Tips Mudah Bersihkan Rambut Di Lantai

Gigih nau kak shaz cari tajuk yang sesuai.. hahaha.

So here we go.. kak shaz nak share satu cara paling mudah dan simple untuk bersihkan rambut-rambut yang berguguran di lantai.

Tips ni aku dapat dari facebook.. rasa kagum pulak dengan idea ni. Simple , murah dan berbaloi.. hihi


Sediakan penyapu yang jenis ni... rasanya kat rumah semua orang ada natang ni kan.. mudah nak dapatkan. Rega pun dalam 5 ringgit je rasa.. jangan lupa double tape sekali ye.


Lepas tu korang buat macam gambar kat atas tu. 
Kemudian..boleh lah korang bersihkan bawah-bawah sofa ke apa.. celah-celah almari hiasan..
Nanti hasil dia dapat macam dalam gambar bawah ni.
-
-
-

Nampak tak tu.. ni bukan setakat rambut manusia , bulu kucing semua lekat. Jimat duit beli vakum..jimat elektrik. Kiki

Tengok video ni pulak.


Mudah sangat kan.. hehe.. boleh cuba nanti.

Adioss


© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED