Tips Hadapi Anak Keras Kepala

Hari tu , kak shaz ke kenduri family belah husband.. biasalah bila waktu kenduri , ramai je saudara mara yang sembang-sembang. Ada cerita pasal anak.. ada cerita pasal berat badan.
Adalah sorang sedara ni bagitau anak dia keras kepala.. lansung tak nak dengar cakap. Bila kak shaz tengok anak dia. Tak jauh beza pada anak kak shaz.. beza dalam 3 bulan je. Anak kak shaz 2 tahun 6 bulan.. anak kakak tu 2 tahun 9 bulan.


Kak shaz hanya mampu jawap je.. anak-anak umur macam ni memang diorang dalam fasa ingin " menguasai " maksud kak shaz.. diorang nak kita ikut kehendak diorang. Mereka dah rasa cukup dewasa untuk tentukan apa yang mereka nak.

Sebagai ibu bapa.. kak shaz tak rasa kita perlu terus menerus bentak anak-anak dengan kata JANGAN atau TAK BOLEH! Yang ni berdasarkan apa yang kak shaz buat pada anak sendiri.

Pada mulanya , kak shaz pun hentam je.. anak pertama kan. Tapi kata orang tak semestinya kita baru anak satu tapi tak reti jaga anak. Apa yang penting kita kena pandai kawal emosi anak. Belajar.. banyak membaca.  Alhamdulillah.. antara tips yang kak shaz guna kan untuk handle wawa.. perkara pertama.

1. Bagi mereka buat pilihan dahulu. 
- Sebagai contoh.. kalau anak tak nak mandi bagi dia pilihan samada nak mandi sekejap lagi.. atau sekarang. Kebiasaan nya anak kak shaz akan jawap " sekejap lagi " masa ni lah kak shaz ambik ruang cium dia.. dan buat aca-aca dia dah busuk dan kena mandi. Bagitau secara bersahaja bukan dengan menengking atau memukul anak.

2. Fahami perasaan anak
- Yang ni jarang sekali ibu bapa buat.. yang kita tahu , anak sering di jadikan mangsa.. sebab tak nak faham hati ibu bapa. Walhal.. hati anak-anak tiada siapa yang ambil tahu melainkan kita ibu bapa mereka. Tanya pada anak , anak nak apa.. mungkin juga anak perlu perhatian. Beri makan pada anak sahaja tak cukup. Jika kita mengabaikan perasaan anak , ini penyebab anak jadi lebih keras kepala dan tak nak dengar cakap.

3. Minta Izin pada anak jika ambil sesuatu daripadanya. 
- Pada saya.. walaupun kita ibu bapa pada anak-anak.. jangan sesekali merampas permainan mereka. Contohnya anak tengah leka bermain.. tetapi anda nak anak makan dahulu , kemudian tanpa bertanya pada anak , anda dah rampas barang permainan anak tanpa keizinanya. Suda tentu anak akan menangis dan lebih memberontak. Ingat , jika ini yang anda lakukan pada anak.. boleh jadi anak akan lakukan perkara yang sama pada kita.

4. Gunakan Nada rendah ketika bercakap dengan anak
 - Sebagai ibu bapa , perkara paling penting untuk kita jadikan contoh pada anak-anak adalah bercakap dengan nada rendah. Jangan sesekali meninggikan suara sekali pun anak berbuat salah. Ini bukan bermaksud anda perlu berlembut. Tidak ! Hanya perlu bercakap nada rendah tetapi tegas. In syaa Allah anak pasti mudah dengar kata.. dan tak kerasa kepala.

So setakat ini sahaja perkongsian kak shaz.. kak shaz dah buat pada anak sendiri. Alhamdulillah ,bila kita lakukan dengan tenang.. sabar. Pasti anak tak degil dan keras kepala. Mereka pun mudah bertolak ansur jika kena pada gaya nya.

Anda iby bapa.. maka anda lah yang mencorak anak-anak. Siapa kita.. itu lah anak-anak kita.


© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED