Jaundis Adik Tak Habis Lagi

Hari ni.. genap lah usia adik 15 hari. Hari tu admit wad 1 malam sebab kuning baby 241.. 1 malam duk bawah lampu biru , kemudian turun 218.. alhamdulillah.


Esoknya cek lagi.. turun 203. Rest sehari je kemudian hari ni cek kuning semula.. cuma turun 1 sahaja.. bacaan jadi 202. Serius aku tak tipu. Aku pun pelik. Aku tak ada lansung makan jamu-jamuan. Sup yang berasaskan halia.. serai semua tak sentuh. Makan pun dah cukup jaga dah. Buntuh dah otak.

Suppose to be doktor nak cek hati baby hari ni.. tapi memandangkan baby premature tak cukup bulan , so doktor bagi baby rest dahulu sampai selasa next week. Aku harap sangat cek kuning nanti.. baby dah sihat. Bebas jaundis.

Aku pun dah tak larat dah... orang lain seronok je pantang.. yang aku pulak hari-hari hadap hospital. Tak sampai hati tengok anak kena cucuk. Kadang sampai 2x cucuk darah tak keluar.. Allahu. Berat sungguh ujian Allah.

© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED