15 Feb 2016

Anak Asyik Nak Berkepit Jee.

Hii



Mesti ramai mommies yang tension bila menghadapi situasi macam ni kan?? hihi. And of course aku pun lalui benda yang sama. Lagi-lagi kalau yang fully bf.. memang asyik bebaring je dengan si kecil.
Well , sebelum melarat.. harus lah berusaha untuk elak perkara ni berterusan. Tapi tak di nafikan lah.. Majoriti baby , akan jadi macam ni. Ntah lah kenapa ye? Maybe bau ibu tu buat diorang tenang kot. Hihi. Biasalah , baby kan baru nak belajar sesuaikan diri hidup di dunia.. 9 bulan kot dalam perut. Kita je rasa dia dalam perut.. dok tendang-tendang, pusing sana sini.. ewaahh.. dah macam roller coaster dia buat dalam perut.

Anak Asyik Nak Berkepit Jee.Since anak aku naik 5 bulan.. dia buat perangai , asyik nak berkepit je. Sampai kan aku nak ke toilet pun susah. Fuh! Kadang-kadang aku berdiri je maju selangkah. Muka baby dah berkedut.. rengek-rengek. Aduss.. memang tak boleh jadi arh macam tu. Kalau di biarkan , memang tak siap lah kerja rumah. Nak masak apatah lagi. Gigih ni nak latih anak , asal je aku hilang dari radar.. dia menangis macam kena pukul.. so aku dengan husband decide.. bila dia rengek macam tu , aku kena gigih dan kuat.. jangan toleh ke dia. Bagi suami je yang jaga sekejap.. pujuk. Mula-mula tu memang lah tak jalan. tapi kitaorang kuat kan hati je. Iskk.

Paling pun.. bila dia nangis , husband dukung jap.. bagi tengok muka aku yang comel ni.. Kahkah. Ok dia diam sekejap. Bila husband bawa pusing arah lain , dia menangis lagi.. hrmm.. memang agak payah.tapi masa tu lah aku ambil peluang ajar dan inform dia...

"mummy tak boleh lekat selalu dengan wawa.. sebab nanti kerja tak siap. mummy kena masak...bagi daddy makan.. mummy pun mesti kena makan , so wawa boleh susu banyak-banyak.. dapat khasiat banyak."

Hari-hari aku inform dia benda yang sama... Finally , lepas seminggu.. dia dah ok. Tak ada dah dia merengek-rengek. Sekarang , dia ok je kalau aku gerak nak buat kerja. Ada jugak lah sekali dua..perangai dia datang balik.. tapi tak apa lah. I is redha je... yang penting kita kena train diorang sebaik mungkin. Tangan ini yang mencorak diorang.

So, jangan lah mengeluh bila anak merengek... cuba tenang kan fikiran. Konsep aku , senang je.. bila anak merengek.. aku lebih suka peluk dan bawa dia sembang.. baring sama-sama. Memang lah dia tak reti nak balas apa yang kita cakap. but at least , kita sebagai ibu.. explain lah kat anak. Inshaa Allah , lama kelamaan.. nanti pandai lah dia tu. Kuasa yang Maha Esa kan.

Ada juga ibu yang jenis bila anak merengek , dia tambah pukul dan cubit lagi. Walhal baby baru 6 bulan. Alahaiii kecil lagi tu. Kesian lah kan. Anak-anak ni tak boleh di ajar dengan kekasaran..nanti diorang akan memberontak. Kita tak nak lah macam tu kan. Apa-apa pun.. banyak kan lah membaca.. dan train anak elok-elok so that diaorang membesar dengan baik dan berdisiplin. Inshaa Allah.