23 Feb 2016

Fenomena Aiskrim Jelly

Dah jadi viral pulak aiskrim jelly ni kan. Tu lah kuasa facebook. Tekan je.. satu malaysia tau.
Fenomena Aiskrim Jelly
Firstly , aku dok baca orang share pasal aiskrim oreo tu. Tapi tak lah seviral macam aiskrim jelly ni. Ntah kenapa. Tak popular pulak. Hihi
Teringin jugak nak try buat sendiri.. tapi makan nya memang tak lah. Anak aku baru 6 bulan kot , tak berani lagi makan ais-ais ni. lagi pulak kan dia fully bf. Kang kembung pulak perut anak.. Hee

Siapa lah agak nya yang terawal share resepi aiskrim jelly ni kan.. Semalam ada lah terbaca satu post ni.. dia dok marah sebab tak credit pada yang share resepi ni. Actually bagi aku , kalau nak share resepi bergambar tu..Sila-sila la watermark kan gambar korang ye. Nanti tak pasal-pasal jadi bahan pergaduhan. Macam gambar kat sebelah ni , aku tak tahu nak credit pada siapa... sebab boleh kata semua page yang ada kat facebook share gambar sama. Gambar ni takde watermark tuan punye badan. So i minta maaf lah awak-awal kalau aku main rembat je gambar kau ni ha..!



Fenomena Aiskrim JellyLain kalik tepek watermark kau sebesar alam ye. Jangan kata akak ni main rembat je! Tampo kang.. Bisu seminggu. Eh takde lah. Gurau je.

ada jugak anak buah request buat benda ni , katanya nak rasa... haihh , tengok resepi je .. aku dah boleh imagine rasanya. Hebat tak? Hehe... susu je pon , buh jelly sumi-sumi tu.. siap dah. Jual lah 0.50 sen sebiji. Jangan lah kau jual seringgit. Bapak tamak macam abang jibby. Issk Isskk...

Rasa seronok pulak tengok warna aiskrim ni.. colourful! Hee.. kalau zaman aku kecil-kecil dulu.. kat sekolah ada jual. 0.20 sen je. Beli sampai 5x sehari. Sedap. Macam-macam flavour. Ada keladi , aiskrim kacang merah , milo. Favourate aku milo. Yummy.. yummy...

Rindu pulak zaman kecil... sanggup tak nak guna duit duaposen tu semata-mata nak beli aiskrim je. Haa.. makcik kantin pun tau dah.
Lepas tu... meningkat dewasa sikit.. aiskrim mat kool pulak jadi fav.. Sekarang wujud lagi mat kool ni , tapi tak sesedap dulu dah.

Memang jajan sekarang dah tak berkualiti macam dulu.. Hmm , pelik kan.. jajan sekarang ni dah tak sama macam dulu. kan kan.. perasan tak??
Kalau korang jenis kuat makan jajan , tau lah. Aku dulu-dulu yelah.. sekarang tak selera dah.. ikut mood kalau nak. Hehe. Tua dah , kang gigi tak ada.. malu hoi!

Sekarang ni , jajan semua harga 0.50 sen ke atas.. isi pun secoet je la haihh! Tak sendawa pun makan. Hahaha.

Lagi-lagi dah banyak tiruan dah... bahaya.. bahaya...

Lebih baik kita buat sendiri je kat rumah.. resepi beterabur dah kat luar. Asal jangan lupa credit pada yang share ye. Nanti tak pasal-pasal kita kene kecam. Kihkih..

Btw , amalkan hidup sihat je lah... jangan banyak makan aiskrim sangat. Nanti gigi sakit... sekarang nak cabut gigi mahal. Hahaha , Nak ke goverment , beratur nye lama. Sabo aje lah.

Ni aku bagi sekali resepi ye.. sebab ramai sangat tembus ke blog aku ni bila search pasai aiskrim jelly... nahhh ambik lah. Aku pun kopi kacang peas jugak.. hih


RESEPI AISKRIM JELLY


Bahan - bahan :


3 paket sumi / jelly
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air 
secubit garam