Review Nivea Lip Butter


Kalau hari tu , kak shaz ada share review mengenai Nivea Extra whitening night cream di sini..
-
-
https://byshaz.blogspot.my/2018/03/review-nivea-extra-white-night-cream.html

Kali ni nak review pulak pasal Nivea Lip Butter .

Review Nivea Lip Butter

Lip butter ni lah penyelamat bila bibir jadi kering.. memang dah berzaman dah kak shaz guna. Kadang-kadang kalau stok lip butter ni tak ada.. baru lah kak shaz guna vaseline tu .

Sepanjang guna lip butter ni... memang puas hati lah. Selalunya kak shaz kalau minum air sejuk banyak.. air cond on 24 jam , memang bibir jadi kering teruk. So kak shaz selalu apply malam before sleep. Rutin dah.. setiap kali nak tido , memang akan sapu dulu kat lips. Hasilnya esok subuh.. bibir jadi lembut , and pinkish! Yang ni tak tipu.. yang penting kena jadikan rutin lah.

Kalau sebulan sekali baru nak guna.. pinkish takdak dik..pinkosh je ado! Apa sahaja produk yang kita guna.. kalau nak hasil memuaskan , kena guna dengan penuh disiplin. Baru lah hasil pun kebaboom!

Kalau nak guna lip matte ke... pun elok buh lip butter ni dulu. Sebab yelah.. ada setengah lipstick ni dia punya pekat agak kuat.. so bila apply lip butter ni dulu.. bibir tak pecah nanti. Gituu

So far.. kak shaz tak pernah lagi ada hati nak guna pelembab bibir lain.. memang teramat setia dengan nivea ni.. dah lah wangi. Rasa nak telan pun ado.. haha.




© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED