WITHDRAW PERTAMA DARI JAG POINT

Hari tu kak shaz ada share mengenai JAG POINT. Ramai lagi yang tak cuba.. kak shaz dah withdraw dah. Hehehehe... 

Kalau ikutkan hati tak nak withdraw lagi pun... tapi tak apa lah kan. Nak membuktikan bahawa JAG POINT ni boleh di percayai. Kalau nak di bandingkan dengan nuff semua. Rasanya JAG POINT okay lagi kot. Sebulan boleh collect ratus kot kalau rajin.

Haa.. ni buktinya kak shaz dah withdraw..













Alhamdulillah.. betul tak banyak. Tapi nak beli topup pun lepas dah. Hahahaha.

Kak shaz withdraw RM5 x 2 so total RM10. Test je kan... kot lah korang kata scam. Kahkah

By the way.. jangan buang masa okay.. regester sekarang...

Nak regester macam mana??? Refer post kak shaz kat sebelah ni haa...



Siapa Nak Direct CASH ke akaun masing-masing?

Siapa Nak Direct CASH ke akaun masing-masing?
Rugi nau kalau tak claim and guna benda ni..
Ramai dah claim cash.. plus ramai dah yang redeem macam macam benda.

Dulu-dulu kak shaz pernah share entry ni dah.. tapi malas nak cari balik. Hahaha
So kak shaz tulis semula untuk korang.

Sebelum tu.. tengok ni orang yang dah berjaya kumpul cash... woww


Ada banyak lagi.. tapi serius tak kuasa nak screenshoot tiap satu.. lantak korang lah kalau tak nak try. Berbaloi kot. 


Kalau ikutkan.. point kak shaz boleh je transfer CASH direct ke akaun bank. Tapi tak nak la dulu. Kak shaz nak bagi dia beranak pinak dulu. Hahaha

Rugi lah kan benda free je buat.. tapi tak cuba. Nak juga yang keluar modal sampai ribu raban.
Hari hari dok share gosip retis kat facebook.
Sekali sekala.. share lah benda bermanfaat.

Jom regester sekarang di sini.


Nanti masukan referal id

aisyahambris

Step ni penting okeh.. sebab nanti korang akan dapat point free. Jangan skip yee.. kalau tak ,nanti korang tak dapat point free.. gituuu

So cuba dulu.






Review Fit Me Foundation By Maybelline

Lama nya tak share review.. huaaahh!!
Serius lah.. hampir berapa bulan jugak lah tak share.. hihi. Macam ni lah kalau dah beranak kecik , busy dengan anak sekolah lagi. Ek elehhh.. anak sekolah pun nak kecoh kan. Kihkih

So... hari ni kak shaz nak share foundation paling mantop di serata alam. Tak tipu okeh! Skin kak shaz jenis memilih bab2 foundation.  Tapi yang ni.. memang cun lah! Kak shaz bukan lah pencinta foundation pun.. tapi suka je beli foundation , pakainya jarang jarang.. bhahaha.


Kali ni kak shaz pilih foundation fit me dari maybelline. Harga tak ingat dah.. sebab almost 5 month dah kak shaz guna. Beli hari tu masa guardian rajin buat promotion. Zaman orang suka viral drugstore punya produk. La nii.. sejak khairul yoi senyap , geng drugstore pun dah banyak senyap.. btw , aku geng khairul yoi okeh!!

Aku bukan lah pengguna tegar krim kilo ni... tapi pernah lah terpakai 4 5 hari macam tu. Tapi skin aku memang tak boleh dengan krim kilo. Sehari pakai..esok jerawat berkampung. So aku memang dari dulu tak kenan krim 3 dan 4 jenis. Semua jenis berminyak nak mamposs. 
Aku tak sebut lah krim kilo mana keeennnn.. jadi kalau ada kecam aku ,bermakna betul lah produk dia kilo.. tak gituuu. Hehehe
So chill please!!!

Adik aku memang banyak jual produk macam tu.. so krim macam tu mostly sesuai dengan dia. Lain orang lain penerimaan nya. Tapi lately ni , dia dah tak jual.. dannn lama dah dia tak guna. Sejak dia follow aku guna barang barang drugstore.

Eh jauh dah aku melalut... kita sambung bab pondesen tu .

Pendapat aku mengenai foundation Fit Me by Mabelline ni. Akak bagi 10 bintang.
Skin nampak glow.. skin tak berminyak.. skin tak jadi kelabu. Hehehe..
Tapi macam korang cakap lah.. selalunya , skin korang sehari akan jadi kelabu lah apa lah. Eh eh eh jap , tak kan tak basuh kot masa solat zohor.. asar. Kehkehkeh.
Ha ha tak tauuu... tu pasal nampak kelabu. Sebab foundation lekat dari pagi sampai lah 5 petang. Kihkih.

So far.. malam hari , masa kak shaz ada event hari tu. Guna dari lepas isya sampai pukul 11 malam kot. Foundation maintain gituuuu. Memang puas hati.


Tapi kan.. sebelum kak shaz guna foundation ni , kak shaz buh bio oil dulu.. yang ni


Tak tau lah.. sejak guna bio oil ni , skin jadi stabil gilak.. jerawat pun segan segan nak tumbuh. Tapi last 2 week ni dah tak terguna. Sebab busy yang amat. Tak tau lah busy apa benda.. hahaha. Surirumah kan.. mesti lah busy 24 jam. Insha Allah start hari ni.. nak guna balik. 

Gabungan meletop sungguh foundation ni dengan bio oil. 

Jadi.. kalau nak cuba , korang boleh dapat kan dari mana mana drugstore yang ada.. makesure skin type masing2 dulu eh...




Kenapa Pilih Q-dees Preschool

Dekat ig.. ada member tanya , kakak wawa umur berapa masuk sekolah. Btw.. kakak wawa baru sahaja 3 tahun 5 september hari tu. Kalau ikutkan dia dah kena masuk preschool masa umur 2 tahun.. tapi masa tu kan mommy tengah pregnant , plus daddy wawa pun tiba tiba rasa berat hati nak bagi anak dara dia sekolah. Hehe. 


Lama dah kot cari cari preschool yang baik untuk anak anak.. ada je little caliph. Orang cakap kenapa tak hantar anak ke little caliph. Sana ada ajar alif ba ta semua. Belajar agama. Alahaiiiiii.. nak ajar anak agama tak perlu tunggu kat sekolah. Kalau boleh bab agama ni , ajar lah awal awal kat rumah. Mengaji... mengenal Allah. Alhamdulillah.. kakak wawa tau siapa Pencipta.. buat baik Allah sayang. Banyak lagi lah.
So that is why mommy hantar dia ke Q dees. Sebab Q dees dia mengutamakan english. Betul lah di rumah boleh je cakap mat saleh ke anak. Tapi dah kau cakap pun tunggang tebalik. Nak cakap apa benda nya. Shape shape.. dia tau lah. Menyanyi baba black sheep dia hebat lah. Hahaha. Tapi banyak benda yang baik ada kat Q-dees tu.

Yang aku tau Q-dees ni preschool yang terbaik kat malaysia.
Bab bab security pun memang terjaga sangat lah... class yang selesa. Programme dia pun semua best best. 




Banyak lagi mommy screenshoot tapi berat pulak entry nak loading nanti.. nanti korang refer sini


So far.. mommy suka semua tentang Q-dees. Untuk 3 years.. dia masuk class 8.30am - 12 pm
Tapi every friday husband aku ambik pukul 11.. sebab dia nak solat jumaat. Pihak Q dees pun okay je. Alhamdulillah. Teacher semua okay.. baik baik belaka. Bila tanya perkembangan anak pun derang jujur je bagitau.

Macam kakak wawa.. dia suka lari lari. Normal kata teacher. Ambik masa juga bagi dia sesuaikan diri. Yelah.. berapa tahun anak aku duduk rumah je. Kerja dia hari hari.. round satu rumah. Dah sampai Q dees dia buat la juga benda sama.. lagi kawan ramai. Lagi lah dia suka.

So far.. anak mommy exited ke sekolah. Mungkin juga sebab environment.. student dalam class pun terhad je. So dia tak rasa semak sangat ramai budak budak. Alhamdulillah.. memang berbaloi lah bagi anak anak masuk Q-dees. 








Jom Baca Surah Al Kahfi

Jumaat yang indah.. marilah bersihkan diri , wamgikan diri untuk sang suami dan untuk pencipta kita.

Banyak kan berdoa.. kita tak tahu ,doa mana yang di angkat ke langit. Kalau ikutkan hati.. mesti nak semua doa kita di kabulkan. Kalau nak di kabulkan.. kena lah selalu puji yang Maha Pencipta.

Btw.. hari ni jangan lupa baca al kahfi. Rasanya ramai dah tahu kelebihan baca surah alkahfi setiap jumaat. 


So marilah kita sama sama amalkan. Kak shaz baru berjinak jinak ni haa.. moga kekal istiqamah selamanya. 



© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED