Boleh ke Beli Barang Baby Awal?

Boleh ke beli barang baby awal-awal?? Maaf andai topik aku kali ni terlalu sensetif. Saja je tanya. Since aku dah terberanak awal.. saja lah share kan pasal ni. Hihi

Dulu masa anak pertama.. kandungan 7 bulan aku dah standby beli barang baby. Sebab anak pertama kan... excited nya lebih sikit. Yelah.. 2 tahun kot aku khawin baru pregnant. Lama tunggu. Hihi 
Boleh kata.. 7 months tu , semua barang dah lengkap. Head to toe! 


Tapi yang second ni.. bukan lah kata tak excited , sama excited yang first. Sebab 2 tahun lebih juga lah jarak dengan kakak.. Ni sebab aku merancang k...hehe 
Cuma.. dari awal pregnancy lagi , orang selalu cakap jangan beli barang baby awal.. kang kandungan ada apa-apa ke.. ?? Hmm.. means kandungan tak selamat ea?? Macam tu la kot maksud makcik bawang. Hihi

So aku macam.. okay.. baik lah makcik pakcik. Sudahnya.. bila kandungan 33 weeks , seketul baju baby pun tak dak lagi. Dan dan.. aku dah nak bersalin. Ya Allah! Giler kelam kabut jadinya.. 8.30 malam aku pecah ketuban. Pukul 9 malam aku dengan husband beli baju baby 2 3 helai dengan kelengkapan yang lain.. Aduhaii

Nampak tak? Beli awal ke..beli lewat ke , sama je. Bukan kata nak belakang kan kata orang tua-tua. Tapi semua nya bergantung pada kita. Doa baik-baik je.. kata fatah amin. Eh! Heheh

Bagi aku.. tak de salah nya kau nak beli awal-awal. Bab jantina , belakang kira.. beli je lah colour pastel.. white colour ke. Simple kata.. beli yang jenis unisex colour.

Kenapa perlu beli awal..? Kang jadi macam aku terberanak awal.. jangan fikir negative please. Beranak awal , tak semestinya baby tak selamat. Even baby 900g pun.. still membesar dengan elok. Kuasa Allah.. siapa kita untuk menidakkan takdir Allah. Sebagai ibu mengandung.. minta la doa baik-baik.. di panjangkan umur anak dalam kandungan.. semoga semua selamat. Dah kenapa anggap " beli barang baby awal-awal penyebab kandungan kita tak selamat " 

Hmmmm... mohon yang berfikiran begini , ubah mindset anda.. berdoa lah. Minta yang elok-elok..pasti benda yang baik-baik akan datang. 

To mothers yang ada di luar sana.. kalau nak beli baju baby awal-awal. Beli je la.. dah beli nanti ,simpan kat almari terus. Jangan beriya dok tunjuk pulak. Tak pasal-pasal kena kecaman dan makian free. Haha. Beli..simpan dan senyap je. Gituuu. Telinga tak sakit.. hati pun tenang.


© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED