Bahaya Bentan

Bahaya bentan... ramai tak tahu lagi.
Aku pun baru sedar betapa bahaya nya bentan ni.. sebab aku dah demam 3 hari beturut-turut. Sakit urat , pandangan pun kurang jelas.. sakit kepala tak terkata. Sungguh tak tipu.
Aku ada share pengalaman aku bentan kat sini


Bab bentan ni tak boleh main-main.. mak aku tau je yang aku demam , memang panjang lah dia membebel. Kan aku pantang sendiri start hari ke 9. Masa tu mak mertua aku dah balik. Aku pun rasa dah sihat sikit.. since aku dah lali ulang alik ke hospital bawa adik cek jaundis.. so aku rasa diri aku macam dah cukup kuat. Yelah.. dari first day je aku melahirkan.. aku dah turun naik dari wad ke NICU sebab baby kena tahan. Dah tu.. aku duduk berjam-jam lagi depan baby cot jaga anak aku. Setiap dua jam aku susukan anak.. kau bayangkan lah.. denga jahitan bawah tak sembuh.. duduk berjam-jam dekat kerusi. Mau tak kebas punggung. Hmmm.

Banyak perkara yang terjadi.. so benda-benda macam ni lah aku rasa jadi kuat... sampai kan aku terlupa yang aku sedang berpantang. Hari ke 10 aku dah masak. Husband cakap tak yah buat pun.. aku tetap buat je. Sudahnyaa.. malam tu juga aku demam.. sampai 3 hari berturut-turut. Rasa menyesal pun ada..hmm

Bahaya kot bentan ni.. salah satunya yang aku tau.. Boleh bawa maut. Yee seriuss.. jangan main-main.

Bentan kalau di biarkan memang boleh bawa maut.. sebab tu lah suami atau saudara mara terdekat kena bagi semangat dan tolong mereka yang tengah berpantang. Yelah kadang-kadang orang berpantang ni mudah stress.

Macam aku.. anak tengah jaundis , memang stress lah... nasib baik ada suami , dan rakan2 blogger yang beri semangat. At least ada yang bantu dari segi emosi. Benda-benda macam ni penting.


Kalau rasa stress masa pantang..cuba berkongsi dengan kawan terdekat.. atau mak ke , suami.. siapa sahaja.. asalkan beban dan stress boleh di leraikan. Gitu...

Apa-apa pun.. saya doakan mereka yang berpantang.. selamat berpantang. Makan makanan berkhasiat , minum air secukupnya. Tak yah lah ikut sangat tak boleh minum air. . Dehidrasi kang.. baru tau.. hihi

© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED