Isteri Perlu Ada Pendapatan Sendiri??

Sejak dua menjak ni , dalam group ibu-ibu mengandung di facebook tu , macam-macam hal kak shahz baca.. Mostly sebab duit. Ada yang sejak berkahwin suami tak pernah bagi duit. Ada yang suami cuma bagi duit cukup-cukup untuk barang dapur je. Macam-macam lagi lah. Sampai tak sanggup kak shaz nak baca kesedihan para isteri di luar sana. 

So apa pendapat korang.. Isteri perlu ada pendapatan sendiri ke tak perlu?
Kalau pada kak shaz.. samada suami mampu tanggung kita atau tak , sebagai wanita kita memang perlu ada pendapatan sendiri. Bukan sebab takut masa akan datang suami akan tinggalkan ke apa. Tak elok lah kan kalau nak cari pendapatan dengan alasan tu je. 

Kita perlu ada pendapatan sendiri untuk beli apa yang kita nak. Maksudnya di sini.. bila kita berusaha untuk cari duit , dan mampu beli sesuatu atas hasil usaha sendiri. Kepuasan tu ada. Lagi-lagi zaman sekarang semua di hujung jari. Nak shopping apa benda pun semua melalui atas talian. Tak perlu tenaga kita keluar nak ke mall beli itu ini. Semua ada. Nak groceries , baju , barang sport..barang baby , semua dah ada melalui online. So , kalau kau jenis yang shopaholic macam kak shaz. Memang wajiblah ada pendapatan sendiri. Kiranya , kalau hari tu kau nak beli makeup.. kau beli je tanpa perlu minta pada suami duit. 

Betul lah tanggungjawap suami tu beri nafkah. Tak salah pun kalau suami kau mampu , dan kau mengharap 100% dari suami kau je. Tapi bagi kak shaz. Selain dari nafkah yang suami beri.. kak shaz juga gemar cari pendapatan sendiri. So incase kak shaz terpengaruh nak beli itu ini. Takde hal je bila-bila nak keluar duit. Haa gituuu. 

Isteri Perlu Ada Pendapatan Sendiri??

Semakin besar pendapatan isi rumah kita.. semakin mudahlah kita nanti. Sama-sama meringankan beban suami isteri. Tak salah jika kedua-duanya boleh cari pendapatan masing-masing. Tak guna duit kita di hari ini.. Mungkin pendapatan kita boleh di guna masa akan datang. Tak untuk anak-anak , boleh je bantu mak ayah. 

Ini sekadar pendapat je.. jangan lah kecam kak shaz. Haha.. kalau kau nak harap suami kau je. Lantak lah. Kak shaz peduli apa. Kahkah

adioss.

© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED