21 Feb 2016

Kaitan Bulan Penuh Dan Kesihatan Manusia

Assalamualaikum

Credit : Abu Hannah
Tiba-tiba rasa tertarik dengan satu artikel pendek yang di share oleh seorang hamba Allah melalui laman facebooknya mengenai fenomena bulan penuh dan juga kesihatan manusia.

Mengikut daripada apa yang beliau share.. bulan bukan sahaja di gunakan untuk menentukan tarikh puasa dan raya , tetapi di gunakan juga sebagai menentukan tahap kesihatan manusia dan banyak lagi.

Selalunya bila berlakunya bulan penuh , parasit tengah aktif dan akan menyebabkan anak-anak batuk , selesema , berkahak dan ada juga anak-anak yang akan menjadi terlebih aktif. Yupp sangat lah saya akui benda ni. Sebab beberapa hari ni anak asyik dok main je kerja..sampai payah nak tidurkan.

Benda ni actually dah ada dalam kitab kita pun , cuma mungkin kita kurang peka je... daripada pembacaan saya... beliau mencadangkan supaya anak-anak di mandikan dengan epsom salt.

Epsom salt ni banyak kelebihan nya... antaranya adalah di percayai dapat mengembalikan ph body kembali. Kalau mengikut teori perubatan islam , garam adalah salah satu alat yang tidak di sukai jin dan syaitan. Kerana elemennya berfrekuensi tinggi sama seperti madu.

Kalau korang perasan , bila bulan penuh je... selalu anjing menyalak semacam kan.. nampak hantu lah tu.. konon nye lah. Tapi sebenarnya , ada betul jugak. Sebab bila tiba sahaja bulan penuh.. jin dan syaitan banyak berkeliaran.

Daripada penelitian yang saya nampak , ramai yang bersetuju dengan apa yang beliau cuba sampaikan..
Dan beliau juga turut berkongsi cara penggunaan epsom salt. Ilmu sebegini sangat la penting untuk masyarakat kita.

Ramai sekarang yang terpengaruh dengan budaya barat.. kajian itu ini. Sedangkan kitab agama kita suda lama tertulis mengenai kejadian alam semesta ini,

Kenapa perlu mengangungkan kehebatan orang amerika mengenai fenomena sebegini, seolah-olah mereka lah yang menemui teori ini. . sedangkan Allah dah tunjukan pada kita semua lebih awal lagi.

Mari sama-sama kita muhasabah diri.



Semoga ilmu ni bermanfaat pada semua.. Inshaa Allah .


 
Credit to : Abu Hannah