20 Mar 2016

Hobi Baru

Dalam buy-busy pun sempat lagi aku layan bunga-bungaan.. Hehe
Ntah lah.. sejak dua menjak ni , suka nau aku berkebun...aku siap layan group berkebun kat facebook ok. Tak tau lah datang dari mana semangat nak berkebun ni.

Nak di jadikan cerita..last weekend , husband kata kesian kat aku...asyik dok pandang je bunga depan rumah orang , maka dengan baik hati..husband bawa aku ke nursery awal pagi... Kul 8 pagi hokkeh! Nursery pon baru je buka pagar.. Haha
Sampai je ke nursery.. hati kak shaz tak boleh nak tahan tengok bunga berlambak-lambak. Haha. Nak je aku angkut semua balik rumah.


Nampak tak.. baik je laki aku dukung puteri kesayangan dia tu. Di bagi nya aku peluang pilih bunga kertas mana yang aku nak. Ehhh tiba-tiba hati rasa berbunga mekar macam dalam nursery tu. Kahkah
Berbunga sebab rambang mata nampak bunga. Haha


Aku berkenan sunggu kat bunga yg yellow colour tu.. Tapi harga nya RM80 , husband suru ambik je... sebab dia kesian tengok aku asyik mengidam bunga rumah orang je. Hahah. Jahat eh! Tapi aku rasa tak berbaloi kot nak beli dengan harga tu. Sudahnya aku ambik yang baru nak mekar berkembang.. harga dalam RM15 , lepas tu aku ambik sekali kaktus , pokok halau nyamuk.. hehe. Berbaloi je . Dapat banyak.

Tenang hati I bila dah dapat bunga yang di idam-idam kan.. Nanti kalau aku dah alih ke pasu bunga.. aku up entry untuk korang jamah ye.. Hihi