12 Feb 2016

Anak Kerap Menangis?

Seronok rasanya share pasal anak ni.. Actually ada je idea nak share pasal kecantikan lepas bersalin , tapi dalam draft lagi , gambar tak cukup lagi. Inshaa Allah will be update soon ye sayang-sayang semua.

Nak di jadikan cerita.. masa cuti CNY hari tu , i dengan suami balik kampung my mom! Perjalanan memang agak jauh lah.  Anak pun sebenarnya , ok je jalan jauh.. tapi hari tu mungkin dia tak selesa sangat kena duduk berpangku. Yelah , kita pun kalau duduk berpangku mana selesa kan. Tu lah gunanya car seat. But that time , kitaorang lupa nak bawa carseat.. Sepanjang jalan bila anak aku berjaga.. dia dok tonggeng sana sini. Alahaiii sabar je..

Sampai je kat kampung.. dia meragam pulak , nangis tak henti-henti. Firstly tu , ingat dia sakit perut ke apa. Tapi tak pulak. Yang tension tu , dia nak kita dukung je. Takpe kot kalau dia nak kat daddy dia. Ni tak! Nak aku juga. Mummy nak mandi pun tak dapat. So , biasalah.. naluri mak-mak ni kuat mengata kan yang anak aku meragam sebab sakit badan. Ingat badan kau je yang lenguh!! Baby pun pandai lenguh tau.

Maka.. bermula lah kisah aku jadi mak bidan. Kah! Aku baring kan anak aku slow-slow.. pasang music yang mendayu-dayu dari youtube. Biar dia rasa tenang sikit. Kemudian aku urut belakang.. betis , peha anak selembut-lembut nya.. Yang paling penting harus lah dengan kasih sayang. Boleh je guna minyak kayu putih ke , herba krim tropika ka. Pun boleh. Lepas tu sulam dengan losyen. Senang sikit nak ngurutnye. Jangan lah urut kasaq sangat. Losyen tu kalau boleh guna yang khas baby punya. Macam aku , pengguna tegar jhonson baby. So ikut lah kebiasaan korang.

Alhamdulillah , tak sampai 15 minit anak aku dah ok semula.. So mummy , kalau anak kerap menangis tu.. Cari lah dulu punca nya kenapa. Tak semestinya tiap kali anak menangis. Kata dia lapar. Yang sedih bila anak kau belum cukup 6 bulan. Nangis-nangis.. kau kata lapar.. lepas tu bagi nestum. Jangan cari nahas ye. Ada kemungkinan baby nangis , sebab pampers.. dan ada mungkin , dia tak selesa.. panas ke , sejuk ke. Cer bawa anak sembang.. peluk erat-erat. Inshaa Allah dia ok.

Anak Kerap Menangis?


See.. keesokan pagi nya , anak aku dah tersenyum riang.. dapat tengok itik , ayam , burung.. Hihi. Seronok lah kan duduk kampung. Tenang je.