Berpantang Di Hospital

Hari ni , hari kedua aku admit kat wad bersalin selepas melahirkan baby premature. Ahh tension sungguh! Giler apa tak tension.. aku admit since 22 lagi hokeh. Masa tu usia kandungan 33 weeks. Kemudian masuk labour room 27 march. Last-last baby keluar.. 28 march. Fuhh! Laa ni sambung kat wad bersalin pulak.

Yang sedih nya.. aku tak macam ibu-ibu lain. Lepas beranak terus boleh peluk anak. Aku duk wad bersalin. Anak aku duk dalam wad baby khas. Tapi alhamdulillah , baby tak masuk kaca pun..dan tidak memerlukan bantuan oksigen. Cuma baby kena kawal and di beri antibiotik since dia baby-prem kan. 

Tak apa lah kan. Yang penting baby sihat walafiat. Sedih kot... dah lah teberanak awal , dah tu berpisah dengan anak pulak. Aku dapat jumpa dia bila bagi breastfeed je. Setiap dua jam.. aku gi tengok baby. Bagi susu kerap. Lagi pun doktor nak pantau if she can breastfeed secara normal. So bila baby keluar... diorang tak risau baby turun berat badan. So aku kena tunggu berat dia naik.. baru lah dia boleh keluar.
Gituuu... 

Aku pun tak nak lah mengeluh banyak.. Allah kan Maha Kuasa. Setiap apa yang berlaku.. pasti ada hikmah nya. Siapa kita untuk menidakkan takdir Allah. 
Aku redha.. syukur... In syaa Allah ada sesuatu yang lebih baik.
Anak aku sorang kat rumah pulak.. tengah demam dan selesma. Mak mana tak susah hati. But her daddy can handle the situation. Alhamdulillah.

Kesian tok laki kita.. after je bersalin , kelam kabut dia gi cari barang pantang aku.. nanti barang-barang pantang aku update lain entry eh. Yang penting barang pantang aku kali ni.. jauh beza dengan anak pertama. Kalau anak 1st.. aku ambik salindah dengan Set berpantang Afiat. Tapi banyak aku tak guna.. yang afiat tu , aku guna tang mandian serai dia je.. sampai aku oder 3 botol. Sedap giler bau! Hahaha.. tapi since dah terberanak awal.. memang tak sempat oder dah. Jadinya husband aku gi kedai jamu-jamu je.. beli yang mana sedap di hati dia. Memang kali ni the best punya set berpantang la. Sebab tok laki yang belikan kan.. hehehe

Kau bayangkan lah. Laki aku mana tau bab barang-barang pantang ni. Tapi.. alhamdulillah , dari ke bengkung..minyak panas.. herba semua lengkap dia beli. Oh mo oh mo.. mommy terharu! 

So sepanjang 2 hari ni.. aku berpantang kat hospital je. Serius... even aku kena turun naik dari wad bersalin ke wad baby.. aku still jaga pantang. Cuma.. tau lah hospital , air panas kat toilet pun tak berfungsi. Sedih sungguh! Makanan pun bukan khas untuk ibu berpantang. Ikan tongkol masa asam pedas weh! Fuhhh.. aku makan bubur ayam.. dengan sayur lobak semua je yang mak aku masak. 

Kiranya.. aku still jaga pantang dengan elok. Guna minyak panas.. beza nya , aku tak dapat guna air suam-suam untuk cuci itu ini. Dan kena gerak banyak. Tapi takpe lah. Kita redha. Hehehe


Tak tau apa motif guna gambar ni. Kata rizulala.. tiberr.. hahaha

Pantang cara aku simple je. Makan makanan berkhasiat. Tak kan lah makan bilis..lada hitam je sepanjang masa. Hahaha. Aku still jaga pemakanan mengikut kadar yang berpatutan. 

Harap-harap hari ni dah boleh keluar wad.  Huaaaa rindu nak balik rumah. 10 hari kot aku duk hospital. Sob sob...
Doa kak shaz di mudahkan urusan eh.


Keyword Minggu Ini

Mesti korang heran kan kenapa aku suka share pasal keyword ni. Bagi aku.. keyword ni sangat penting untuk orang luar tahu kewujudan blog kau.

Betul berblogging itu sekadar suka-suka. Tapi tak salah kan sambil minum air.. hehe. Kau blogging sambil lah buat income. Biar ada arah tujuan. Hidup ni kena ada matlamat dan tujuan. Blogwalking sahaja tak cukup untuk orang tahu blog kita wujud. Andai kata sehari tak blogwalking. Berapa agak nya pageview kita kan.

Tapi bila ada keyword-keyword tertentu yang memudahkan orang buat pencarian. In syaa Allah.. blog kita tak lepas dari pengunjung. 

So jom tengok keyword minggu ini.





Setakat ni.. view untuk keyword nano white ni memang beribu-ribu orang dapat jumpa. So kiranya.. setiap minggu memang keyword ni naik. Biasalah.. orang perempuan memang banyak menggoogle. Hehe

Yang pasal shopping aliexpress tu.. entry tahun 2016 lagi kot. Pun naik juga. Alhamdulillah.

Keyword nivea pulak.. baru keluar bulan ni. Baru lagi.. jemput 

Selamat Melahirkan Dah!


Ya Allah syukur alhamdulillah. Kak shaz selamat melahirkan baby pada usia kandungan 33 minggu 6 hari . Baby girl seberat 2.0kg tepat 6.24 petang di kala azan magrib berkumandang di seluruh sabah. Ya Tuhan syukur ke hadrat illahi.

Betul lah kan. Kita hanya mampu merancang. TUHAN yang menentukan segalanya. Baby yang sepatutnya due 10 May.. di lahirkan awal. Ini bermakna kak shaz awal habis pantang.. hihi. Perancangan Allah tu tak pernah salah.


Alhamdulillah. Walaupun kak shaz lahirkan baby prematured. Tapi berat badan baby 2.0 kg tepat. Ini bermakna baby tak lama dalam kaca. Syukur ya Allah. Doktor pun cakap baby sihat.. tak macam baby prem. Alhamdulillah.

Seminggu juga baby bertahan dalam perut. Suppose to be.. semalam doktor nak bagi suntikan dexa lagi 2x. Tapi kak shaz tolak dengan budi bicara. Memang betul , suntikan tu elok untuk baby pramatang. But sepanjang kak shaz dalam ward. Banyak benda kak shaz belajar pasal baby prem. Since kak shaz sehari lagi nak memasuk 34 weeks. So itu dah cukup baik dan sesuai untuk baby keluar awal. Kalau kat oversea, Baby 34 weeks.. dah kira sesuai untuk di lahirkan dengan berat 1.9 ke atas. Baby kak shaz 2.0 kg masa scan hari tu. That is why kakak tolak dexa sekali lagi. Sebab 5 days ago. Kak shaz kan dah complete ambik dexa 2x. Baca  di sini pasal Dexa


Bukan saja-saja tolak. Lagi pun 2 hari beturut-turut.. kak shaz kena contraction yang kuat. Lepas tu bukaan pun dah 6cm. Memang kalau kena dexa lagi.. mau tak mati kak shaz rasa. Bukan juga tak fikir kebaikan baby. Sebab doktor tu cakap. Dexa tahan almost 7 days. Means 1 week lah kan. Kalau ikut kiraan akak. Baru sahaja 5 hari berlalu. 

Tapi masa waktu 6cm tu dah buka.. kak shaz dah masuk labour room dah. Contraction datang sejam-sejam dan kurang sakit. Masa patient lain mengerang kesakitan. Kak shaz boleh tidur pulak walaupun dah 6 cm. So doktor decide nak bantu up kan kesakitan cobtraction tu.. sebab bukaan baru 6cm dari semalam. 15 minit sahaja ubat masuk.. kak shaz dah macam nak gila. Sakit weehhhh... lebih sakit dari melahirkan anak pertama. 

Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar.. baby lahir sihat. Mak sakit beranak itu normal. Sakit yang Allah beri tu juga nikmat. Sehari semalam juga kak shaz duduk dalam labour room menahan sakit. Tapi Allah tu the best planning. Redha.. tawakal.. doa dan usaha. In Syaa Allah.. Ada jalan nya kata Maher Zain. Hewhew

Ada masa nanti.. kak shaz cerita sepanjang 7 hari bertahan sehingga baby lahir pada 33 minggu 6 hari. Doakan anak kak shaz sihat.. jauh dari segalan perkara buruk.

Sayang semua dari kak shaz..


Segmen Bloglist 2018 ShuhaidaSaad


Jom join segmen bloglist dari blogger Shu..


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Bounce Rate Blog Terkini

Dalam wad pun still boleh update blog guna tablet.. hehe. Still boleh view analytic google untuk makesure bounce rate blog menurun! Haha.
Rasa dah jadi ketua kampung duduk dalam wad ni. Nurse pun siap tegur.. naik pangkat dah. Hahaha

So.. ini lah result bounce rate blog kakak yang terkini!!


Dah 5.78% bangga..so bangga !!! 
Kalau sebelum ni result amat teruk aih..
Yang belum baca.. boleh refer sini semula


Tengok lah.. betapa jauh beza dengan BR sekarang. Step yang kakak follow 100% berkesan.
Jangan tak ambil kisah dengan bounce rate blog masing-masing. Kang tak pasal-pasal google ingat entry yang kita tulis tak berkualiti lansung. Hehe


Pengalaman Kena Suntikan Dexa Untuk Matangkan Paru-paru Baby

This is second day kak shaz admit kat hospital. Dan hari ni juga hari kedua kak shaz kena bagi suntikan dexa di mana suntikan ni akan membantu mematangkan paru-paru baby. Last night kak shaz dah kena suntik 12 gm dexa.. Then pagi tadi around 10 am repeat benda yang sama. Second dexa.. 12 gm sekali lagi. So ubat ni akan bertindak dalam 24 jam sahaja. Ini yang nurse bagitau kak shaz.

Since kak shaz baru 33 weeks 2 days! Doktor tak nak baby keluar dalam keadaan paru-paru yang kurang matang.. means the baby cannot bernafas normal like other baby yang cukup bulan. ( kelahiran 37 weeks ke atas adalah kelahiran yang normal )

Nak tau azab nya suntikan ni ???? Kak shaz rasa.. dari hujung pinggul kak shaz mati sekejap.. kebas.. tak terasa apa.. sehingga hujung buku lali rasa tak bermaya..Jarum masuk tak sakit.. tapi bila jarum dah tarik keluar , ubat tu dah masuk.. ya Allah. Azab nya tak terkata.. teramat sakit , sampai kak shaz mengalirkan air mata. Tak terungkap kak shaz sakit nya.. yang first injection tu lah betul-betul rasa terkejut. Yang second ni dah lebih bersedia tahap kesakitan nya.

Apa yang kak shaz buat untuk hilangkan kesakitan tu.. kak buat gerakan lembut di kaki. Sapu-sapu bahagian tempat kena jarum. So almost 20-30 minit..benda tu jadi normal semula.. tapi still akan rasa kebas bahagian kaki.. sebab ubat tengah bertindak balas.
Kena tarik nafas dulu , dan perlu dalam keadaan bersedia. Sakit memang teramat sakit. Tapi kata orang , demi anak. Demi kesihatan anak dan ibu.. kita ikutkan je. 

Setiap apa yang berlaku... pasti besar hikmah nya. InSyaa Allah.. Tuhan pasti beri ganjaran yang besar buat sang ibu dalam bertarung nyawa menyelamatkan kandungan.

Bila pregnant ni.. kita kena bersedia dalanm segala kemungkinan.. jangan stress dengan keadaan , jangan stress bila sakit.. kena bersedia.. dan sentiasa positif. Insyaa Allah kandungan kita baik baik je..


Solat Sunat Tahajud



Semoga tahajud kita di terima Allah S.W.T

Admit Ward 33 Weeks!

 Lepas isyak tadi.. tiba-tiba air ketuban kak shaz laju keluar.. terkejut. Panic! Macam-macam dalam fikiran.. barang baby pun tak beli lagi sebab terlalu busy. Sedihnya.. sedih sebab tak dapat tidur dengan wawa malam ni.. selama ni tak pernah lansung tidur malam tanpa anak.. Selama 2 tahun 6 bulan ni , sikit jam pun kak shaz tak pernah tinggalkan wawa. Ke mana je memang kak shaz heret dia sekali. Tapi malam ni lah malam pertama kak shaz tidur tanpa anak.. sayu hati. Rindu...


Hari ni kak shaz genap 33 weeks! Terlalu awal kalau nak bersalin. Ya Allah.. semoga urusan di permudahkan. Tadi dengan keadaan panic.. kak shaz dengan husband sempat singgah beli barang keperluan baby.. tanpa di rancang. Ambik baju dua tiga helai sahaja.. pampers newborn.. dan benda-benda wajib untuk baby.. mana lah tahu kuasa Tuhan.. kak shaz melahirkan awal. Selebihnya.. husband yang setel kan beli keesokan harinya.. 

Sampai kat labour room.. doktor scan , cek jantung baby. Alhamdulillah.. semuanya normal.. Cuma masalah air ketuban sahaja. Sebab tak henti-henti keluar. Takut effect pada baby. Ya Allah kuat ka aku lalui.. sebelum ke labour room , kak shaz siap-siap minta ampun kat husband kot lah pernah buat husband berkecil hati. Mulut kak shaz boleh tahan juga pedasnya kalau menghentam.. hehe.

Setakat ni.. kak shaz memang kena pantau. Dan baru je setel kena suntik kat bontot.. mak aihh sakit.. mati rasa separuh kaki.. doktor cakap suntikan tu untuk matang kan paru-paru baby. Takut baby keluar awal. Ni pengalaman pertama kak shaz.. seriusss sakitttt sangat kena suntikan tu. 30 minit rasanya kaki tak boleh gerak. Hampir nak menangis rasanya!! 

Korang doa-doa la buat kak shaz agar di permudahkan urusan.

Tips Hadapi Anak Keras Kepala

Hari tu , kak shaz ke kenduri family belah husband.. biasalah bila waktu kenduri , ramai je saudara mara yang sembang-sembang. Ada cerita pasal anak.. ada cerita pasal berat badan.
Adalah sorang sedara ni bagitau anak dia keras kepala.. lansung tak nak dengar cakap. Bila kak shaz tengok anak dia. Tak jauh beza pada anak kak shaz.. beza dalam 3 bulan je. Anak kak shaz 2 tahun 6 bulan.. anak kakak tu 2 tahun 9 bulan.


Kak shaz hanya mampu jawap je.. anak-anak umur macam ni memang diorang dalam fasa ingin " menguasai " maksud kak shaz.. diorang nak kita ikut kehendak diorang. Mereka dah rasa cukup dewasa untuk tentukan apa yang mereka nak.

Sebagai ibu bapa.. kak shaz tak rasa kita perlu terus menerus bentak anak-anak dengan kata JANGAN atau TAK BOLEH! Yang ni berdasarkan apa yang kak shaz buat pada anak sendiri.

Pada mulanya , kak shaz pun hentam je.. anak pertama kan. Tapi kata orang tak semestinya kita baru anak satu tapi tak reti jaga anak. Apa yang penting kita kena pandai kawal emosi anak. Belajar.. banyak membaca.  Alhamdulillah.. antara tips yang kak shaz guna kan untuk handle wawa.. perkara pertama.

1. Bagi mereka buat pilihan dahulu. 
- Sebagai contoh.. kalau anak tak nak mandi bagi dia pilihan samada nak mandi sekejap lagi.. atau sekarang. Kebiasaan nya anak kak shaz akan jawap " sekejap lagi " masa ni lah kak shaz ambik ruang cium dia.. dan buat aca-aca dia dah busuk dan kena mandi. Bagitau secara bersahaja bukan dengan menengking atau memukul anak.

2. Fahami perasaan anak
- Yang ni jarang sekali ibu bapa buat.. yang kita tahu , anak sering di jadikan mangsa.. sebab tak nak faham hati ibu bapa. Walhal.. hati anak-anak tiada siapa yang ambil tahu melainkan kita ibu bapa mereka. Tanya pada anak , anak nak apa.. mungkin juga anak perlu perhatian. Beri makan pada anak sahaja tak cukup. Jika kita mengabaikan perasaan anak , ini penyebab anak jadi lebih keras kepala dan tak nak dengar cakap.

3. Minta Izin pada anak jika ambil sesuatu daripadanya. 
- Pada saya.. walaupun kita ibu bapa pada anak-anak.. jangan sesekali merampas permainan mereka. Contohnya anak tengah leka bermain.. tetapi anda nak anak makan dahulu , kemudian tanpa bertanya pada anak , anda dah rampas barang permainan anak tanpa keizinanya. Suda tentu anak akan menangis dan lebih memberontak. Ingat , jika ini yang anda lakukan pada anak.. boleh jadi anak akan lakukan perkara yang sama pada kita.

4. Gunakan Nada rendah ketika bercakap dengan anak
 - Sebagai ibu bapa , perkara paling penting untuk kita jadikan contoh pada anak-anak adalah bercakap dengan nada rendah. Jangan sesekali meninggikan suara sekali pun anak berbuat salah. Ini bukan bermaksud anda perlu berlembut. Tidak ! Hanya perlu bercakap nada rendah tetapi tegas. In syaa Allah anak pasti mudah dengar kata.. dan tak kerasa kepala.

So setakat ini sahaja perkongsian kak shaz.. kak shaz dah buat pada anak sendiri. Alhamdulillah ,bila kita lakukan dengan tenang.. sabar. Pasti anak tak degil dan keras kepala. Mereka pun mudah bertolak ansur jika kena pada gaya nya.

Anda iby bapa.. maka anda lah yang mencorak anak-anak. Siapa kita.. itu lah anak-anak kita.


DIY MakepUp Remover


DIY MakepUp Remover

DIY by kak shaz

Diy Makeup remover khas untuk anda semua.
Olive oil lebih sesuai untuk dry skin.
So if skin type korang jenis oily.. you can try do this!!

Jimat..Mudah..!!

Bahaya Minum Air Kunyit Selalu


Bahaya Minum Air Kunyit Selalu - Sinonim sangat kita kaum perempuan dengan air kunyit ni kan. Ramai yang kata air kunyit ni bagus untuk di amalkan. Ya betul , minum sekali sekala sahaja suda memadai. Kalau hari-hari minum memang tak sesuai.

Kak shaz sempat screen shoot kenyataan seorang pengguna di Facebook mengenai air kunyit ni.


Kak shaz memang bersetuju dengan apa yang wanita ni bagitau. Sebab masa kak shaz melahir kan anak pertama.. bidan yang rawat kak shaz pesan , minum air kunyit 2 minggu sekali sahaja. 2 minggu sekali.. bukan 2 kali sehari okeh!!
Bidan tu bagitau , air kunyit hidup ni sangat kuat.. kalau minum dengan kerap boleh menopause awal! Plus boleh menyebabkan hilang mood gersang.. haha. 

Nak ke menopause awal?? Yang ni apa bidan kampung cakap lah... since dia yang rawat kak shaz masa pantang... kak shaz ikut je asalkan tak melanggar hukum hakam agama. Dia siap ajar lagi.. air kunyit ni kena guna kunyit hidup , bukan kunyit serbuk.. tambah sedikit dengan madu asli.. dan limau nipis. In Syaa Allah hasilnya baik untuk tubuh badan kita.

Seeloknya air kunyit ni minum selepas haidh atau pun 2 minggu selepas melahirkan. Macam tu lah apa yang kak shaz di ajarkan. Tak tau pulak orang lain.. lain tempat lain caranya. Ikut kesesuaian masing-masing. Dah kalau biasa minum air kunyit hari-hari.. tu wallahualam. Tak berani nak cakap dah.. hehe

Kata orang berpadah-padah lah kita dalam melakukan sesuatu.. terima pendapat orang lain juga satu kebaikan. Hehe

Bounce Rate Dah Turun!


Alhamdulillah , akhirnya bounce rate dah turun. Masa guna template yang lama. Bounce rate maintain je. Lepas tukar template baru.. Tiba-tiba bounce rate cecah 75.60%. Fuh tak elok untuk blog. Nanti kalau bounce rate terlalu tinggi , google akan menggangap entry kita dalam blog tu tak berkualiti. So memang kena lah jaga bounce rate blog masing-masing. 
Yang kak shaz tahu , semakin tinggi bounce rate blog kita.. semakin besar lah kuantiti orang yang tak berminat dengan blog kita. Kiranya , dia dah in ke blog kita.. lepas baca je dia terus close , dah tak berminat pada entry lain. Gituuu

So , sejak naik mendadak macam tu.. kak shaz memang banyak search cara nak rendah kan kadar bounce rate blog. Then jumpa blog Mimi di sini...


Dia ada kongsikan blog mana yang dia follow step untuk kurang bounce rate.. So far , kak shaz dah guna cara tu.. Dalam masa 5 hari je , bounce rate turun weh!!

Ni kak shaz tunjuk bukti siap-siap.
Actually , sebelum buat step turunkan bounce rate blog tu , peratus BR kak shaz 75.60%
tapi tak sempat screen shoot. Sudah nya , second day tu baru terfikir nak screen shoot.

Bounce Rate Dah Turun!

Gambar atas ni , hari kedua selepas follow step asal .. Dari 75 turun ke 68.67% , still kira tak elok lah untuk blog kan.

Bounce Rate Dah Turun!

Yang ni hari ke tiga.. semakin menurun. Semakin hati kak shaz senang.. hewhew. Penting ni BR.. lagi-lagi kalau kita ada pasang iklan adssense. Cuma kaitan google adssense dengan BR ni kak shaz tak pasti lagi kebenaran nya sama ada effect pada adssense kita atau dak.. ni daripada apa yang kak shaz baca sahaja.. from indonesia punya blogger.

Bounce Rate Dah Turun!

See.. hari ke empat lagi dia turun... seriuss membantu sangat tutorial tu. Tak sia-sia follow step tu! 42.69 beb!!! Hati manyak senang wo... yehaauuu

Bounce Rate Dah Turun!

And the last punya screen shoot.. kak shaz baru je screen shoot beberapa minit yang lalu sebelum update entry ni. Wowww dah 29.32.. 
Walaupun still dalam rate yang hmmm..tapi dah boleh duduk selesa.. In Syaa Allah nanti akan semakin turun la dia.. hehe. 

So lepas ni , nak maintain... kena up entry yang berbaloi dan berkualiti. So bila orang masuk blog pun , orang akan lebih berminat nak baca apa lagi entry kita yang lain.. selalunya , blog yang ada niche khas lah... contoh macam kalau blog kita cerita pasal beauty.. orang yang masuk blog pun akan terus menerus cari entry kita yang lalu berkaitan kecantikan.. kira dia sangat berminat stay lama-lama dalam blog. Jadinya bounce rate blog kita akan semakin berkurang.

So mana nak tengok bounce rate blog kita?? Jangan lupa link kan blog anda dengan google analytic dulu okeh. 

Nak info lanjut.. korang google-google lah.. demi kebaikan blog masing-masing juga. 

Adiosss 


Audit Diri Kita!



Jom audit diri kita.. bulan rejab dah menjelmah. Tak sabar rasa nya ramadhan mendatang... kemudian syaaban menyusul.

Jom audit diri di mana ada silap.. di mana yang patut di perbetulkan.

Semoga kita menjadi insan yang lebih beriman dan taat pada perintahNya.

Review Nivea Lip Butter


Kalau hari tu , kak shaz ada share review mengenai Nivea Extra whitening night cream di sini..
-
-
https://byshaz.blogspot.my/2018/03/review-nivea-extra-white-night-cream.html

Kali ni nak review pulak pasal Nivea Lip Butter .

Review Nivea Lip Butter

Lip butter ni lah penyelamat bila bibir jadi kering.. memang dah berzaman dah kak shaz guna. Kadang-kadang kalau stok lip butter ni tak ada.. baru lah kak shaz guna vaseline tu .

Sepanjang guna lip butter ni... memang puas hati lah. Selalunya kak shaz kalau minum air sejuk banyak.. air cond on 24 jam , memang bibir jadi kering teruk. So kak shaz selalu apply malam before sleep. Rutin dah.. setiap kali nak tido , memang akan sapu dulu kat lips. Hasilnya esok subuh.. bibir jadi lembut , and pinkish! Yang ni tak tipu.. yang penting kena jadikan rutin lah.

Kalau sebulan sekali baru nak guna.. pinkish takdak dik..pinkosh je ado! Apa sahaja produk yang kita guna.. kalau nak hasil memuaskan , kena guna dengan penuh disiplin. Baru lah hasil pun kebaboom!

Kalau nak guna lip matte ke... pun elok buh lip butter ni dulu. Sebab yelah.. ada setengah lipstick ni dia punya pekat agak kuat.. so bila apply lip butter ni dulu.. bibir tak pecah nanti. Gituu

So far.. kak shaz tak pernah lagi ada hati nak guna pelembab bibir lain.. memang teramat setia dengan nivea ni.. dah lah wangi. Rasa nak telan pun ado.. haha.




Segmen Pencarian Bloglist by Ombak Bergigi

Banyak segmen bulan March ni..seronok kak shaz.. 
Jon join yang ni pulak.. 


Segment ini tamat pada 23 March 2018

Shoutbox Tercemar Oleh XXX


Sejak dua menjak kak shaz blogwalking ni.. ada je tengok admin giler ni dok promot blog xxx dia tu.. ada siapa perasan tak??


Ada sesiapa tau cara nak report tak benda ni.. hilang selera nak tinggalkan link blog kat shoutbox blogger lain..

Tak kuasa sungguh... tolong info macam mana nak delete komen orang tu kat shoutbox.

Tips Sebelum Membeli skincare

Tips Sebelum Membeli skincare - Apa yang kak shaz perasan kan , terlalu ramai orang beli skincare sebab "terpengaruh" Means.. dia beli sebab terbaca review semata sahaja.. dia tengok result orang lain cun lepas guna skincare tu.. dia pun follow beli sekali. 
Actually takde hal kalau nak ikut je.. tapi better kena tahu dahulu skin type korang jenis apa.

Tips Sebelum Membeli skincare

Skin type orang semua berbeza ye.. macam kak shaz , sejak pregnant ni hormon tak stabil sangat.. dan skin pun tak berapa best. Agak oily.. kalau goreng karipap sardin In Syaa Allah garing jadinya. Heh!

Makesure.. WAJIB ambik tahu jenis kulit masing-masing.. kemudian , kena tahu korang alahan pada bahan produk apa. Contoh macan alcohol ke , tak boleh skincare yang ada fragrance ke.. ni semua kena ambik tahu!! Memang kena baca lah dulu before beli sesuatu.. banyak kan membaca about skincare yang ada di drugstore. Boleh je search google kalau nak tahu ingredient apa yang ada dalam sesuatu produk tu. 

Tips Sebelum Membeli skincare

Ini contoh drugstore punya produk yang agak hot sekarang. So kalau betul korang nak dan teringin sangat try. Baca dahulu ingredient dalam produk tu.. sesuai untuk jenis kulit macam mana... search and search kat google..pasti ada punya! Kalau rasa clear.. baru lah korang beli. Ini baru cara yang betul. Try and error tu dah cukup bagus.. tapi tak bagus jika berlaku pembaziran di situ.. 


Macam kak shaz.. skin agak oily , tapi tak semua skin care oil free tu sesuai dengan aku.. contoh macam clean & clear.. satu-satunya skin care khas untuk oil skin type yang hot tapi sangat tak sesuai dengan kak shaz. Sebabnya.. bahan dalam produk tu sahaja.. produk tak salah.. tapi skin kita yang agak cerewet.. hehe. Setakat ni.  Kak shaz boleh je guna himalaya , cetaphil , nutox.. tapi apa sahaja produk yang ada tea tree.. memang tak boleh..walaupun fungsi dia untuk kurangkan minyak. Gituuu

So kalau nak beli tu.. buat research dulu. Nak campur-campur produk tak ada hal. Bagi kak okay je.. asalkan sesuai dengan skin dan berbaloi untuk beli.
Pastikan semua produk yang penting dan wajib di gunakan setiap hari kena ada.. 
Contoh.. facewash , oil cleansing , toner , moisturizer , overnight mask , clay mask. Semua ni penting.. baru lah kita boleh follow korean skincare routine. In Syaa Allah mesti dapat skin yang cantik dan plolesss...


Amalan ni lah yang kak shaz follow untuk dapatkan skin yang lebih sihat.. jangan lupa ambik makanan sihat yang cukup dengan vitamin c.. seperti buah-buahan.
Air yang cukup mengikut berat masing-masing. 




Doa Ketika Baby Dalam Kandungan



Masa pregnant anak pertama dulu., kak sha ada kongsikan doa ni di facebook.. 
Hari ni naik semula ke memori pulak. Alhamdulillah , Allah masih berikan peluang menikmati rasa mengandung semula. Now pun dah 32 weeks. Tak lama lagi nak bersalin pulak. Semoga di permudahkan.

In Syaa Allah , jika kita doa yang baik-baik buat anak dalam kandungan. Pasti benda - benda baik juga yang akan datang pada kita.

Jangan pernah berhenti berdoa dan meminta... cepat atau lambat , Allah pasti kabulkan... 

Salam rejab semua.

A SFRNFZL Giveaway



KLIK BANNER UNTUK JOIN GIVEAWAY INI

Saya suka berblogging kerana boleh mengisi masa-masa lapang , sambil berkenalan dengan ramai orang dari setiap negeri . Dapat meluangkan masa mengikuti aktiviti sihat seperti event , join-join giveaway yang di anjurkam oleh blogger lain. Dapat bertukar pendapat sesama blogger.

Dengan aktiviti-aktiviti sihat macam ni sedikit sebanyak membantu para blogger kenal lebih rapat.
Sungguh pun hanya berkenalan dalam dunia maya... keakraban masih boleh di rasakan sesama blogger, ini adalah satu perkara yang indah buat kak shaz,

Nak cerita panjang lagi.. nanti penat korang baca.. hahaha..

Apa-apa pun selamat bersegment semua..
Salam blogwalking dari kak shaz.

Kebun Kecilku

Hujung minggu macam ni... aktiviti blogging atau keluar rumah , aku tak buat sangat.. aku banyak habiskan kemas rumah..dan layan kebun kecil yang baru nak up. Hehe

Tak tau lah sejak bila terdetik di hati nak bercucuk tanam. Rindu halaman kampung agaknya.. memandangkan kita orang duduk bandar dan kawasan taman.. memang agak sukar lah nak bercucuk tanam bagai.. hanya bergantung pada pasu semata.

Alhamdulillah.. dah hampir berapa minggu dah hasil tanaman aku ni.
Walaupun tak ada kepakaran dalam bidang pertanian.. hasil dari cuba-cuba pun menjadi.


Semua benih aku guna dari dapur... tak ada yang beli... tomato , lada besar , lada burung semua aku tanam.. ambik dalam peti ais je. Haha. Even bawang merah dengan bawang putih ni pun aku ambik dari dapur aku je.


Kalau perasan... kangkung pun ada khenn.. hahahaha... ni aku cuba je , tak sangkah menjadi.. mulanya kangkung ni aku rendam kat air selepas kerat daun-daun kangkung buat goreng belacan.. aku rendam seminggu dah menjalar kat bawah..dah tuai sekali... ni kali kedua dah. Tapi last week my mom datang rumah.. dia tanam kat pasu. Aku ikut kan je. Janji menjadi. Heehe.. Tengok tadi dah keluar pucuk dah.. In syaa Allah seminggu dua dah boleh tuai lagi.. tapi tak banyak lah.. pasu pun kecik je. Cukup lah buat makan kita orang anak beranak.


Aku ingat nak tambah lagi tanaman lain. Tapi belakang rumah ni tak kemas lagi.. so ruangan sangat terhad. Kang tak ada tempat nak jemur kain pulak. Aku lebih suka jemur kain belakang rumah dari depan rumah. Kalau depan rumah , semak pulak mata aku tengok. Jadi tak boleh lah aku beriya sangat nak jadikan belakang rumah ni kawasan berkebun sahaja.. kena kongsi untuk part lain pulak. Macam ni la kalau duduk rumah taman.. semuanya terhad. Huhu. 

Mostly tanah dan pasu aku beli kat Mr DIY je.. murah pun murah. Nanti tanaman dah membesar.. kena tukar ke pasu yang lebih besar pulak. Harap-harap subur lah tanaman akak ni. Hehe

Selamat berhujung minggu semua



Keyword Minggu Ini


Apa yang menggembirakan aku dalam blogging ni adalah bila user search keyword tertentu and nama blog aku yang naik di google search engine. Hehe.
Alhamdulillah lah kan..

So this week.. keyword paling laris adalah
-
-
-




Tak silap aku , beli baju dari UK tu entry tahun 2015 lagi.. alhamdulillah masih mendapat perhatian. Dah berapa kali naik dalam list keyword blog aku. 
Yang nutox dengan nano tu pulak , entry last month.. kira baru lah.

Tapi at least , ok lah kan... semoga entry mendatang lebih banyak keyword yang mesra pengguna dan senang di cari.

Membantu juga ni.. sekurang-sekurang nya kalau ada job review , company pun senang hati nak berkerjasama dengan blog kita.. gituuu

32 Weeks dah!



Cepatnya masa berlalu.. kalau anak first dulu , 7 bulan dah macam-macam barang anak aku beli. Haha. Laa ni , seketul pun tak ada lagi. Ingat next week baru beli. Serius busy yang amat sampai tak perasan dah 32 weeks 2 days! Makaiihh.. cepat nau masa berlalu.

Sepanjang kehamilan kali ni , alhamdulillah.. aku tak pernah demam , selesma , batuk dan sebagainya. Dari awal pregnancy lagi perkara paling aku takut masa pregnant adalah demam , selesema dan sejenisnya. Sebab waktu pregnant kat wawa hari tu.. aku kerap demam , batuk semua tu. Memang azab lah. Siap warded lagi! 

Syukur kali ni , memang tak ada lansung.. cuma sekarang problem adalah hb rendah. 10.8.. yang azabnya kena makan iron tablet hari-hari sampai dua biji. Dah lah ubat tu buat aku pening setiap masa. Bersabarlah. Mak aku pesan , lain anak..lain ragam nya masa mengandung. Sebagai ibu.. kita redha dan bersyukur sahaja..Asalkan tak ada perkara yang tak elok berlaku pada kita dan kandungan... sesungguhnya Allah menguji umatnya mengikut   kemampuan masing-masing. Gituu

Bab jantina pula.. husband aku nak buat collection anak perempuan. Hahaha. Katanya sejuk rumah.. Raya pun senang , ramai tukang masak. Hihi. Kalau aku , dapat lelaki pun okay.. at least ada pelindung pada bidadari mommy ni. Tapi kalau Allah dah kurniakan anak perempuan pun. Aku okay sahaja. Rezeki juga khenn. Allah tahu apa yang terbaik buat kita.
Dah berapa kali buat 3d scan , baby tak tunjuk lagi jantina.. so kitaorang decide tak perlu cek lagi. Tunggu lahir je. And barang-barang dia pun kita beli colour white and cream sahaja. So nanti keluar , mudah sikit. Kang beli pink colour.. keluar nya biji nangkah. Hahaha.. beli biru , peanut butter pulak keluar. Naya lah mommy. Hahahaha.

Yang penting.. baby sihat nanti.. cukup sifat.. semoga di bawah lindungan Allah swt. Tak lama lagi nak bersalin... due mommy 10 May ni. So masa korang puasa.. kak shaz melantak makanan berpantang.. ok juga lah. At least boleh diet. Hihi.

Korang doa yang baik-baik buat kakak eh..

Salam hujung minggu semua..

Hadiah Dari Blogger Kasihkuamani


Hadiah Dari Blogger Kasihkuamani

Hari tu kak sha jadi pengomen yang ketiga dalam blog KASIHKUAMANI
Alhamdulillah , rezeki berblogging semula setelah sekian lama terperuk di luar sana dengan dunia yang lebih realiti.

Sebenarnya novel ni dah lama sampai , tapi tak berkesempatan lagi nak ambik gambar.. Perkara paling susah lah bila nak ambik gambar , nanti masa tu lah anak kacau.. Tak pasal-pasal tangan dia lagi jelas dalam camera dari barang sebenar. Hahah

Btw , kak shaz ucapkan tenkiu kat blogger kasihkuamani atas pemberian ini. semoga anda menjadi blogger yang berjaya kelak dan di murahkan rezeki selalu.

Jom blogwalking ke blog beliau sekarang!!

Pengalaman Hb Rendah


Korang Pernah Tak Tengok Area Rumah Yang Ada Features Hebat Macam Ni? Bestnya!



Kebiasaan nya orang pregnant akan mengalami hb rendah , mostly di akhir-akhir pregnancy.. sebab baby pun dah mula membesar kan , semua zat-zat yang ibu makan..kongsi dengan anak dalam perut. Sebab tu lah berlaku nya hb rendah.

Last week , aku mengalami hb yang rendah. Sampai 10.8 , dah cukup teruk dah. Semalam gi checkup.. memang result tak memuaskan. Before this hb aku maintain 12.. kadang 13. Tak tau macam mana this week boleh 10.8.
Aku syak dari last week lagi hb aku drop.. sebab ada simptom-simptom hb low aku dapat rasakan.

Antara tanda-tanda hb kita rendah adalah..
- Terasa pening , berat kepala.. seolah-olah dunia ni berputar ( dari pengalaman aku )

-  kaki tangan terasa sejuk , ni pun jadi kat aku.. even tak guna aircond pun aku boleh rasa sejuk yang amat.

- Rasa pitam bila nak bangun dari pembaringan.

- sakit bahagian dada.. rasa macam sesak nafas. Biasanya jadi malam hari.. aku kerap sangat sesak nafas bila malam.

- Rasa letih... penat sampai tak terungkap penatnya macam mana.

So far , tanda di atas ni dari pengalaman aku sendiri.. memang sepanjang hb aku rendah... banyak ganggu rutin harian aku. Even nak solat pun terasa amat berat... nak bangun tu memang tak larat. Tak boleh main-main tau kalau hb rendah. Bahaya untuk anak dalam perut.

Nak di jadikan cerita , semalam sembang dengan nurse kat KKIA.. saya masih menggunakan khidmat kerajaan sepanjang mengandung dan bersalin sebab family mostly involve dalam gov punya sektor. So i hormat okay. Hehehe

Masa nurse bagitau hb drop teruk dari 13 ke 10.8 , aku memang tak terkejut sangat.. sebab last week aku dah terasa simptom hb low. So aku inform nurse siap-siap yang last week lagi aku rasa tak sedap badan. Before this aku tak pernah ambik ubat dari KKIA , aku memang consume obimin untuk pregnancy kali ni... so nurse infom lah siap berapa beza kandungan iron dalam obimin dan juga iron tablet dari kkia tu. Nurse memang recommend aku untuk stop ambik obimin dulu , and ambik ubat-ubatan dari kkia sahaja. 



Since nurse kkia tu merupakan isteri kepada kawan husband aku.. so aku tak membantah.. aku mengiyakan sahaja. Sebab aku tak nak lah hb aku berterusan low macam ni. Kang tak pasal-pasal kena jumpa pakar pula.. so aku decide follow cadangan nurse tu sahaja. Kalau perasan , semalaman aku tak update entry.. masa kat klinik tu , masa tu juga nurse suruh makan depan dia. Hahaha... 

After 2 3 hours makan iron tablet tu , aku tiba-tiba rasa pening bagai dunia ni nak hancur dah.. aduhh , perit sungguh!! Aku mula syak mungkin juga effet dari iron tablet tu. 1st pregnancy aku tak pernah ambik iron tablet ni lansung. Kiranya ini adalah pengalaman pertama aku. So aku pun baca la info yang ada dalam kotak ubat tu., so bila makan iron tablet ni.. memang akan effect pada kita... pening dan sebagainya..


Lepas baca semua , aku tak adalah risau sangat khenn.. so that , aku cuba minum banyak air... then buat senaman ringan.. tarik hembus nafas. Bagi oksigen mengalir dengan lancar.. so far menjadi. Aku banyak habiskan masa tengok tanaman aku kat belakang rumah tu haa.., alhamdulillah , sikit demi sedikit pening tu hilang,

Kalau korang ada alami benda yang aku alami sekarang.. go and check your hb first.. and follow apa yang misi ajar, kalau rasa pening dan pitam.. tu sebab oksigen tak berjalan dengan lancar.. buat senaman ringan.. makesure senaman ringan. Asalkan korang tak berzumba dah la. Tak pasal-pasal teberanak nanti. Hahaha

Harap-harap 29 march ni , hb kembali strong semula.. korang doa-doa lah untuk aku yee... hehehe
Tak sanggup weh turun naik spital jumpa doktor.. huhu
Jadi semoga lepas ni hb normal kembali!!


Segmen 24 Jam Bloglist #29 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2018 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 15 Mac 2018, iaitu tepat jam 1.00 petang sehingga hari esok, 1.00 petang 16 Mac 2018. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #29 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2018.

** jom support Mia Liana....


Read more: http://www.mialiana.com/2018/03/segmen-24-jam-bloglist-29-mialianacom.html#ixzz59s3vVLD9

Review Esen Emas Keremajaan Safi Rania Gold


Sejak belajar pasal skin care routine ni , kak shaz baru tahu dan faham kepentingan esen pada skin kita. Almost 1 month dah guna esen ni. Alhamdulillah , memang banyak perubahan.

So far esen pertama yang kakak guna adalah Esen Emas Keremajaan dari Safi Rania Gold. 

Review Esen Emas Keremajaan Safi Rania Gold

Bagi kak shaz , esen safi rania ni , memang sesuai untuk skin mereka yang agak oily macam kak shaz. Sebab bila guna esen ni , memang cepat resap dan tak lekit. Sikit pun tak oily.. 
Apa yang kak shaz suka sangat kat esen ni sebab dia ada emas 24k. Mostly kalau umur dah 30 series ni.. memang elok guna yang ada gold-gold gituu.. heheh. Dah lah wangi giler. Memang mendamaikan.

Review Esen Emas Keremajaan Safi Rania Gold

Sepanjang guna esen ni , memang perasan banyak beza pada skin. Bangun pagi pun , muka tak oily dah.. Pores pun dah mengecik. Yeah!! Apa yang paling penting kena disiplin kan diri guna hari-hari. Kalau sekali sekala tu yang tak nampak kesan sangat. Seriously , banyak-banyak skin care yang kakak ada... esen ni lah satu-satunya kak shaz jaga sangat. Maybe sebab wangi kot. Baby dalam perut kenan dengan wangian safi ni agaknya. Hahaha

Review Esen Emas Keremajaan Safi Rania Gold

So kalau korang tanya kakak sama ada berbaloi tak guna esen ni , Of course kakak say YES!!! Rugi sangat tak cuba... sebab memang berkesan. Tu pada kak shaz lah. Tak tau lah kat korang. Ada je yang alergik pada emas 24k. So lain orang lain dia punya penerimaan.
Kalau first time nak guna esen , better ambik yang ni dulu kot.. harga pun tak lah mahal sangat. Berbaloi.. Kalau tak sesuai pun , tak ada lah membazir sangat. bagi kat mak korang je. tak pun bagi kat kakak. Hahahah

Well , kalau nak cuba sesuatu produk.. WAJIB dan kena TAHU dahulu skin type masing-masing. Pastikan dahulu korang alergik dengan bahan apa.. dan sesuai dengan bahan apa. So kalau ke drugstore tak adalah korang macam orang bingung tak reti nak beli produk apa. Makesure bahan dalam produk tu boleh masuk dengan skin type kita. 

Itu lah je lah nak share... well kalau berminat.. boleh je beli kat mana-mana drugstore yang ada ye. 
Mudah nak dapat.. tapi selalu sold out! hehe.. kena cepat...




Segmen Bloglist April hingga Jun + Mini Giveaway



Kakak join Giveaway lagi.
Semoga ada rezeki buat kita semua

Class Online Forex Murah


Hi semua

Ada di sini yang terbuka hati nak belajar forex dari basic secara online?
Nak cari harga murah.. memang susahkan , tak apa jangan risau.. kak sha ada sediakan contact number yang korang noleh hubungi untuk join class dari basic sampai pro.

Memang sangat-sangat recommended untuk mereka yang zero forex. Dan yang paling penting murah... dan tak sia-sia. Dengar khabar nya ada guru-guru forex ajar basic je dah sampai rm2500 sekali class. Tu pun tak berbaloi. Haa yang ni kak sha jamin korang 100% pandai punya.. memang tak di nafikan lah. Dia antara guru forex yang banyak lahirkan trader-trader berjaya. Charge pun tak sampai ribu woiio!!! 

Class Online Forex Murah

So.. jangan buang masa anda.. boleh lah follow link di bawah untuk cari beliau
Klik sini 
-
-
-


Link d atas adalah group telegram!

Contact number :+60108800877

Google AdSense Approve



Alhamdulillah.. akhiranya google adsense kakak dah approve , jenuh nau tunggu. Hehehe

Setelah nekad buang iklan nuffnang.. kakak nekad dah apply other ads. 
Sekarang slow-slow pulak grow earning dengan adsense..
Next target kita buat youtube channel pulak. 
Kahkahkah

Berangan jadi youtuber pulak dah.. huahua...

Maju selangkah demi selangkah..
Siapa-siapa komen , sila tinggalkan link blog sekali eh.
Kakak nak blogwalking pula. Hati manyak senang woo..
Thank you Google 

Kihkih

ALLAH UJI IKUT KEMAMPUAN KITA



Bersyukur lah jika Allah menguji kita. Itu tanda dia sayang.
Dia sayang dengan memberikan ujian.
Ujian yang di beri mengikut kemampuan kita,
Sekali pun kita rasa ujian itu adalah satu beban , pasti boleh di lalui dengan mudah.
Kerana Allah tahu , hamba nya mampu melaluinya.

Menangis lah , memohon lah kepada Nya.
Minta di permudahkan segala jalan.
In Syaa Allah

Sesuatu yang baik menanti kita di hadapan.

Ikhlas dari hati kak shaz untuk semua reader =) 




Pengalaman Anak Kena Gangguan Barang Halus


Nak di jadikan cerita , semalam aku dan husband bawa anak balik rumah nenek dia. So kita plan jalan awal , dalam pukul 5 macam tu. Ingat nak singgah jap je rumah mak mertua. Tapi terlajak sampai ke maghrib. Bukan saja nak balik maghrib , mak mertua suruh makan dulu.. makan pulak sedap-sedap. Huaaa... mak buyung mana tahan godaan makanan.

So lepas makan je , aku dan husband gerak balik rumah.. Masa dalam perjalanan pulang tu , tak ada benda pelik pun berlaku. Aku je rasa sakit perut tiba-tiba. Tapi tak ambil kisah sangat. Aku syak sebab lama duduk kat rumah mertua je tadi .

Anak pun relax je... memang tak ada lansung tegur benda-benda pelik. Yelah kadang budak ni mata dia kan terang.. so aku pun ok je lah,

Sampai rumah je , siap mandi solat semua... anak dah minta tidur seawal 8.30.. serius 8.30?? Tak pernah-pernah aku tengok anak aku seletih ni. Also jadi kat aku... aku rasa bahu berat yang amat , perut sakit semacam. So husband aku yang bagi tidur anak. So far , memang husband aku yang tidurkan anak since aku pregnant lagi. Tau apa jadi.. anak aku terlelap tak sampai 5 minit je. Wowww... husband pun cakap alhamdulillah , sebab selalunya wawa jenis susah nak tidur.

Aku pun turut serta tidur awal.. serius malam tu betul-betul tak larat. Perut sakit... rasa mengantuk sangat. Start pukul 10 malam wawa tersedar , dia menangis bagai di pukul-pukul. Aku terkejut , pantas dengan lajunya aku gapai anak.. peluk. Serius aku terkejut sangat. Sebab before ni dia tak pernah menangis sekuat itu.. sambil menangis , sambil dia tunjuk keliling. Aku dan husband berpandangan , seolah-olah faham apa yang kami nak luahkan. Mata sahaja dah cukup untuk kami meluahkan apa yang tersirat di hati. Chewah!

Tanpa banyak cakap , husband suruh aku pasang ruqyah.. aku pun buat laju-laju... kemudian anak terlelap semula. Aku dan husband pun hanyut di buai mimpi semula. Untuk pengetahuan korang , ni lah waktu paling awal kami sekeluarga tidur. Belum pernah terjadi lagi. Memang agak pelik malam tu..
Dalam pukul 11 lebih macam tu , aku dengar wawa menangis semula. Kali ni lebih kuat dari yang awal. Ruqyah yang tadinya kami pasang dah tak berbunyi.
Aku tanya husband , kenapa off kan hp tu...

dengan pantas dia jawap " syg tak ada tutup telephone "

Aku mula dah tak sedap hati dah.. aku bangun dan berhajat tak nak tidur dah , aku pasang semula ruqyah... di ikuti surah yaasin...
Sebab aku tengok wawa , menangis sampai tahap hilang suara dah, dalam keadaan mata tertutup pulak tu. Haihh seram sungguh!!

Selepas beberapa jam berjaga , sambil -sambil dengar alunan mengaji yang di pasang.. wawa dah tidur nyenyak.. alhamdulillah , tenang dah aku rasa.. perut pun dah tak sakit.. akhirnya aku terlelap semula dalam 1 pagi macam tu. Sampai lah ke subuh.. syukur sangat. Anak pun dah tak meragam dan tak menangis. Kiranya , sebagai parents.. aku berjaya tepis segala kemungkin yang buruk bakal berlaku pada anak-anak. Hihi. Itu pun atas izin Allah , minta lah bantuan dari Nya jika terasa sesuatu yang tak sedap berlaku. Gituuu

Pagi tadi , aku sempat bertanya... kalau kalau dia terlihat sesuatu.. dia cakap ada halloween dari tingkat atas. Aku syak , mungkin ada benda dia terpandang masa naik tingkat atas semalam agak nya. Tak tau benda tu datang dari mana... ikut kita orang sebab balik maghrib ke apa , ntah lah.

Tapi wawa ada bagitau , hallowen tu ikut mommy dari atas., hmmm... patut bahu terasa berat semalam... setakat ni , rumah kitaorang tak ada lagi benda pelik terjadi. Tapi semalam , sampai je rumah.. aku terus naik atas gi solat..kemas-kemas toys wawa... mungkin juga benda tu ikut dari awalnya., tapi tak perasan , sudahnya anak je yang perasan kehadiran barang halus macam tu. Tak berani nak cakap lebih.. sebab ini pengalaman pertama aku sendiri.. wallahualam.

Btw... lupa nak bagitau , halloween tu sebenarnya dia maksudkan "hantu" aku pun tak tau kenapa dia gelar benda tu "halloweeen" hmm... puas aku ajar " H.A.N.T.U . halloween juga di sebutnya. Tak apa lah , asalkan kita mak bapa faham apa yang anak nak cuba sampai kan, tak gituuu...

Pengajaran buat aku dan husband , lepas ni jangan keluar waktu maghrib dah, semoga kita terpelihara dari barang-barang tak elok dah lepas ni. Aamin




Munafiq Kah Kita?


Munafiq Kah Kita?
sumber : google image

Munafiq Kah Kita?

Semoga kita tidak tergolong di kalangan orang yang munafiq..
semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang terdahulu dan terkemudian hari.


Giveaway Hi Nona !


Hi si nona manis... kakak join GA sekali ye.


Yang berminat join Ga dari nona manis.. boleh KLIK BANNER DI ATAS 
Semoga ada rezeki

Do tag kakak kalau ada GA lagi ya wahai blogger sekalian. Hihi



Indahnya Bangun Di Pagi Hari


Ada yang susah nak bangun pagi-pagi sini?
Lepas ni kena amalkan bangun pagi... Insyah Allah mereka yang bangun pagi akan lebih positif dan berjaya.

Indahnya Bangun Di Pagi Hari

Jadikan bangun awal di subuh hari rutin anda.. Bangun dengan lankah baru , azam baru.
Pasti kita lebih bahagia dan menghargai diri sendiri,

Indahnya Bangun Di Pagi Hari



Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi



Giveaway lagi... KLIK BANNER TO JOIN US!!!

Beli Buku Online Murah


Ada satu online shop khas untuk Beli Buku Online Murah . Memang harga-harga buku di jual dengan harga yang berpatutan. Cakap je nak buku apa , buku resepi , buku agama , buku exam untuk anak-anak , semua ada di sediakan dengan begitu murah sekali!

Aku memang recommended korang beli kat sini.. BUKU ONLINE MURAH Sebab banyak pilihan. Incase tak ada buku  yang korang nak tu.. boleh je email hq untuk inform buku yang korang nak. Contoh macam sekarang... novel laku keras " ti amo sweet heart 100 hari " let say lah korang cari buku tu tak jumpa , jangan risau... boleh direct email hq , nanti diorang akan tolong dapatkan terus buku tu.

Jimat masa korang... segala benda akan jimat bila beli online. Minyak kereta jimat , tenaga pun jimat.. yang paling penting dapat beli buku dengan harga murah sekali. Huaaaa...

Kalau korang jenis ulat buku , tapi sejenis yang malas nak keluar rumah. Boleh lah direct beli je kat link yang aku bagi ni...

BELI BUKU ONLINE MURAH DI SINI

Zaman sekarang ni , bukan baju je ada jual online. Buku pun dah banyak. Tak kisah lah apa jenis bacaan. Asalkan korang rajin mencari.. mesti dapat punya dengan harga yang lebih murah dari offline. Hihi

So lepas ni , dah boleh add boomark masing-masing . Tak perlu dah nak searc-search google lagi. Kakak dah sediakan link siap-siap dah ni ha!!!

Apa-apa pun semoga amalan membaca ni akan kekal dan terus menjadi minat anda dan generasi akan datang... adiosss.



© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED