4 Feb 2016

Pernah ada blog.

Dulu.... masa zaman study kat kolej , aku pernah ada blog.. tapi tak lah layan sangat , sebab masa tu orang more to friendster dan jugak myspace. Ada jugak lah entry aku kat blog tu walaupun tak banyak , Hihi. Rasa nya masa tu 2006-2007 kot. Lama dah weh! Tapi sayangnya , aku tak ingat email dan jugak password sekali. Zaman tu email memang agak merapuh sikit. Hik , ada awekcun lah , babycute lah , babygirl lah.. Haiii macam2. Yang tak tahan bila nama kau Siti Hadibah, tapi kau buat email babypinkcute. Hmm. Seriously , zaman aku dulu.. memang wujud email macam ni. Sebab tu lah aku tak boleh ingat dah email yang lama , sebab nya email tu tak ada kaitan pun dengan diri kau. Main bedal je..

Lepas tu , beberapa tahun kemudian aku dah kerja .. aku buat lagi blog yang baru. Masa tu 2010 , Tapi tak lah fokus kat blog sangat... sebab masa kerja aku adalah orang yang sangat2 tak ada masa untuk online.. Aku banyak fokus tidur je bila balik kerja. Haha . Lagi pun masa zaman tu internet mahal lagi. Bergantung pada wifi office je lah. Tu pun tak selalu , sebab bos tak bagi. Haha.
Tapi blog tu bertahan cuma setahun je kot.. Lepas tu aku dah tak kisah.. Bukan tak kisah sangat... sebab aku lebih enjoy kehidupan nyata daripada alam maya.. Haa gitu. Dan akhirnya , blog bersama email.. terbiar  begitu sahaja..

2014 , aku buat lagi blog baru..Ada jugak aku try berkali2 nak ingat email dan password yang lama. Tapi tak kesampaian. Aku memang ada problem nak mengingat sikit kalau benda tu dah bertahun lamanya. Sebab , aku punya sistem akal fikiran jenis sistem yang akan sentiasa update latest windows.. Haha. Dia akan auto delete benda yang lama dan susah nak recall semula. Memang tak ada buat backup lansung.  Tapi sayang nya blog tu bertahan sampai September 2015 je. Lepas tu aku delete. Reason aku delete.. adalah . Hihi.

Last sekali... aku wujudkan blog ni pulak.. Dan aku nekad , blog ni akan kekal sampai berkurun abad... Even anak aku dah besar panjang. Hihi. Inshaa Allah.

Pernah ada blog.