13 Mar 2016

Review : Parfum Precious By Che Ta

Assalamualaikum

Hari ni aku nak share pulak pasai parfum by Che Ta , Hihi. Aku bukan lah peminat Che Ta pun , tapi aku peminat tegar wangi-wangian.. Macam-macma jenis dah parfum yang aku pernah pakai , dari murah sampai lah ke mahal. Kalau time sekolah dulu.. aku guna baby cologne je. Yelah zaman tu mana mampu nak beli body shop. Kah kah. Paling mahal pun aku guna haiku dari avon je.. Boleh kata paling berduit lah siapa guna parfum avon zaman aku dulu. Zaman laa ni orang tak pandang dah avon-avon ni. Semua mesti nak guna yang mahai-mahai, yang student pun dah reti guna body shop.. biasalah , duit ptptn kan banyak. Haha.

Baru-baru hari tu , adalah aku ternampak ntah kat mana iklan parfum Che Ta. Tak ingat dah... So , of course lah sebagai penggemar wangi-wangian.. Aku perlu memiliki satu parfum dari Che Ta. Hee.
Nak jugak aku rasa weh... wangi ke dok.


For me... wangi nya tak adalah sewangi macam parfum lancome ke apa... Boleh arh. Sesuai dengan harga nya. Kalau nak wangi sangat , kena lah beli yang mahal kan.

Cuma , parfum ni agak keras sikit lah wangian nya. Pada aku... aku jenis suka parfum yang ala-ala bungaan macam tu. Yang smooth je. Bila kau hidu.. kau rasa nak kunya je. Hehe

Kalau yang ni ok lah.. sedap jugak lah.. but then tak sesuai lah dengan aku. Sebab nya pemilihan wangi-wangian ni sangat penting jugak. Wangian kita tu melambangkan sifat kita sebenar.

Macam aku ni dah jadi mak orang.. memang tak sesuai guna parfum ni. Kang orang lain boleh tergoda.. Baunya kuat sangat. Memang boleh menarik perhatian orang. Alaaa macam kau pandang Che Ta.. Still bergetah.. Haa macam tu lah cun nya parfum die. Tapi memang tak sesuai dengan aku.

Hari tu aku pernah guna sekali... gile arhh memang bau kuat sangat. Sampai kat klinik tu nurse ada tegur..

" Eh wanginye.. guna parfum apa? "

AKu sengih je... haha. Ni serius tau.. aku tak reka cerita.. kisah benar. Hihi. Tapi serius lah.. aku memang tak sesuai parfum ni. Aku mudah pening. Mungkin bau dia kuat sangat kan.
Kalau orang jenis minat sport.. memang aku rekomen guna parfum ni. Sesuai lah..

Harga?? Ok sangat berpatutan.. Tak mahal. Aku beli di Myshoppe.. Guna cash voucher je.. Hehe dapat lah lagi murah..

Memang harga mampu milik lah... Tak yah risau. Kan aku dah cakap... wangian dia sesuai dengan kadar harga nya.

Kalau kau jenis cerewet. Tak yah beli arh.. Nanti kau harap parfum ni sebaris dengan parfum victoria secret.. Walhal harga jauh beza sangat.. No no no.

Cuba jangan banyak komplen sangat. Hiii

Satu je aku tertarik dengan parfum ni... Aku suka nau botol ni... belakang botol tu ala-ala batu bata.. Comey arh.. botol pun kecil je.

Senang nak bawa ke mana-mana. Tak makan ruang pun kalau simpan dalam handbag.

Ok la. tu je aku nak share... hihi