Berpantang Di Hospital

Hari ni , hari kedua aku admit kat wad bersalin selepas melahirkan baby premature. Ahh tension sungguh! Giler apa tak tension.. aku admit since 22 lagi hokeh. Masa tu usia kandungan 33 weeks. Kemudian masuk labour room 27 march. Last-last baby keluar.. 28 march. Fuhh! Laa ni sambung kat wad bersalin pulak.

Yang sedih nya.. aku tak macam ibu-ibu lain. Lepas beranak terus boleh peluk anak. Aku duk wad bersalin. Anak aku duk dalam wad baby khas. Tapi alhamdulillah , baby tak masuk kaca pun..dan tidak memerlukan bantuan oksigen. Cuma baby kena kawal and di beri antibiotik since dia baby-prem kan. 

Tak apa lah kan. Yang penting baby sihat walafiat. Sedih kot... dah lah teberanak awal , dah tu berpisah dengan anak pulak. Aku dapat jumpa dia bila bagi breastfeed je. Setiap dua jam.. aku gi tengok baby. Bagi susu kerap. Lagi pun doktor nak pantau if she can breastfeed secara normal. So bila baby keluar... diorang tak risau baby turun berat badan. So aku kena tunggu berat dia naik.. baru lah dia boleh keluar.
Gituuu... 

Aku pun tak nak lah mengeluh banyak.. Allah kan Maha Kuasa. Setiap apa yang berlaku.. pasti ada hikmah nya. Siapa kita untuk menidakkan takdir Allah. 
Aku redha.. syukur... In syaa Allah ada sesuatu yang lebih baik.
Anak aku sorang kat rumah pulak.. tengah demam dan selesma. Mak mana tak susah hati. But her daddy can handle the situation. Alhamdulillah.

Kesian tok laki kita.. after je bersalin , kelam kabut dia gi cari barang pantang aku.. nanti barang-barang pantang aku update lain entry eh. Yang penting barang pantang aku kali ni.. jauh beza dengan anak pertama. Kalau anak 1st.. aku ambik salindah dengan Set berpantang Afiat. Tapi banyak aku tak guna.. yang afiat tu , aku guna tang mandian serai dia je.. sampai aku oder 3 botol. Sedap giler bau! Hahaha.. tapi since dah terberanak awal.. memang tak sempat oder dah. Jadinya husband aku gi kedai jamu-jamu je.. beli yang mana sedap di hati dia. Memang kali ni the best punya set berpantang la. Sebab tok laki yang belikan kan.. hehehe

Kau bayangkan lah. Laki aku mana tau bab barang-barang pantang ni. Tapi.. alhamdulillah , dari ke bengkung..minyak panas.. herba semua lengkap dia beli. Oh mo oh mo.. mommy terharu! 

So sepanjang 2 hari ni.. aku berpantang kat hospital je. Serius... even aku kena turun naik dari wad bersalin ke wad baby.. aku still jaga pantang. Cuma.. tau lah hospital , air panas kat toilet pun tak berfungsi. Sedih sungguh! Makanan pun bukan khas untuk ibu berpantang. Ikan tongkol masa asam pedas weh! Fuhhh.. aku makan bubur ayam.. dengan sayur lobak semua je yang mak aku masak. 

Kiranya.. aku still jaga pantang dengan elok. Guna minyak panas.. beza nya , aku tak dapat guna air suam-suam untuk cuci itu ini. Dan kena gerak banyak. Tapi takpe lah. Kita redha. Hehehe


Tak tau apa motif guna gambar ni. Kata rizulala.. tiberr.. hahaha

Pantang cara aku simple je. Makan makanan berkhasiat. Tak kan lah makan bilis..lada hitam je sepanjang masa. Hahaha. Aku still jaga pemakanan mengikut kadar yang berpatutan. 

Harap-harap hari ni dah boleh keluar wad.  Huaaaa rindu nak balik rumah. 10 hari kot aku duk hospital. Sob sob...
Doa kak shaz di mudahkan urusan eh.


© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED