Guardian Sales Lagi!!!!


Guardian Sales Lagi!!!! geram mak.. Hahaha. Hati tak tahan hoii masuk guardian. Aku boleh kot lama-lama dalam guardian tuh. Kalau sephora buat offer giler-giler macam ni pun ok kot. Hahaha. Tapi untuk skincare , aku lagi suka ke guardian. Sephora , untuk barang makeup.. memang banyak pilihan.

Guardian Sales Lagi!!!!

So far , ini adalah barang yang aku grab around sales 50% yang third punya. Tak banyak sangat , sebab area aku dah tak banyak stok. Aku ambik yang berkenan je. 

First aku ambik Safi rania esen emas. Untuk esen ni , aku tak berapa nak tahu sangat lagi function dia. Tak habis kaji lagi. Hihi . Others tu aku ambik Lip butter dari nivea , sebab bibir aku jenis kering. Maybe sebab dalam aircond kerap , jadi bibir agak kering.

Pantene conditioner ni , aku main ambik je.. since conditioner aku dah habis kan. Haha. Sejenis yang suka try and error , jadi aku memang kerap tukar conditioner. Hehe. 

Yang antiseptic tu pulak , aku ada anak kecik.. kadang-kadang makan sepah sana sini. Selain dettol , aku memang suka guna antiseptic untuk mop lantai. Lagi pun bau-bauan antiseptic ni sedap je kat hidung aku. Rasa duk hospital pulak. Seolah-olah bila gunaa antiseptic ni , terlindung dari sebarang bakteria.. gituuuu..

Barang ni semua aku tak sempat nak guna lagi. Hahahaha... Eh , antiseptik tu je lah kot dah guna.. Sebab sampai je rumah aku terus mop lantai... Memang best!!!

Tu je lah kot nak share.. setakat beli dua tiga barang pun nak update, Biasalah.. saja nak isi entry blog yang dah tak terisi dua tiga hari. kiki

Selamat membaca.. adioss



© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED