Selamat Melahirkan Dah!


Ya Allah syukur alhamdulillah. Kak shaz selamat melahirkan baby pada usia kandungan 33 minggu 6 hari . Baby girl seberat 2.0kg tepat 6.24 petang di kala azan magrib berkumandang di seluruh sabah. Ya Tuhan syukur ke hadrat illahi.

Betul lah kan. Kita hanya mampu merancang. TUHAN yang menentukan segalanya. Baby yang sepatutnya due 10 May.. di lahirkan awal. Ini bermakna kak shaz awal habis pantang.. hihi. Perancangan Allah tu tak pernah salah.


Alhamdulillah. Walaupun kak shaz lahirkan baby prematured. Tapi berat badan baby 2.0 kg tepat. Ini bermakna baby tak lama dalam kaca. Syukur ya Allah. Doktor pun cakap baby sihat.. tak macam baby prem. Alhamdulillah.

Seminggu juga baby bertahan dalam perut. Suppose to be.. semalam doktor nak bagi suntikan dexa lagi 2x. Tapi kak shaz tolak dengan budi bicara. Memang betul , suntikan tu elok untuk baby pramatang. But sepanjang kak shaz dalam ward. Banyak benda kak shaz belajar pasal baby prem. Since kak shaz sehari lagi nak memasuk 34 weeks. So itu dah cukup baik dan sesuai untuk baby keluar awal. Kalau kat oversea, Baby 34 weeks.. dah kira sesuai untuk di lahirkan dengan berat 1.9 ke atas. Baby kak shaz 2.0 kg masa scan hari tu. That is why kakak tolak dexa sekali lagi. Sebab 5 days ago. Kak shaz kan dah complete ambik dexa 2x. Baca  di sini pasal Dexa


Bukan saja-saja tolak. Lagi pun 2 hari beturut-turut.. kak shaz kena contraction yang kuat. Lepas tu bukaan pun dah 6cm. Memang kalau kena dexa lagi.. mau tak mati kak shaz rasa. Bukan juga tak fikir kebaikan baby. Sebab doktor tu cakap. Dexa tahan almost 7 days. Means 1 week lah kan. Kalau ikut kiraan akak. Baru sahaja 5 hari berlalu. 

Tapi masa waktu 6cm tu dah buka.. kak shaz dah masuk labour room dah. Contraction datang sejam-sejam dan kurang sakit. Masa patient lain mengerang kesakitan. Kak shaz boleh tidur pulak walaupun dah 6 cm. So doktor decide nak bantu up kan kesakitan cobtraction tu.. sebab bukaan baru 6cm dari semalam. 15 minit sahaja ubat masuk.. kak shaz dah macam nak gila. Sakit weehhhh... lebih sakit dari melahirkan anak pertama. 

Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar.. baby lahir sihat. Mak sakit beranak itu normal. Sakit yang Allah beri tu juga nikmat. Sehari semalam juga kak shaz duduk dalam labour room menahan sakit. Tapi Allah tu the best planning. Redha.. tawakal.. doa dan usaha. In Syaa Allah.. Ada jalan nya kata Maher Zain. Hewhew

Ada masa nanti.. kak shaz cerita sepanjang 7 hari bertahan sehingga baby lahir pada 33 minggu 6 hari. Doakan anak kak shaz sihat.. jauh dari segalan perkara buruk.

Sayang semua dari kak shaz..


© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED