16 Mar 2016

Resepi Chicken Chop Blackpaper Kak Shaz

Hari ni kak shaz mood baik.. tiba-tiba teliuq tengok rancangan asian food channel. Gile arh kan omputih ni. Kuat makan black paper. Haha.

Dah teliuq macam tu.. of course lah kau nak melantak terus. Mula-mula nak ajak husband ke secret resepi.. tapi tak jadi. Hehe. Sebabnya masa nak minum air ke dapur.. tengok bahan semua ada.  Maka terhasil lah chicken chop black paper ala kak shaz. Sedap kauuu.. hingga menjilat jari kaki.

Resepi ni aku cilok dari my mom.. dulu masa bujang-bujang.. my mom selalu buat breakfast lamb chop. Aku yang tak berus gigi nya..tak cuci muka , terus je melantak.. nasib ada jugak yang sudi kawin dengan aku. Haha

Ok ni resepinya..

Bahan-bahan yang di perlukan :

1. Bawang besar / Bawang Holland
2. Sos tiram
3. Kicap manis
4. Sos black paper
5. Serbuk black paper
6. Tepung Gandum
7. Butter

Cara-caranya :

1. Pertama sekali sediakan dada ayam dulu.. hiris bahagian isi senipis nya , jangan nipis sangat. Agak-agak lah.. lepas tu penyek-penyek kan.

2. Kemudian perap dulu ayam dengan sos tiram + kicap. Kak shaz tak campuq garam dah... sebab sos dengan kicap tu kan dah ada perasa. Perap lah berapa lama yang kau suka. Jangan seminggu dah lah.. hehe

3. Bakar dengan suhu 150 darjah dalam 30 atau 40 minit gitu.. sebab ayam nipis je kan. Aku suka yg ada jus-jus sikit baru yummy

Dah siap bakar ayam.. kita buat sos black paper pulak..

Aku main campak je... Mula-mula tu masuk kan butter.. dah cair , masuk kan bawang pulak.. jangan sampai garing... nanti hangit pulak.

Kemudian.. masuk kan tepung gandum dan air sikit.. jangan sampai beketul ye.. nanti tak cantik..

Lepas dah cair sikit... masuk kan kicap , sos tiram dengan sos black paper.. kicap jangan banyak sangat. Asal nampak hitam sikit. Pun dah ok.

Part kuah pun aku tak buh chicken stock or garam.. sebab hakak jaga kesihatan. Haha. kan sos-sos tu semua dah ada perasa.

Siap semua..last sekali masuk kan serbuk black paper.. supaya rasa lebih sedap gitu..
simpel je kan..

resepi ni versi aku.. segala kekurangan minta maaf la ye.. dah nama versi aku kan.. suka hati lah nak buh apa je. kihkih.

Alhamdulillah jadi lah chicken chop Blackpaper hakak.