Cepatnya Anak Membesar

Cepatnya masa berlalu. Rasa baru hari tu menangis-nangis kat labour room dek menahan sakit nak bersalin. Siap cakap dekat doktor lagi dah tak tahan.. nak suru doktor bedah je. Hahaha. Noob nye jadi ibu... biasalah anak pertama kan. 
But alhamdulillah.. hasil daripada bersabar , selamat lah melahirkan anak pertama pada 05 september 2015. Dua tahun aku dan husband tunggu nak dapat anak ni. Akhirnya Tuhan kurniakan rezeki tu tepat pada masanya.

Now anak dah 2 tahun lebih. Huaaaa.. cepatnya masa berlalu... besar dah dia. Terasa sangat anak membesar dengan cepat.

Satu sebab.. anak perempuan aku ni dah reti kacau blusher aku. Habis sunblock aku dia tepek ke muka. Nampak tak , dia dah reti benda tu boleh tepek kat muka. Siap bagitau aku lagi " wawa makeup ni mommy.. jgn kacau " amboiiii.. kemain lagi dia..

Cepatnya Anak Membesar

Ni before jalan dia minta blusher kan kat pipi. Aku tak pernah lansung ajar dia makeup. Tau-tau je dia faham dan perhati apa aku buat. See , betapa cepatnya anak membesar.

Anak pertama banyak ajar aku jadi ibu yang sabar.. boleh kata , banyak benda aku belajar. Dari tak tahu apa-apa. Jadi super tahu. Hehe.

Siap boleh jadi nurse.. boleh jadi cikgu.. i can be anything for her. Harap-harap aku boleh jadi ibu yang baik buat anak-anak kelak.

Aamin. 

© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED