15 Mar 2016

Memeriahkan Rumahtangga Yang Suram

Assalamualaikum.

Pagi-pagi lagi dok layan astro oasis mengenai rumahtangga yang dah suram. Ni lah kan... bila perkahwinan dah bertahun.. mula lah si isteri / si suami dingin antara satu sama lain. Si isteri salah kan suami.. yang si suami salah kan isteri. Masing-masing nak menang. Hmm

Aku bukan lah orang pakar pun nak nasihat itu ini. Tapi aku yakin.. sebagai isteri , kita lah yang kena create suasana dalam rumah .

Tak kisah lah dah kawin dari tahun kuda ke.. dari tahun gajah ke , sebagai isteri kau kena usaha buat sesuatu yang baru untuk menarik minat suami. Kalau masa couple asyik nak melawa je hadap boyfriend.. kenapa tak melawa depan suami? Tau lah housewife... pelik lah kalau nak makeup kat rumah kan. Tapi at least biar lah kemas dari segi penampilan.. wangi sepanjang hari... tak salah pon. Pakai baju elok-elok.. kalau hari ni guna baju putih.. esok guna lah pink pulak.. tak bermaksud kau surirumah takde orang nampak.. kau bedal je baju yang dah kena getah nangka.. choiii
Mau laki tak hilang selera... haha

Dah cantik-cantik depan suami.. pikat pulak perut depa. Suami-suami mesti happy bila balik rumah.. nampak bini lawa , dapat makan sedap... comfirm lah dia happy kan. Ni tak , hari ni kau masak mata lembu.. esok mata kerbau.. tulat mata kucing. Kembang tekak suami nanti. heh! Banyak je resepi kat google...cuba cari tau kegemaran suami.. Kalau aku , aku suka perhati makanan apa yang husband aku makan..contoh kalau ke restoran , aku akan makesure dia oder makanan apa yang berulang kali.. So bila sampai rumah , aku usaha cari resepi tu dan buat untuk dia. Alhamdulillah.. akan dapat pujian. Try and error. Tak pandai masak?? Usaha lah...baby pon belajar merangkak.

Dah pikat perut suami?? Pikat pulak suami dengan suasana rumah.. ramai isteri-isteri mengeluh kenapa suami suka lepak kat luar... Haa benda ni senang je kot. Kalau kau tak nak suami keluar rumah... hias la rumah secantik yang boleh. Tak perlu nak deco mahai-mahai.. Cukup sekadar sedap mata memandang..Join lah mana-mana group deko... Belajar step by step. Inshaa Allah rumah berseri , bila rumah bersih..selesa..cantik. Mesti suami suka kan.. Buat kan satu tempat atau sudut untuk suami kau lepak.. Contoh coffee table untuk dia ke... dekat coffee table tu kau buh lah segala jenis minuman yang dia suka.. Macam teh ke , milo.. apa-apa je lah. Macam aku... setiap bulan bila nak berbelanja.. aku akan ambil macam-macam jenis minuman..biar suami takde hati nak minum kat luar dah. Haha. Sambil-sambil tu kau join lah layan rancangan yang suami kau suka. Husband aku suka badminton.. walaupun bukan live dia layan je. Tapi aku tak kan tegur "asyik-asyik tengok benda yang sama je " alaaa jangan lah macam tu... kau bantai je tengok sekali.. biar suami rasa seronok ada kawan. Hehe. In Shaa Allah , kalau kau boleh layan apa yang dia suka.. nanti dia layan kan jugak drama sotong-sotong kita tu. Takk gituuu...Hee

Setel dah semua kat atas... kita pikat pulak suami kat bilik. Okay jangan fikir jauh sangat tau.. pikat kat bilik di sini yang aku maksud kan adalah... hias bilik kita cantik-cantik.. kan tempat suami nak tidur tu.  Kesian suami kerja seharian.. balik rumah nak tidur..hadap bilik penuh sarang labah-labah pulak.. Cik akak oiii.. kalau nak suami sayang...cinta cintun kau sampai kerepot. Cantik kan lah bilik.. hias macam baru kawin. Hihi. Letak lah aroma yang tenang dan seksi.. Ni tak.. dengan katil yang berselerak.. dengan cadar 6 bulan tak basuh. Bawah katil tak sapu.. Mau tak suami asyik nak outstation je. Haha. At least tukar lah cadar seminggu sekali.

Ok lah... aku rasa selebihnya ikut pada diri masing-masing lah nak buat apa. Laki kau kan... haa pandai-pandai lah ye. Buat lah kelainan untuk tambat hati suami.. In Shaa Allah ruamahtangga akan kekal bahagia sentiasa. Aamin

Sebagai isteri.. mari lah kita sama-sama berusaha pikat suami masing-masing. Biar setiap hari dia rasa "wow" jangan asyik nak layan drama " suami ku hilang " je setiap masa.. Suami tak kan cakap , dia diam je.. tak perlu tunggu suami tegur.. buat lah demi kebaikan rumahtangga masing-masing. In Shaa Allah..


Gud luck isteri-isteri di luar sana....