Review Nivea Extra White Night Cream


Today dah genap 2 weeks aku guna Nivea Extra Whitening Night Cream ni. So far , ini adalah night cream yang jenis whitening sesuai dengan skin type aku sekarang. Selalunya , aku tak boleh guna any product yang fokus pada whitening. Memang aku agak cerewet sikit bab-bab cream malam yang jenis whitening ni.

Review Nivea Extra White Night Cream

But ahamdulillah , nivea yang ni sesuai dengan aku.. aku guna ni pun sebab nak hilangkan kesan-kesan jerawat masa mula-mula skin brekaout di sebabkan hormon awal-awal mengandung hari tu.
Plus.. cream ni khas untuk pore minimiser. Tu yang aku beli... 
Harga dalam RM33 macam tu kot. Tak mahal dan tak murah. Ok lah.

Cuma yang aku tak kenan sangat dengan nivea ni , fragrance dia kuat yang amat. Husband pun siap tegur lagi. Tidur pun kena guna parfume ke. Haha.

Actually , aku ada je night cream repair brand nutox tu. Tapi nutox yang aku guna khas untuk aging je. Tak fokus pada pores and bekas-bekas jerawat. Kalau nak skin firm ala-ala botox. I prefer guna nutox . Tapi kalau nak bersihkan bekas jerawat , dan kecil kan pores.. better ambik yang khas minimiser pores sahaja. Macam nivea ni.

Bagi aku , cream ni memang agak smooth sikit.. tak oily . Memang sesuai dengan aku... rasa mula-mula macam oily , tapi sebenarnya tak. Heheh. Tak tau macam mana nak bagitau korang. First pakai kat muka tu , rasa macam oil-oil sikit.. tapi after 30 minit , skin akan normal macam biasa.. tak oil dan tak lekit. Bangun pagi pun elok je. Skin jadi fresh.. dalam 2 weeks aku guna , bekas jerawat semua dah hilang.. alhamdulillah.

Ni review aku secara jujur.. bukan kena bayar noo!! hehe... 
Kalau korang nak try , better cek ingredient dulu eh , some of product maybe sesuai dengan aku.. tapi tak kat korang. Mungkin korang ada alahan pada bahan-bahan dalam produk tu.

So cek your skin type first. Then baru beli produk yang sesuai mengikut skin type masing-masing.

Itu sahaja.. adiosss



© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED