Kebun Kecilku

Hujung minggu macam ni... aktiviti blogging atau keluar rumah , aku tak buat sangat.. aku banyak habiskan kemas rumah..dan layan kebun kecil yang baru nak up. Hehe

Tak tau lah sejak bila terdetik di hati nak bercucuk tanam. Rindu halaman kampung agaknya.. memandangkan kita orang duduk bandar dan kawasan taman.. memang agak sukar lah nak bercucuk tanam bagai.. hanya bergantung pada pasu semata.

Alhamdulillah.. dah hampir berapa minggu dah hasil tanaman aku ni.
Walaupun tak ada kepakaran dalam bidang pertanian.. hasil dari cuba-cuba pun menjadi.


Semua benih aku guna dari dapur... tak ada yang beli... tomato , lada besar , lada burung semua aku tanam.. ambik dalam peti ais je. Haha. Even bawang merah dengan bawang putih ni pun aku ambik dari dapur aku je.


Kalau perasan... kangkung pun ada khenn.. hahahaha... ni aku cuba je , tak sangkah menjadi.. mulanya kangkung ni aku rendam kat air selepas kerat daun-daun kangkung buat goreng belacan.. aku rendam seminggu dah menjalar kat bawah..dah tuai sekali... ni kali kedua dah. Tapi last week my mom datang rumah.. dia tanam kat pasu. Aku ikut kan je. Janji menjadi. Heehe.. Tengok tadi dah keluar pucuk dah.. In syaa Allah seminggu dua dah boleh tuai lagi.. tapi tak banyak lah.. pasu pun kecik je. Cukup lah buat makan kita orang anak beranak.


Aku ingat nak tambah lagi tanaman lain. Tapi belakang rumah ni tak kemas lagi.. so ruangan sangat terhad. Kang tak ada tempat nak jemur kain pulak. Aku lebih suka jemur kain belakang rumah dari depan rumah. Kalau depan rumah , semak pulak mata aku tengok. Jadi tak boleh lah aku beriya sangat nak jadikan belakang rumah ni kawasan berkebun sahaja.. kena kongsi untuk part lain pulak. Macam ni la kalau duduk rumah taman.. semuanya terhad. Huhu. 

Mostly tanah dan pasu aku beli kat Mr DIY je.. murah pun murah. Nanti tanaman dah membesar.. kena tukar ke pasu yang lebih besar pulak. Harap-harap subur lah tanaman akak ni. Hehe

Selamat berhujung minggu semua



© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED