16 Feb 2016

Macam Mana Nak Jadi Ibu Bapa Yang Cemerlang

Dulu.. sebelum aku ada anak , bila jalan ke mall dengan husband then teserempak dengan parents yang ada anak kecil menangis-nangis. Mesti dalam hati aku mengatakan , ni mesti biasakan anak ni , tu yang tempat awam pun menangis-nangis, Yess itu dulu , before aku belum ada anak.. but then , after dah ada anak..baru lah aku faham. Mood anak-anak ni sukar untuk di jangka.
Nak pukul tak sampai hati... nak ikut kan kehendak diorang , nanti menjadi-jadi pulak kan.

But , sebagai orang tua.. kita mesti lah kena jadi ibu bapa yang cemerlang dalam mendidik anak-anak. Macam mana nak jadi ibu bapa yang cemerlang?? Haa... benda ni kita kena belajar lah. Like i said dalam entry-entry lain... banyak kan membaca. Tau tak , membaca ni jambatan ilmu tau. Jangan sangkah kita ni dah tinggi pelajaran boleh menjamin yang kita ni dah jadi ibu bapa cemerlang. No no no... yang tu aku tak berapa setuju.

Aku tak lah cukup sempurna pun , tapi aku berusaha jugak lah jadi ibu yang cemerlang. Kalau boleh aku nak seimbang kan dalam mendidik anak-anak. Sama ada ilmu di dunia mahupun akhirat. Inshaa Allah.

Well , setiap manusia akan lalui peringkat-peringkat kehidupan.. di mana kita jadi baby pada mulanya , meningkat dewasa , kemudian berkahwin.. dan menjadi orang tua.. Yess semua orang akan laluiinya.. so kalau nak jadi ibu bapa yang cemerlang. Kita kenalah cemerlang kan diri kita dahulu. Sama ada dari segi pendidikan , ilmu keagamaan dan sebagainya.

Ingat , ibu bapa ni.. cermin kepada anak-anak.. terutama si ibu yang banyak menghabiskan masa dengan si anak.. Setiap tingkah laku kita , akan menjadi contoh pada diri anak-anak. Sebab tu lah kita kena berusaha keras untuk menunjuk kan pada mereka beribu kebaikan.

Apa yang paling penting , kita kena lah konsisten dalam memberikan didikan.. dan jangan terlampau-lampau mendisiplinkan anak dan jangan jugak terlalu sambil lewa setiap tindak tanduk anak-anak. Orang kata.. biar berpada-pada. Inshaa Allah kita akan berjaya dalam mendidik mereka.

akhir sekali , aku doakan korang semua jadi ibu bapa yang baik dan penyanyang.. dan semoga dapat mendidik anak dengan baik. Aamin. Dan jangan lupa.. banyak kan membaca...