13 Feb 2016

Mommy Yang Over Protected

Assalamualaikum

Pernah lah sekali dua , masa anak baru lahir tu.. macam-macam feeling yang datang. Tau lah bila jadi mak ni , of course lah kita nak yang terbaik untuk anak kan. Itu tak boleh , ini tak boleh. Its normal actually. Every mother akan lalui benda yang sama like me. But jangan terlalu over lah kan.

Macam aku hari tu , tiap kali anak nyusu.. mesti dia muntah. So as a mother mesti lah risau kan. I asyik tanya my mom and MIL.. kenapa anak selalu muntah susu? banyak pulak tu.. normal ke? And diorang bagitau yang baby gomoh susu je. Mesti kena burb selalu.. I pun macam.. Hmm oohh ok..
Then bila dah tau  , after breastfeed kan baby.. benda pertama yang aku akan buat is burb kan dia. Tapi pelik.. anak aku tak burb pulak. Hahaha. Then i pun ada jugak lah google cara yang paling baik untuk burb kan baby. So far , kadang dia burb jugak.. kadang tak jalan pulak. Dan yang paling tak seronok dia still muntah. Hrmm

Mommy Yang Over Protected
yang tak reti lagi..boleh belajar dari gambar ni ye.

Susah hati , fikir macam-macam dah aku time tu. Sebab hasil yang aku google terlalu banyak. Ada one time tu.. aku terbaca ntah blog mana.. dia share yang anak dia asyik muntah , lepas tu check kat hospital yang usus anak dia tersumbat. Fuh! Seram sejuk aku di buat nya. Aku pun inform lah kat suami... But then , dia hanya bagitau "its normal kan..like your mommy said.. just relax" tension juga bila husband jawap slumber macam tu.. Hari demi hari , rasa dah expert burb kan baby..tiba-tiba macam magic.. baby dah tak ada muntah. hrmm.. inform kat misi pun , diorang bagitau.. its normal for a newborn.. coz diorang tak reti nak burb sendiri. Ooohhhhh gituu... hihi

Lepas sebulan macam tu , rasa macam tak sedap hati pulak dengan nafas baby... macam ada bunyi kahak. Kadang rasa macam ada yang dia tak selesa. Oohhh ok , actually perasaan aku je. Sebab baby tidur dengan nyenyak... Kihkih. Berkali-kali i inform my husband. 

" eh anak bernafas ok tak? macam ada bunyi pelik je.. macam ada something... sound like krukk krukk"

Nampak tak betapa risau nya aku... husband pun dah rasa annoying kat aku. Haha. Hari-hari aku dok google itu ini. Bila terbaca something yang buat aku susah hati , mesti aku share kuat husband. Sampai satu masa , dia tegur.. " membaca tak salah.. tapi jangan membaca sampai memberi kesan negative kat diri sendiri "

So , aku nekad dah tak nak share apa-apa kat husband...merajuk dah. Haha. Masa bawa baby check up.. aku tanya kat nurse , anak aku bernafas ada bunyi something.. then dia pun bawa aku jumpa doktor kat bilik sebelah. Doktor cek.. tak ada lansung masalah , nafas dia ok je.. mungkin ada sedikit lendiri masa dia keluar dari perut hari tu.. lama kelamaan akan hilang sendiri.. Alhamdulillah , lega hati mak.. Hihi

Dengan perasaan gembira.. aku inform lah kat husband yang anak semuanya ok. Tak ada masalah. Nafas ok.. jantung baby ok. So far.. semua nya A+. Kih kih

Dengan slumber dia jawap " You terlalu over protected "

Aku pun macam.. Ehh , yeke... Iskkk tak lah. Mana ada over protected. Cuma alert lebih sikit je pasal keadaan anak. Hihi

Lama kelamaan.. aku belajar benda baru , tak salah nak yang terbaik untuk anak.. tapi jangan terlalu over protected. Sampai semua benda rasa tak kena. Macam aku ni haa!!!! Nanti esok lusa.. dia nak main dengan budak-budak lain pun kita tak bagi.. sebab konon nya takut anak kotor lah... takut anak itu lah.. ini lah. So jangan ye mommy. Awasi anak sebaiknya .. Besederhana je . Inshaa Allah.