18 Feb 2016

Respect Orang Sekeliling.

Pernah tak korang terfikir , sama ada orang di sekeliling kita ni menyenangi kita atau tak?? Haaa... mesti tak pernah terfikir kan..

Aku pelik lah.. ada je budak di kawasan kejiranan aku ni asyik ngeng ngeng kan motor dia. Apa dia ingat orang suka bunyi motor yang memekak?? Well.. aku ada anak ok , jiran sebelah pun ada anak kecil.. tak ke dia terfikir tu?? bukan nya budak kecil lagi kita nak tegur.. dah akil baligh pun. Haiih , sabar je hati mak.

Yang geram dia punye bunyik tak kira pukui berapa.. malam ke , pagi ke , tengah hari ke. Jenis manusia apa kah?! Jangan lah kata aku kolot.. aku pun pernah remaja juga. Well , aku sangat-sangat menghormati orang sekeliling aku. Kadang nak melalak lagu ziana zain pun aku fikir banyak kali tau. Bukan sebab suara tak sedap ( suara kita sedap hokehh!! kah kah ). Tapi aku takut makcik sebelah rumah tengah tidur ke apa. Tak pasal-pasal kena maki dalam hati free-free. Tak nak lah kan.

Tak habis motor.. dia pasang sound kereta pulak. Dah kenapa mamat ni. Respect lah sikit. Macam nak cekik-cekik je. Nasib baik lah anak orang.

Respect Orang Sekeliling.
Nak je aku ajar budak tu... Nasib baik husband asyik suruh sabar. Kalau tak , siap lah...

Cehhh.. macam kuat je kan!

Aku bukan apa... kesian kot , anak baru nak terlelap , tiba-tiba bunyi bedengung semacam.. Tak pasal-pasal anak ikut stress.

Hrmmm.

Tu tak apa lagi , jiran lagi sebelah ni haa.. anak umur baru sebulan. Hari-hari aku dengar menangis bila budak tu racing motor depan rumah.

Apa dia ingat tempat ni abah dia punya sorang!



kalau boleh , sama-sama lah kita jaga hati antara satu sama lain. So di mana-mana pun orang akan senangi kita. Inshaa Allah.