10 Mar 2016

Bila Nak Tambah Sorang Lagi??

Bila Nak Tambah Sorang Lagi?? Ni lah soalan yang selalu aku dapat.. haihh , anak baru 6 bulan lebih kot. Ngeri weh! Hehe. Tapi kalau dah Tuhan bagi rezeki lebih awal , tak lah aku tolak. hihi.
But kalau boleh nak jarak kan sikit lah...

Dulu masa mula-mula belum ada anak , orang dok tanya pulak bila nak ada anak. Iskk! Laa ni bila dah ada anak.. sebok pulak tanya bila nak tambah sorang? Hoiii.. kau ingat nak bersalin tu rasa macam kene tarik telinga je ke?? Sakit weh...

Bila Nak Tambah Sorang Lagi??
Lagi pun.. wawa kecil lagi , tak puas lagi nak sayang-sayang dia. Setahun lebih aku kawen baru lah dia muncul.

Inshaa Allah.. nanti dia besar sikit , aku tambah lah lagi sorang.. Haha. Tak pun sekali dua.. cari kembar. Kahkah

Aku bukan saja-saja tak nak tambah. Luka dalaman pun rasanya tak sembuh lagi. Kalau boleh biar lah pulih sepenuhnya.  Bila badan dah kuat semula.. baru lah aku siap sedia untuk preggy lagi. Inshaa Allah


Tapi tu lah kan.. mulut orang ni kita tak boleh tutup. Kadang-kadang kita pun dalam tak sedar terlepas cakap jugak. Hihi. So apa-apa pun kita give and take je lah setiap apa yang di katakan oleh orang sekeliling.

Kadang-kadang.. bila tengok orang lain ada anak ramai , teringin jugak nak tambah lagi. Kihkih.. tapi bila fikir pasal kesihatan.. Rasa nya tak mengizinkan lagi.. Inshaa Allah perancangan Allah tu adalah yang terbaik.

Bila Nak Tambah Sorang Lagi??
Ni pun badan naik letih hadap dia sorang-sorang je. Asyik nak berkepit je. Dah tu suka buat muka bila kita nak ambik gambar.. hihi.

Esok dah ada adik, tak boleh dah nak berkepit dengan mummy ye sayang. Bagi adik can pulak. Hee

Semoga wawa jadi anak yang solehah besar nanti.. Aamin.

ok lah.. harap esok dah tak ada soalan macam ni lagi. Jenuh mak nak jawap.. Perut mak bukan elastic. Haha.