebagai pembaca , mesti kita suka gambar yang menarik kan. Tak kan nak tengok gambar kat media social yang kelabu asap. Hihi. 

Selain dari tu... blog siqah ni banyak share review movie yang terbaru, buku yang dia beli dan dah baca.. cukup bermanfaat untuk pengunjung blog beliau. Tahniah...**
© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED