Hotel idaman Pada Harga Terendah di Pulau Pangkor Perak


Hotel idaman Pada Harga Terendah di Pulau Pangkor Perak - Hai uols!! Siapa sini dah pernah pergi ke Pulau Pangkor?? Actually , ramai yang tak tau ada banyak tempat best di Pulau Pangkor. Serius tak tipu.. Agak-agak kalau tak mampu ke Maldives , meh kita ke pulau pangkor saja.. Sama je kot. Tak kan kecoh nak ke maldives tempat sendiri tak pi kot. Hihi. Hargai lah tempat pelancongan yang ada di malaysia. Tak gituu.

So today, kak shaz nak share kat korang semua antara hotel yang menarik dan sesuai untuk di stay kalau korang bercuti ke pulau pangkor. Tak kisah lah , korang nak hotel bajet ke.. nak mewah tahap tan sri pun ado... Tak yah risau.. akak payung semua tempat menarik. Actually , kat lumut pun ada je yang menarik dan kebaboom.. Sebab kalau nak ke pulau pangkor.. harus lah naik jeti dulu dari lumut. Ye dok.. Tapi takpe , kali ni kak shaz nak fokus dulu pada pulau pangkor.. lain hari kak shaz cerita pasal lumut pulak. hihi.

Firts of all , aku nak share hotel bajet dulu.. yang ni sure ramai yang suka. Kalau aku pun aku pilih hotel bajet. Janji memuaskan.

So kalau nak menginap hotel bajet, korang boleh cuba di The Island Hotel Pulau Pangkor. Kenapa aku suggest kan korang The Island Hotel ni , sebab pertama adalah jarak hotel ini ke pekan Pulau Pangkor sangat lah dekat , dalam 5 minit je. Dah tu lokasi hotel ni pun berhampiran dengan dengan Jeti Pulau Pangkor. So , incase korang nak sewa kereta ke apa.. memang sangat mudah ya amat nak dapat di sini. Means , senang lah korang nak pilih kenderaan mana nak guna plus boleh cek keadaan kenderaan tu before korang nak guna. Kiranya keselamatan pun terjamin lah kan kalau jalan-jalan dengan family.

Kalau korang nak tau lagi , The Island Hotel Pangkor ni ada menawarkan tiga jenis pilihan bilik dan satu jenis pilihan apartment. Kiranya , kalau korang nak honeymoon ke.. ambik lah jenis pilihan bilik. Kalau bercuti dengan family , ambik yang jenis apartment. Mudah sungguh aih.. Toksah nak pening-pening. Memang tempat ni sesuai lah untuk sesiapa sahaja. 

Harga pun , ya Allah serius murah giler!! Dalam RM80+ hinggan RM200+ je. Mana nak cari tempat murah lagi weh selain sini. Bilik yang di sediakan pun sangat selesa dan view pun boleh tahan!! Lagi-lagi kalau bilik yang view ke laut. Rasa tak nak balik pun ado!! amboii kak shaz... hehe .. Nampak berbaloi ke idok??






Okay , next hotel pulak.. yang ni hotel jenis taraf bintang lah. Dalam tiga bintang gituu. Tapi still dalam harga yang sangat berpatutan. Betul tak tipu!! Lebih kurang adalam RM150 hingga RM300 sahaja. Kira murah lah walaupun dah ada bintang. Nama dia Puteri Bayu Beach Resort. Dah nama resort , of course lah dia punya lokasi area pantai. Kalau korang yang jenis santai.. Sesuai sangat lah loksai ni. Kenapa?? Ada kemudahan untuk anda ber BBQ , kolam renang , pusat kecergasan dan restoran yang ala-ala carte. Serius bebrbaloi!! Seronok giler kot .. sambil bbq di iringi pulak bunyi ombak.. perghh! seronok aihh. Memang recommended!!


\

Hotel yang ni pulak.. still tiga bintang, Bukan apa aku share yang tiga bintang. Sebab harga dia even
tiga bintang still berbaloi. Lagi-lagi kalau percutian dengan family. Sangat berbaloi. Selesa pun selesa. So ini dia.. Pangkor Sandy Beach Resort. Konsep hotel ni serius mewah giler tapi still boleh dapat harga dalam RM180 hingga RM300 semalam ikut jenis bilik yang di sediakan. Kalau korang bercuti sambil nak buat aktiviti , lokasi ni memang aku sangat recommended.. Sebabnya tempat ni ada macam-macam jenis aktiviti yang korang boleh sertai. Macam sukan ar sukan pantai..and macam-macam lagi lah.

Bukan tu je tau , still ada ruang tempat untuk ber BBQ. Aku memang suka lah tempat-tempat macam ni. Santai , tenang. Macam-macam feeling yang ada kalau bercuti di sini. Kalau nak buat family day kat sini pun ok weh! Memang sesuai sangat. Siap ada restoran lagi di sediakan di sini. Menu dia , toksah cakap lah. Menu barat ada.. menu local pun ada.. puas hati sangat! Kalau nak menjamu selera di sini dengan pelbagai menu.. korang p je di Restoran Sandy Spoon. Semuanya ada. Yang best nya , sambil menjamu selera tu , siap di temani sinaran cahaya lilin lagi kau!! dengan pemandangan pantai yang indah.. can u imagine this guy!!! Siokkk eh!





Fuh , gigih mak share kat korang semata-mata nak bagitau tempat best kat pulau pangkor. Actually banyak lagi tau , tapi tak dan nak taip panjang-panjang dah. Kalau korang nak tempat menarik macam ni.. aku syorkan korang follow cara kak shah je. Memang aku dah biasa sangat buat benda ni before nak bercuti ke suatu tempat. Pertama haruslah buat carian dahulu dengan menaip best prices on Pangkor Hotels di search engine 
atau korang boleh usha terus je harga murah dan terbaik kat website atau apps Traveloka yang ada. Memang recommended.. sebab ni je cara paling mudah dan cepat!!

Okay lah kot.. tu je.. adioss!!!





© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED