Set Berpantang Air Mancur Jadi Pilihan Suami

Dulu masa anak pertama.. aku guna set berpantang tanamerah dengan afiat. Tanamerah tu aku beli loose sahaja.. and afiat fullset. Bagi aku okey je.. best lah. Cuma masa guna set afiat tu.. aku lansung tak makan ubat yang ada dalam tu. Paling aku suka mandian serai wangi afiat. Yang ni aku repeat oder sampai beli 3 botol. Aku guna sepanjang pantang. Rasa segar je mandi dengan mandian tu.

Untuk anak kedua ni.. aku guna air mancur . Sebabnya set berpantang ni.. husband aku yang belikan. Hahaha. Kan aku dah terberanak awal. Masa usia kandungan 33 weeks 6 days.. lepas keluar wad. Aku continue kat NICU pulak sebab baby kena tahan kat situ. So barang pantang semua husband aku yang cari dan sediakan. Aku tak kisah sangat bab barang berpantang ni.



Setakat ni.. aku okay suka je dengan set air mancur ni. Kakak aku pun guna set ni dari anak pertama sampai ketiga. Even my mom pun dulu guna set berpantang yang ni. Dah besar panjang dah aku. Hahaha. My mom bagitau , masa zaman dia.. air mancur ni baru RM30-RM40.. sekarang dah RM90. Huhuhu.. jauh nau naik harga. Sabar la.. zaman abg jibby. Semua naik. Hehe

Balik pada set berpantang ni.. jamu yang ada dalam tu aku tak ada ambik lansung. Sebab anak aku kan jaundis.. lagi pulak , anak aku kan premature.. awal-awal lagi doktor dah pesan jangan ambil sebarang jamu-jamuan dahulu sebab baby fully bf.
So aku hanya guna yang luaran sahaja macam param pilis tu..
Bila guna pilis baru rasa diri tu betul-betul berpantang.


Selain daripada barang berpantang aku dalam box ni.. ada juga minyak telon baby di sediakan. 2 botol pulak tu. Aku rasa set ni sangat berbaloi lah.. murah pun murah. Lengkap pulak tu. Mungkin kalau ada rezeki anak ketiga.. aku beli yang ni je la. Sepanjang zaman kot benda ni.. sampai sekarang ada lagi.

Kalau pun aku nak mandian herba ke apa.. aku beli loose je dari tokoh jamu yang ada.. pun still murah lagi. Tak adalah bazir duit beli set berpantang yang lain sampai tiga ghatus hinggit. Betul dok?

Tak pun.. mak aku jenis tau herba-herba untuk mandi.. sauna.. tangas pun ada.. so aku tak risau sangat nak beli benda-benda tu semua. Boleh je beli kat pasar.. nanti boleh buat sendiri untuk mandian. Yang ni dah turun temurun. Tak yah susah-susah nak beli. Hehehe

So kalau ada yang nak berpantang nanti.. and nak set yang murah.. aku syorkan guna yang ni je. Berbaloi sangat.. hehe
© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED