Tali Pusat Adik Dah Jatuh

Akhirnya.. hari ke 10 baru tali pusat adik jatuh. Cuak juga sebab lambat sangat jatuhnya. Yelah.. ada je suara-suara sumbang cakap kalau tali pusat baby lambat jatuh.  Katanya degil .

Aku tengok.. yang jatuh seawal 3 hari pun boleh tahan juga degil budak tu . Aku jenis mak yang tak suka kepercayaan pelik macam tu. Bukan lah aku nak belakang kan cakap orang-orang tua. 

Tapi... Anak-anak ni , kita yang akan corak diorang. Kita yang bentuk diorang. Acuan nya adalah kita. Mak Bapa.
Kalau acuan baik.. maka baik lah jadi nya. Kita adalah contoh pada anak-anak.

Harus lah didik sebaik mungkin. Jadi ibu bapa ni.. kita kena tunjuk benda baik.. cakap elok-elok. Betul , adakala nya kita teruji dengan sikap anak. Sabar lah.. mungkin itu lah sikap kita dulu pada ibu bapa kita. Anggap lah ianya satu pengajaran. Kalau kita berjaya sekarang , itu tanda nya ibu bapa kita berjaya didik kita.

Kenapa kita tidak berusaha dengan sungguh-sungguh dalam mendidik anak kan.

Eh melalut jauh dah aku ni.. walhal nak cerita tali pusat anak je pun. Hahaha

Btw.. walaupun hari ke 10 tali pusat adik jatuh. Aku dah cukup happy.. at least mudah sikit kerja nak mandikan dia.. nak pakai kan pampers.
Kadang-kadang rasa takut juga bila tali pusat tak jatuh-jatuh lagi. Takut kena jangkitan ke apa.. nauzubillah.. alhamdulillah semuanya baik-baik setakat ni.. 

© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED