4 Feb 2016

Ragam Anak Naik Bulan

Pagi-pagi lagi wawa dah buat hal.. semua benda yang aku buat tak kena dekat dia. Hmm. Dah bagi susu , dia boleh pulak nak tak nak. Sekejap nak , sekejap tak nak.. Hmm tercabar h
ati mommy tau!
Kita bawa sembang , dia dok jerit2.. dah kenapa budak ni? Cek pampers ,still ok lagi.. cek kalau kembung perut ke tak... Semua ok je. Aku dah naik pelik.. Sebab dia bukan lah jenis baby yang susah di atur. Dia jenis cool sikit.. Maybe ikut perangai daddy dia kot. Dukung pun tak nak. Siap keraskan badan.. huh!

Hrmm... kuat kan hati sikit. Dia baby lagi kan , kena lah cakap elok2. Aku usaha sehabis baik , ajak dia main... ajak dia baca buku. Apa yang aku dapat??? Dia nangis... Alahaiii nak. Hati dah memang tak tahan dah. Aku whatsapp husband , bagitau anak dara dia buat perangai. Husband aku boleh reply "hehe" je... Siap tanya date hari ni pulak. Dah kenapa diorang ni! Aku reply je lah.. tunggu punya tunggu husband tak reply pulak.. Persoalan sebenar tak terjawap lagi. Haiihh..

Laju je tangan aku tarikh calendar... Allahuakbar , boleh aku lupa..anak aku genap 5 bulan dah semalam! Patut lah dia punye meragam lain macam. Kalau mak yang jenis hati tak kental , boleh naik darah jadinya, Haha. Tu lah kan baby ni.. setiap 2 minggu ada je perubahan baru. Seronok jugak dengan perkembangan anak.. but at the sametime kalau dia meragam , memang teruk arhh . Sebab nak handle tu bukan senang,

Tak sama tau kalau baby setakat meragam biasa dengan meragam naik bulan. Meragam biasa , dia boleh steady lagi kalau kita dah dukung.. Tapi ni meragam nak membesar..

Ragam Anak Naik Bulan

Tapi tak apa lah kan... besar pahala jaga anak2 ni. hihi . Maybe time kecil perangai kita macam tu kot. Mak selalu pesan... jangan marah anak yang buat perangai. Sebab perangai anak kita sekarang tu lah perangai kita yang dulunya mak kita nak hadap setiap hari.. Haa , cer bayangkan...  jadi renung2 kan lah...