Pengalaman di NICU 5 Hari

5 hari duduk dalam unit rapi khas bukan benda yang mudah. Lagi-lagi bila dalam keadaan berpantang.. Dari 1st day bersalin lagi.. aku dah ulang alik masuk NICU . 
Aku kat NICU sebab melahirkan anak masa usia kandungan 33 weeks 6 days! And the baby of course lah prematured kan since dia dah keluar before 37 weeks!

Tapi anak aku lahir 2.0 kg. Before melahirkan pun.. aku sempat ambik dexa 2 kali untuk matangkan paru-paru baby. So masa baby lahir.. baby tak di berikan sebarang bantuan alat oksigen. Masuk kaca sekejap sahaja dalam 2 hours sebab nak makesure dia boleh adapt dengan new environment. Yelah duduk dalam perut kat rasa suam-suam. Hehe

Masa duk dalam NICU , aku ingat anak aku paling low weight. Sedih memang sedih.. down sangat. Down bukan sebab lahirkan baby prematured. Tapi sedih takut baby ada apa-apa. Takut ada jangkitan ke apa.. sebab aku pecah air ketuban terlalu awal.. baby pulak keluar after 5 days.
 Suppose to be... day 6 tu , doktor suggest dexa one more time. Tapi aku tak nak dah.. doktor bagitau dexa tu boleh tahan dalam 1 week sahaja.. incase baby tak lahir lagi dalam 1 week gitu.. kita kena ambik dexa semula sebanyak 2x. 
Aku bab cucuk dexa ni.. surrender sangat. Aku rasa sakit nya lebih kurang macam nak meneran bagi keluar kepala baby je. Seriau rasa!
Dah lah aku menahan contraction tiap hari. Huaa tak sanggup rasa kalau ingat balik. Aku pun tak tau macam mana aku boleh lalui benda sukar tu.

Back to nicu punya topic! 5 hari aku dalam tu  banyak benda aku belajar. Satu sabar.. dua kuat , berdikari. Kau bayangkan lah.. dalam keadaan berpantang.. sakit jahitan , badan lemah.. tak cukup tidur. Tapi kau terpaksa ulang alik keluar masuk nicu untuk breastfeed baby. Anak aku pulak jenis menyusu kerap tapi kuantiti yang sangat sikit. Mungkin juga food container dia tak cukup besar. Hahaha.

So setiap 1 hour aku memang akan breasfeed baby.. sampai kadang aku terpaksa bertahan duduk di kerusi berjam-jam lamanya semata-mata nak duduk sebelah baby . Sedih sungguh! Majoriti... semua mommy yang ada dalam tu muka dalam keadaan sedih.. dan di penuhi rasa berharap agar anak cepat sembuh. Ada yang anak 1.3 kg sahaja.. ada anak kembar. Kuning tinggi. Ada anak bergantung pada oksigen setiap masa sahaja. Macam-macam benda yang ada dalam tu. Tapi tujuan mommy semua sama sahaja. Berharap anak cepat sembuh dan boleh balik rumah. 

Duduk dalam NICU satu perkara yang bukan mudah ye. Sedih nya duduk dalam tu sukar nak di ungkapkan. Rindu anak di rumah.. risau anak dalam tu. Risau keadaan diri sendiri. Macam mana kalau aku sakit. Siapa nak jaga anak aku... dengan luka berpantang yan tak sembuh. Seribu kali pun kita luah pada orang.. orang tak kan faham betapa sakitnya rasa tu...

Hari ke-4 aku dalam tu.. baby di masuk kan dalam kaca semula sebab berat baby drop dari 2.0 kg le 1.97 kg. But its normal for baby prem kata doktor. Cuma kena jaga sangat.. plus masa tu baby kuning sampai 165.. dan dia perlu duduk bawah lampu tu.
Hampir 24 jam juga baby duduk dalam tu.
Cabaran sungguh bila nak breastfeed baby. Nak buka incubatur dengan kerap pun tak boleh. Nurse pesan kalau baby betul-betul menangis sahaja baru keluarkan.
Mak mana tak sedih... aku duduk dalam tu memang bertemankan air mata je. Nak bersembang dengan mommy lain pun aku tak de mood. Aku tengok.. ada juga kadang-kadang mommy dalam tu duduk berkumpulan di depan tv. Sembang kosong.. mungkin juga hilangkan tension masing-masing. 

Tapi selama aku duk dalam tu.. aku jarang sekali bercerita dengan mommy lain.. habis breastfeed baby.. aku memang ambik masa even 30 minit sekali pun untuk rest. Sebab takut luka jahitan lambat sembuh. Kang tak pasal-pasal.. baby belum sembuh. Mak admit semula. Nauzubillah. Jangan lah. 

Sumber : google

Last masa day 5 tu... doktor tanya if aku yakin sangat bole jaga baby kalau dah keluar dari nicu. Aku jawap YES dengan penuh yakin weh! Sebab memang tu yang aku nantikan... akhirnya , baby dah boleh balik rumah jumpa kakak nya.. syukur sangat... apa yang aku harap , semoga mommy dalam tu semuanya kuat.. baby kuat dan cepat sembuh.

Aamin..

© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED