27 Feb 2016

SegmenBloglists azlindaalin.com Mac 2016




Dari 26 Februari 2016(Jumaat) sehingga 29 Februari 2016 (Isnin, Jam 11 Malam)

24 Feb 2016

Keyword Hari Ini

Laku keras weh aiskrim jelly ni... Perh! Gile la.. Boleh kata dalam sehari ni , beribu rakyat malaysia
cari resepi ni.


Kalau refer dari nuffnang , semua pon search aiskrim jelly. Pehal diorang ni.. demam aiskrim eh??
Ape aiskrim magnum tu dah tak laku?? 

Tapi kan... between aiskrim mahal dan aiskrim jelly ni. Aku pun prefer aiskirm jelly. Hehe. Mungkin sebab benda ni legend kot. 

Ntah lah , anak aku esok dah besar.. kenal tak aiskrim jenis ni. Plastik aiskrim ni pun susah dah nak jumpa. Tapi sekarang dah banyak jual dah . Tu pun di sebabkan viral si aiskrim jelly ni. Kalau tak , memang ke lubuk lah cari plastiknye.

Apa-apa pun... aku nak nasihat sikit , jangan biar sangat anak melantak banyak sangat.. sebab kan sekarang musim sakit.. jangan dek kerana viral benda ni , korang dok biar anak merata aiskrim sampai batuk. no no no.

Kesihatan tu sangat penting. kesian lah kalau anak batuk.. kang esok , kau juga yang susah kena berjaga siang malam. 

Ok lah... malas nak sembang panjang , kang ke laut pulak ceritanya.. aku ni kalau menulis susah nak cari fullstop kat mana. Asyik terbabas je. Hmmm




23 Feb 2016

Fenomena Aiskrim Jelly

Dah jadi viral pulak aiskrim jelly ni kan. Tu lah kuasa facebook. Tekan je.. satu malaysia tau.
Fenomena Aiskrim Jelly
Firstly , aku dok baca orang share pasal aiskrim oreo tu. Tapi tak lah seviral macam aiskrim jelly ni. Ntah kenapa. Tak popular pulak. Hihi
Teringin jugak nak try buat sendiri.. tapi makan nya memang tak lah. Anak aku baru 6 bulan kot , tak berani lagi makan ais-ais ni. lagi pulak kan dia fully bf. Kang kembung pulak perut anak.. Hee

Siapa lah agak nya yang terawal share resepi aiskrim jelly ni kan.. Semalam ada lah terbaca satu post ni.. dia dok marah sebab tak credit pada yang share resepi ni. Actually bagi aku , kalau nak share resepi bergambar tu..Sila-sila la watermark kan gambar korang ye. Nanti tak pasal-pasal jadi bahan pergaduhan. Macam gambar kat sebelah ni , aku tak tahu nak credit pada siapa... sebab boleh kata semua page yang ada kat facebook share gambar sama. Gambar ni takde watermark tuan punye badan. So i minta maaf lah awak-awal kalau aku main rembat je gambar kau ni ha..!



Fenomena Aiskrim JellyLain kalik tepek watermark kau sebesar alam ye. Jangan kata akak ni main rembat je! Tampo kang.. Bisu seminggu. Eh takde lah. Gurau je.

ada jugak anak buah request buat benda ni , katanya nak rasa... haihh , tengok resepi je .. aku dah boleh imagine rasanya. Hebat tak? Hehe... susu je pon , buh jelly sumi-sumi tu.. siap dah. Jual lah 0.50 sen sebiji. Jangan lah kau jual seringgit. Bapak tamak macam abang jibby. Issk Isskk...

Rasa seronok pulak tengok warna aiskrim ni.. colourful! Hee.. kalau zaman aku kecil-kecil dulu.. kat sekolah ada jual. 0.20 sen je. Beli sampai 5x sehari. Sedap. Macam-macam flavour. Ada keladi , aiskrim kacang merah , milo. Favourate aku milo. Yummy.. yummy...

Rindu pulak zaman kecil... sanggup tak nak guna duit duaposen tu semata-mata nak beli aiskrim je. Haa.. makcik kantin pun tau dah.
Lepas tu... meningkat dewasa sikit.. aiskrim mat kool pulak jadi fav.. Sekarang wujud lagi mat kool ni , tapi tak sesedap dulu dah.

Memang jajan sekarang dah tak berkualiti macam dulu.. Hmm , pelik kan.. jajan sekarang ni dah tak sama macam dulu. kan kan.. perasan tak??
Kalau korang jenis kuat makan jajan , tau lah. Aku dulu-dulu yelah.. sekarang tak selera dah.. ikut mood kalau nak. Hehe. Tua dah , kang gigi tak ada.. malu hoi!

Sekarang ni , jajan semua harga 0.50 sen ke atas.. isi pun secoet je la haihh! Tak sendawa pun makan. Hahaha.

Lagi-lagi dah banyak tiruan dah... bahaya.. bahaya...

Lebih baik kita buat sendiri je kat rumah.. resepi beterabur dah kat luar. Asal jangan lupa credit pada yang share ye. Nanti tak pasal-pasal kita kene kecam. Kihkih..

Btw , amalkan hidup sihat je lah... jangan banyak makan aiskrim sangat. Nanti gigi sakit... sekarang nak cabut gigi mahal. Hahaha , Nak ke goverment , beratur nye lama. Sabo aje lah.

Ni aku bagi sekali resepi ye.. sebab ramai sangat tembus ke blog aku ni bila search pasai aiskrim jelly... nahhh ambik lah. Aku pun kopi kacang peas jugak.. hih


RESEPI AISKRIM JELLY


Bahan - bahan :


3 paket sumi / jelly
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air 
secubit garam 




22 Feb 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.
Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^

21 Feb 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Februari 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 29 Februari 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Kaitan Bulan Penuh Dan Kesihatan Manusia

Assalamualaikum

Credit : Abu Hannah
Tiba-tiba rasa tertarik dengan satu artikel pendek yang di share oleh seorang hamba Allah melalui laman facebooknya mengenai fenomena bulan penuh dan juga kesihatan manusia.

Mengikut daripada apa yang beliau share.. bulan bukan sahaja di gunakan untuk menentukan tarikh puasa dan raya , tetapi di gunakan juga sebagai menentukan tahap kesihatan manusia dan banyak lagi.

Selalunya bila berlakunya bulan penuh , parasit tengah aktif dan akan menyebabkan anak-anak batuk , selesema , berkahak dan ada juga anak-anak yang akan menjadi terlebih aktif. Yupp sangat lah saya akui benda ni. Sebab beberapa hari ni anak asyik dok main je kerja..sampai payah nak tidurkan.

Benda ni actually dah ada dalam kitab kita pun , cuma mungkin kita kurang peka je... daripada pembacaan saya... beliau mencadangkan supaya anak-anak di mandikan dengan epsom salt.

Epsom salt ni banyak kelebihan nya... antaranya adalah di percayai dapat mengembalikan ph body kembali. Kalau mengikut teori perubatan islam , garam adalah salah satu alat yang tidak di sukai jin dan syaitan. Kerana elemennya berfrekuensi tinggi sama seperti madu.

Kalau korang perasan , bila bulan penuh je... selalu anjing menyalak semacam kan.. nampak hantu lah tu.. konon nye lah. Tapi sebenarnya , ada betul jugak. Sebab bila tiba sahaja bulan penuh.. jin dan syaitan banyak berkeliaran.

Daripada penelitian yang saya nampak , ramai yang bersetuju dengan apa yang beliau cuba sampaikan..
Dan beliau juga turut berkongsi cara penggunaan epsom salt. Ilmu sebegini sangat la penting untuk masyarakat kita.

Ramai sekarang yang terpengaruh dengan budaya barat.. kajian itu ini. Sedangkan kitab agama kita suda lama tertulis mengenai kejadian alam semesta ini,

Kenapa perlu mengangungkan kehebatan orang amerika mengenai fenomena sebegini, seolah-olah mereka lah yang menemui teori ini. . sedangkan Allah dah tunjukan pada kita semua lebih awal lagi.

Mari sama-sama kita muhasabah diri.



Semoga ilmu ni bermanfaat pada semua.. Inshaa Allah .


 
Credit to : Abu Hannah




19 Feb 2016

Weekender Quote



Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha.

Cara Nak Putihkan Kuali

Petang tadi , aku layan arh sekejap facebook sementara anak aku di buai mimpi indah.. Tiba-tiba nampak post akak sorang ni. Berkenan pulak. Saja aku nak share sekali di blog ni. Biar senang sikit aku nak refer esok lusa.

Akak ni share macam mana nak putihkan kuali.. haa , kan selalu lepas masak.. kat bawah kuali tu jadi legam. Serius lah.. kuali kat dapur akak tu semua bersih.. Sebab aku ada satu kuali yang jenis sensetif sikit. Dah macam skin orang dah pulak.. main sensetif bagai. haha

Meh aku tepek gambar sikit...

Cara Nak Putihkan KualiKalau mengikut apa yang akak ni share.. dia guna jenis sabun buku cap buruh macam dalam gambar ni...

cer tengok......

Nampak tak??????

Serius aku tak kenal sabun ni.. adehhh.. mungkin sebab masa my mom ajar cuci piring dulu , dah guna axion kot.. tu tak kenal benda ni.

Kan dulu-dulu top lagu axion tuuuuu..

L : " kan abang dah kata.. axion namanya"

P : " axion ke axia "

Cer sambung sikit...
Dah tak ingat lagu tu.. dulu masa basuh pinggah ,selalu je nyanyi lagu ni... hahaha

Tau lah kan.. masa tu malas lagi , bila my mom suruh.. berat nau punggung nak angkat. Hari-hari my mom dok membebel.. Haha hasilnya sekarang , aku hidup jadi pembersih.. dapur pon kemas je.. husband pun senang hati dapat bini macam aku.. ececeh..

eh dah ke laut cerita...

Okay okay.... ni kuali akak tu... putih sangat!

Cara Nak Putihkan Kuali
Nampak nya , kena cari benda ni.. sebab aku alergic kot tengok kauli aku yang satu tu... ntah apa-apa je legam kemain.. puas aku sental.

Kot tips dia ni menjadi...

So apa lagi.. meh kita cuba!!!

Kalau dah cuba... jangan lupa tag aku entry korang yee...

nak jugak tau hasilnya macam mana kan.. kihkih

18 Feb 2016

Shopping Voucher Dari I-BabyLand

Assalamualaikum

Perh perh... seronok nau shoping online ni , tiap hari ada je parcel sampai rumah. Abang posmen pun dah naik jemu. Haha. Bukan apa , aku kalau ada sales ni , laju je jari klik add to cart.. aku bukan jenis nak beli ke tak ye.. Kalau aku nak , memang aku akan beli. Lagi-lagi kalau berkaitan dengan baju baby. Setiap hari anak aku dapat baju baru. Ada yang tak guna lagi pon. Tamak sunggu mommy kan. Kihkih.. Tak apa lah. anak sorang je kot.. gegirl pulak tu. Dah baju gegirl ni sweet-sweet , hati mak mana tahan kan. Grrr

Website yang jadi pilihan aku sekarang adalah
I-babyland.. sebab nya , haaa... baju tak mahal dan tak murah. Yang paling penting , baju dalam ni macam pisang goreng cheese.. tak sampai sejam dah sold out. Ramai sungguh baby girl di malaysia ye.

Sebab tu lah , kalau aku buka website ni laju je grab mana berkenan. Cepat sangat sold out. Baru nak berangan mix and match kan anak. Dah tak jadi.

Mak yang over excited kan. Kadang-kadang tu.. baju sampai je.. aku dah try kejap kat anak.. Haha. Nampak tak betapa gelojoh nya aku jadi mak budak. Haha

Kalau ada yang jenis macam aku juga. Sila lah menyopping kan barang anak di sini..I-BABYLAND
Semuanya berbaloi,. Aku dah beli , dan memang selalu. kualiti pun sangat lah ok.

Dan dan dan.. janga lupa tau , I-Babyland nak bagi free shopping voucher untuk mereka yang dah shopping dengan depa. Berbaloi kan. Siap bagi reward lagi.. Macam mana nak dapat reward tu.. boleh tengok sini...

Shopping Voucher Dari I-BabyLand

Senang je kan... tapi sebelum tu jenguk lah dulu website I-Babyland.

So.. mak jemah , kak kiah.. jangan lupa , lepas dah shopping tu.. snap gambar anak cun-cun and tag I-Babyland kat instagram.


Sekali sekala bagi reward untuk anak kan tak salah.. Hihi.

Respect Orang Sekeliling.

Pernah tak korang terfikir , sama ada orang di sekeliling kita ni menyenangi kita atau tak?? Haaa... mesti tak pernah terfikir kan..

Aku pelik lah.. ada je budak di kawasan kejiranan aku ni asyik ngeng ngeng kan motor dia. Apa dia ingat orang suka bunyi motor yang memekak?? Well.. aku ada anak ok , jiran sebelah pun ada anak kecil.. tak ke dia terfikir tu?? bukan nya budak kecil lagi kita nak tegur.. dah akil baligh pun. Haiih , sabar je hati mak.

Yang geram dia punye bunyik tak kira pukui berapa.. malam ke , pagi ke , tengah hari ke. Jenis manusia apa kah?! Jangan lah kata aku kolot.. aku pun pernah remaja juga. Well , aku sangat-sangat menghormati orang sekeliling aku. Kadang nak melalak lagu ziana zain pun aku fikir banyak kali tau. Bukan sebab suara tak sedap ( suara kita sedap hokehh!! kah kah ). Tapi aku takut makcik sebelah rumah tengah tidur ke apa. Tak pasal-pasal kena maki dalam hati free-free. Tak nak lah kan.

Tak habis motor.. dia pasang sound kereta pulak. Dah kenapa mamat ni. Respect lah sikit. Macam nak cekik-cekik je. Nasib baik lah anak orang.

Respect Orang Sekeliling.
Nak je aku ajar budak tu... Nasib baik husband asyik suruh sabar. Kalau tak , siap lah...

Cehhh.. macam kuat je kan!

Aku bukan apa... kesian kot , anak baru nak terlelap , tiba-tiba bunyi bedengung semacam.. Tak pasal-pasal anak ikut stress.

Hrmmm.

Tu tak apa lagi , jiran lagi sebelah ni haa.. anak umur baru sebulan. Hari-hari aku dengar menangis bila budak tu racing motor depan rumah.

Apa dia ingat tempat ni abah dia punya sorang!



kalau boleh , sama-sama lah kita jaga hati antara satu sama lain. So di mana-mana pun orang akan senangi kita. Inshaa Allah.


16 Feb 2016

Macam Mana Nak Jadi Ibu Bapa Yang Cemerlang

Dulu.. sebelum aku ada anak , bila jalan ke mall dengan husband then teserempak dengan parents yang ada anak kecil menangis-nangis. Mesti dalam hati aku mengatakan , ni mesti biasakan anak ni , tu yang tempat awam pun menangis-nangis, Yess itu dulu , before aku belum ada anak.. but then , after dah ada anak..baru lah aku faham. Mood anak-anak ni sukar untuk di jangka.
Nak pukul tak sampai hati... nak ikut kan kehendak diorang , nanti menjadi-jadi pulak kan.

But , sebagai orang tua.. kita mesti lah kena jadi ibu bapa yang cemerlang dalam mendidik anak-anak. Macam mana nak jadi ibu bapa yang cemerlang?? Haa... benda ni kita kena belajar lah. Like i said dalam entry-entry lain... banyak kan membaca. Tau tak , membaca ni jambatan ilmu tau. Jangan sangkah kita ni dah tinggi pelajaran boleh menjamin yang kita ni dah jadi ibu bapa cemerlang. No no no... yang tu aku tak berapa setuju.

Aku tak lah cukup sempurna pun , tapi aku berusaha jugak lah jadi ibu yang cemerlang. Kalau boleh aku nak seimbang kan dalam mendidik anak-anak. Sama ada ilmu di dunia mahupun akhirat. Inshaa Allah.

Well , setiap manusia akan lalui peringkat-peringkat kehidupan.. di mana kita jadi baby pada mulanya , meningkat dewasa , kemudian berkahwin.. dan menjadi orang tua.. Yess semua orang akan laluiinya.. so kalau nak jadi ibu bapa yang cemerlang. Kita kenalah cemerlang kan diri kita dahulu. Sama ada dari segi pendidikan , ilmu keagamaan dan sebagainya.

Ingat , ibu bapa ni.. cermin kepada anak-anak.. terutama si ibu yang banyak menghabiskan masa dengan si anak.. Setiap tingkah laku kita , akan menjadi contoh pada diri anak-anak. Sebab tu lah kita kena berusaha keras untuk menunjuk kan pada mereka beribu kebaikan.

Apa yang paling penting , kita kena lah konsisten dalam memberikan didikan.. dan jangan terlampau-lampau mendisiplinkan anak dan jangan jugak terlalu sambil lewa setiap tindak tanduk anak-anak. Orang kata.. biar berpada-pada. Inshaa Allah kita akan berjaya dalam mendidik mereka.

akhir sekali , aku doakan korang semua jadi ibu bapa yang baik dan penyanyang.. dan semoga dapat mendidik anak dengan baik. Aamin. Dan jangan lupa.. banyak kan membaca...




15 Feb 2016

Anak Asyik Nak Berkepit Jee.

Hii



Mesti ramai mommies yang tension bila menghadapi situasi macam ni kan?? hihi. And of course aku pun lalui benda yang sama. Lagi-lagi kalau yang fully bf.. memang asyik bebaring je dengan si kecil.
Well , sebelum melarat.. harus lah berusaha untuk elak perkara ni berterusan. Tapi tak di nafikan lah.. Majoriti baby , akan jadi macam ni. Ntah lah kenapa ye? Maybe bau ibu tu buat diorang tenang kot. Hihi. Biasalah , baby kan baru nak belajar sesuaikan diri hidup di dunia.. 9 bulan kot dalam perut. Kita je rasa dia dalam perut.. dok tendang-tendang, pusing sana sini.. ewaahh.. dah macam roller coaster dia buat dalam perut.

Anak Asyik Nak Berkepit Jee.Since anak aku naik 5 bulan.. dia buat perangai , asyik nak berkepit je. Sampai kan aku nak ke toilet pun susah. Fuh! Kadang-kadang aku berdiri je maju selangkah. Muka baby dah berkedut.. rengek-rengek. Aduss.. memang tak boleh jadi arh macam tu. Kalau di biarkan , memang tak siap lah kerja rumah. Nak masak apatah lagi. Gigih ni nak latih anak , asal je aku hilang dari radar.. dia menangis macam kena pukul.. so aku dengan husband decide.. bila dia rengek macam tu , aku kena gigih dan kuat.. jangan toleh ke dia. Bagi suami je yang jaga sekejap.. pujuk. Mula-mula tu memang lah tak jalan. tapi kitaorang kuat kan hati je. Iskk.

Paling pun.. bila dia nangis , husband dukung jap.. bagi tengok muka aku yang comel ni.. Kahkah. Ok dia diam sekejap. Bila husband bawa pusing arah lain , dia menangis lagi.. hrmm.. memang agak payah.tapi masa tu lah aku ambil peluang ajar dan inform dia...

"mummy tak boleh lekat selalu dengan wawa.. sebab nanti kerja tak siap. mummy kena masak...bagi daddy makan.. mummy pun mesti kena makan , so wawa boleh susu banyak-banyak.. dapat khasiat banyak."

Hari-hari aku inform dia benda yang sama... Finally , lepas seminggu.. dia dah ok. Tak ada dah dia merengek-rengek. Sekarang , dia ok je kalau aku gerak nak buat kerja. Ada jugak lah sekali dua..perangai dia datang balik.. tapi tak apa lah. I is redha je... yang penting kita kena train diorang sebaik mungkin. Tangan ini yang mencorak diorang.

So, jangan lah mengeluh bila anak merengek... cuba tenang kan fikiran. Konsep aku , senang je.. bila anak merengek.. aku lebih suka peluk dan bawa dia sembang.. baring sama-sama. Memang lah dia tak reti nak balas apa yang kita cakap. but at least , kita sebagai ibu.. explain lah kat anak. Inshaa Allah , lama kelamaan.. nanti pandai lah dia tu. Kuasa yang Maha Esa kan.

Ada juga ibu yang jenis bila anak merengek , dia tambah pukul dan cubit lagi. Walhal baby baru 6 bulan. Alahaiii kecil lagi tu. Kesian lah kan. Anak-anak ni tak boleh di ajar dengan kekasaran..nanti diorang akan memberontak. Kita tak nak lah macam tu kan. Apa-apa pun.. banyak kan lah membaca.. dan train anak elok-elok so that diaorang membesar dengan baik dan berdisiplin. Inshaa Allah.


Kecewa Dengan Nuffnang

Pernah sekali aku cashout dari nuffnang , kemudian masa tu akaun bank i ada problem.. then i pun change lah guna nama husband..so kononya cheque tu boleh lah clear nanti. tapi tunggu punya tunggu. Cheque tak sampai.. Hrmm , dah 4 months i guess..

Nak di jadikan cerita , masa tu blog lama ada problem.. then blog tu pun dah delete. Iskk nak explain pun payah sangat. Haihh. So i create blog ni.. kemudian change kat nuffnang link blog. Status gliterati pun dah hilang. But its ok. Yang tu normal lah kan.

Tapi yang buat aku kecewa.. bila cheque yang aku tunggu tak sampai. Hrmm.. Tak ada lah banyak mana amount tu. But sedih lah. At least diorang inform lah kan sebab apa. Dah sent ticket pun tapi tak ada respon. Mungkin bukan rezeki kot.

Kecewa Dengan Nuffnang
Actually , tak ada niat apa-apa pun.. seronok je pasang iklan nuffnang kat blog.. dari dulu-dulu lagi memang guna nuffnang.. walaupun dah banyak create blog , tetap nuffnang juga yang aku pilih...nampak tak kesetiaan aku. Sampai laa ni aku guna lagi tau..! sedih lah... sebab dari 2014 lagi kot aku kumpul. Cashout 2015.. tunggu-tunggu tak sampai. huhu. sob sob.

saboo aje lah.


14 Feb 2016

Jana Pendapatan Tanpa Modal

Assalamualaikum

Kalau sebelum ni , aku banyak share mengenai anak je kan.. Hehe. Blog yang lama , kebanyak kan artikel aku mengenai bisnes. Sebab nya aku housewife yang bekerja dari rumah sepenuh masa. Kalau boleh aku nak jugak share benda baik dalam blog aku yang ni. Terutama bagi mereka yang teringin nak jana pendapatan tapi tak ada modal.

Sepanjang aku main blog ni , banyak benda aku belajar.. dan banyak benda yang dah aku cuba.. dari bisnes yang memerlukan modal dan juga bisnes tanpa modal. Actually tak ada beza pon. As long as kau rajin usaha. Inshaa Allah , mesti berjaya punya.


Bisnes yang aku maksud kan tadi adalah klikjer. Kalau nak regester boleh klik sini... >> REGESTER
Benda ni simpel je , tak memerlukan kita keluar rumah..sembang kat orang itu ini. Segalanya di hujung jari. Kau ada facebook? Ada blog..twitter.. instagram?? Haa.. cukup syarat dah. Regester je... dalam tu ada tutorial yang boleh ajar kita macam mana nak buat. Mudah kan?

Aku seronok buat bisnes macam ni... sambil jaga anak , sambil cek email.. Eh duit masuk pulaks! kihkih... kau tulis-tulis je.. tup tup duit masuk. Haihhh... semua benda boleh buat duit sekarang. Siapa kata kau kena kerja di bawah terik matahari baru boleh dapat duit..? Kenyataan nya kita boleh juga buat duit.. duduk di rumah , pasang aircond.. on laptop.. haa kan sama tu macam kerja ofis. Tapi jangan lah buang tebiat sampai nak pakai formal and pakai nektai. Dah kenapa sampai macam tu sekali?! Hehe.

So far.. dalam klikjer , ramai yang berjaya dapat pendapatan sehingga 4 angka. Siapa sangkah kan.
Kalau korang nak juga seperti saya dan yang lain-lain. Jangan lah buang masa anda. Saya doakan anda semua mendapat kebaikan dan manfaat dari apa yang saya share ini.






7 cara Penggunaan Bean Bags Kanak-Kanak

Hi




Bean bags ni merupakan bag yang di isi dengan dry bean . Tapi tidak semestinya juga, sebab ada yang juga boleh di isi dengan plastik pellet , foam dan juga bahan pengisian yang lain-lain. Apa pun , bean bags ni merupakan satu tempat berehat yang sangat lembut dan selesa , boleh jadi lebih selesa daripda katil kita tu. Hee

Majoriti , kanak-kanak sangat menyukai bean bags ni..  Dan boleh di katakan , mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan beans bag setiap hari.

Ada 7 cara yang mereka boleh gunakan bean bags tersebut.. -:

1. Menonton TV

Bean bags ni boleh di gunakan sebagai kerusi , Mereka boleh duduk dengan selesa berjam-jam sambil menghadap skrin tv , malah sangat berbeza dari kerusi-kerusi yang ada. Sebabnya , bean bags ni boleh berubah bentuk . Bila badan sakit , kita boleh ubah mengikut keselesaan kita sendiri. Selain itu , beans bag ni jugak sangat senang untuk di tolak dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa bantuan orang-orang tua. Mereka juga gemar bermain video game dengan menggunakan bean bags ini sebagai kerusi. So Lazada Malaysia merupakan pilihan pertama untuk dapatkan bean bags yang
menarik dan cantik.



2. Gunakan Sebagai Bantal

Bean bags ni sangat-sangat sesuai di jadikan bantal . Musim panas di india , bean bags ini sesuai di gunakan kerana lantainya yang sejuk dan baik sangat selesa. Tidak mudah tergelincir berbanding bantal biasa yang selalu kita gunakan. Kita juga boleh membaca buku dengan santai sambil berehat dengan selesa.

3. Bermain Sorok-sorok

Anak-anak boleh bersembunyi di sebalik bean bags ini dan sukar untuk di dapati , kerana bean bags ini tidak mempunyai kaki seperti perabot lain. Ia juga boleh di alih kan dan di simpat tempat yang selamat.

4. Sebagai Bag Tinju

Bagi anak yang hiperaktif , mereka boleh gunakan bag ni sebagai bag tinju. Ianya sangat sesuai dalam membina kekuatan anggota badan mereka. Dalam masa yang sama , bean bags ni boleh di gunakan sebagai bantal pergaduhan.

5. Untuk Mencapai Sesuatu

Anda menyimpan sesuatu yang sukar untuk di capai kanak-kanak berusia 6 tahun , dengan cara meletak kan barang tersebut di tempat yang tinggi. Namun kini tidak lagi, dengan ada nya bean bags di sekitar , mereka boleh mengangkat bean bags tersebut di atas kerusi mahupun katil bagi memudahkan mereka mencapai sesuatu dengan mudah.

6. Sebagai Penahan Pintu

Boleh di gunakan sebagai perlindungan tambahan untuk kanak-kanak yang inginkan privacy. Mereka boleh gunakan bean bags di belakang pintu sebagai penahan . So bila kita tolak pintu bilik , pintu tersebut tidak terbuka luas,, dan menyukar kan kita untuk masuk ke bilik mereka.

7. Untuk Menyembunyikan Sesuatu Barang Berharga

Memandangkan bean bags ni boleh di ubah bentuk asalnya , apa sahaja saiz dan bentuk barang boleh di simpan di bahagian bawah bean bags dengan selamat.

So far , bean bags ni memang menyeronok kan sangat if kita ada anak kecil. Kalau nak cari seller local yang trusted.. Boleh cuci mata di link ini Groupon Malaysia . Bukan sahaja ada diskaun , malahan kita happy melihat anak gembira dan selesa dengan bean bags.









Ibu Breastfeed Wajib Ada Benda Ni!

Assalamualaikum

Teringat cerita my mom dulu , masa dia nak breastfeed kan kitaorang adik beradik.. terpaksa selak baju macam tu je.. Nak cover pun harap kain batik je. dengan muka comot.. baju tak ada fashion lansung.. Tak macam sekarang ni , banyak dah baju nursing friendly. Baju ni memang sangat wajib di miliki setiap ibu yang 100% menyusukan anak. Kenapa? Ok.. cer bayangkan , kau guna baju kurung.. lepas tu tiba-tiba anak nak susu... mau tak panjang selak baju tu ke atas. Kalau si ibu yang pengguna dress labuh.. nak ke angkat dress tu sampai atas semata-mata nak breastfeed anak.. Mak aihhh. Tak kuasa mak!

Kalau dulu... memang tak ada lah fashion-fashion bagi si ibu yang breastfeed. Laa ni , bukan setakat boleh befashion. Malah si anak pun selesa menyusu dengan kita. Kiranya kedua belah pihak berada dalam keadaan yang amat selesa. Macam aku.. benda wajib yang aku beli before bersalin hari tu adalah blouse , dress.. yang nursing friendly. Sebab nya aku dah set awal-awal nak breastfeed kan anak aku. Dan kalau boleh , bila ke mana-mana tu.. mudah untuk aku susukan anak. So , jadi lah macam aku.. jangan jadi macam rashid ye.. Haha

Actually , kalau dalam group hamil dalam facebook tu.. ramai yang dok tanya mana nak cari baju nursing wear ni. Nampak nya ramai lagi yang tak tau.. Ramai yang mengeluh.. susah nak cari baju yang lawa-lawa.. Ok takpe , meh aku tunjuk sikit baju nursing wear yang cun macam che ta!



Yang atas ni , khas untuk si pengguna tegar jubah.. nampak cun kan . Kedua-dua baju di atas , di keluarkan khas untuk si ibu yang breasfeed kan baby. Dan yang bagus nya , wudhu friendly juga. Kira 2 in 1 lah kan. Simpel je tapi still nampak menawan bila di gayakan oleh si pemakai. 




Hat ni,, jenis blouse pulak. Kiranya , kalau jalan time weekend pun amatlah sesuai. Toksah dok pening dah lepas ni. Cantik kan... Aku dok share benda ni supaya korang tau , boleh je pakai cantik-cantik walaupun kita ni menyusukan anak.. tak yah pakai tshirt sebesar alam dengan harapan mudah untuk breastfeed kan anak. Gunalah nursing wear kalau nak mudah. Ada macam-macam jenis.. rajin-rajin lah tengok sini. MUMSLUV.COM



Aku paling tertarik dengan baju kurung yang nursing friendly.. Sebab nya , tau lah kan kalau balik kampung husband.. selalu je jiran buat kenduri. Aku bukan lah jenis pakai baju m daud kilau... kena berkilau setiap masa. Aku lagi selesa baju kurung macam kat ataih ni. Satu benda kita kena ngadap time kenduri adalah sembang dan gosip.. Haha . Sambil-sambil gosip kat dapur tu, Mesti tak sedar masa berjalan kan.. Dah kau sebok cerita pasak cik kiah tu. Mana ingat nak balik hoii.. anak nak susu tu! Kan senang kalau guna baju kurung nursing friendly.. kau sembang lah sampai muntah.. janji anak senang nak nyusu... Kalau kau nak baju kurung yang nursing friendly , dan cun kebabooom..tengok kat sini tau... MUMSLUV.COM jangan kata hakak tak payung..

So mommies yang ada kat luar sana.. jangan lah rasa susah nak menyusukan anak lagi kalau kat luar. Zaman sekarang ni.. banyak benda yang memudahkan kita. Tak ada dah alasan bancuh susu fm bila keluar rumah , dengan alasan.. susah nak breasfeed anak , Kan MUMSLUV ada.




Btw , jangan lupa datang ke International Premium Baby Expo KLCC next week tau. Sebabnya MUMSLUV akan berada di sanaaaaa... Dan yang paling penting , pelanggan yang hadirkan diri layak join LUCKY DRAW.. Kot kot ada rezeki anak dapat tempat pertama , hadiah TV SAMSUNG FLAT SCREEN 32 INCH tu.. Perhhh!!! Bak kata pepatah , tuah ayam nampak di kaki.. tuah manusia siapa yang tau.. kan kan!



Facebook : MumsLuvExclusive
Instagram : Mumsluv
Website : Mumsluv.Com

13 Feb 2016

First Giveaway By Nadia Syamimi


Giveaway ini bermula pada 14 February 2016 dan tamat pada 27 February 2016 . 


KLIK BANNER UNTUK JOIN




Baby 3 Tahun Dah Pandai Membaca??

Ehh yeke 3 tahun dah pandai membaca.. Hrmm macam tak logik je. Kenapa tidak ? Zaman sekarang ni , banyak benda yang boleh meransang minda kanak-kanak. Tak macam zaman aku dulu.. umur 3 -5 years.. ikut abang main guli , main batu seremban , panjat pokok jambu jiran. Haha. Lepas tu mak kejar , suruh balik rumah. Haihh!!

Zaman sekarang ni , diorang tak kan rasa apa yang pernah kita lalui zaman dulu. Sekarang ni zaman gadget. Baby seawal sebulan , parents dah biasa kan dengan gadget. Hmmm... Walhal banyak lagi cara nak ransang minda baby. Sebab tu lah , budak zaman sekarang lambat belajar membaca. Sedih lah kan. Walaupun tak semua lah macam tu,

Sebagai parents , kita kena didik anak seawal yang mungkin. Bukan niat nak perah otak anak awal-awal.. tapi kanak-kanak zaman sekarang ni , cepat belajar dan otak diorang fresh lagi. Bila kita ajar , maka cepat lah mereka pandai. Tapi kalau nak ajar tu , kena ajar dengan betul lah. Baby sekarang ni , lahir je dah buka mata. MIL i cerita , dulu-dulu.. baby umur sebulan baru buka mata.. Haaa nampak tak baby zaman sekarang lagi cepat berkembang.

Setiap ibu bapa , mesti lah nak anak jadi bijak dan pandai kan. Macam mana nak jadi kan anak kita bijak dan pandai?? Ok ada caranya... Kalau korang amal kan , Inshaa Allah.. seawal 3 tahun mungkin anak korang dah reti baca , nanti umur 4 tahun.. toksah dah dok pening takut lambat pandai ke apa bila dah masuk tadika. Macam anak buah aku , umur 3 tahun dia dah pandai baca.. Tak kisah lah english ke malay. Memang menakjubkan... Sebab kakak aku jenis yang penting kan pendidikan. So selagi dia mampu ajar anak dia.. Dia berusaha sebaik mungkin.

Tak ada yang mustahil di dunia ini.. As long as kita berusaha.. dan nekad , Inshaa Allah semua di permudah kan.

Di sini , aku nak share sikit macam mana nak jadikan anak kita cepat pandai dan bijak... Aku pun amalkan dah cara ni walaupun anak aku tak sampai setahun lagi.. If ibu-ibu ada masa lebih , boleh perkenal kan dulu kat anak benda like Cat , Monkey , Elephant.. Biar guna ayat satu-satu dulu... Jangan lah buat macam anak kau tu dah 7 years.. "this is cat, i love my cat" nanti pening pulak anak kita tu... dan boleh jadi dia akan hilang minat. Kihkih.
Slow-slow lah... ajar diorang mengikut umur... haaa gituuu...

Nak lebih expert lagi.. korang boleh refer sini... ANAK PINTAR & CERDAS







Mommy Yang Over Protected

Assalamualaikum

Pernah lah sekali dua , masa anak baru lahir tu.. macam-macam feeling yang datang. Tau lah bila jadi mak ni , of course lah kita nak yang terbaik untuk anak kan. Itu tak boleh , ini tak boleh. Its normal actually. Every mother akan lalui benda yang sama like me. But jangan terlalu over lah kan.

Macam aku hari tu , tiap kali anak nyusu.. mesti dia muntah. So as a mother mesti lah risau kan. I asyik tanya my mom and MIL.. kenapa anak selalu muntah susu? banyak pulak tu.. normal ke? And diorang bagitau yang baby gomoh susu je. Mesti kena burb selalu.. I pun macam.. Hmm oohh ok..
Then bila dah tau  , after breastfeed kan baby.. benda pertama yang aku akan buat is burb kan dia. Tapi pelik.. anak aku tak burb pulak. Hahaha. Then i pun ada jugak lah google cara yang paling baik untuk burb kan baby. So far , kadang dia burb jugak.. kadang tak jalan pulak. Dan yang paling tak seronok dia still muntah. Hrmm

Mommy Yang Over Protected
yang tak reti lagi..boleh belajar dari gambar ni ye.

Susah hati , fikir macam-macam dah aku time tu. Sebab hasil yang aku google terlalu banyak. Ada one time tu.. aku terbaca ntah blog mana.. dia share yang anak dia asyik muntah , lepas tu check kat hospital yang usus anak dia tersumbat. Fuh! Seram sejuk aku di buat nya. Aku pun inform lah kat suami... But then , dia hanya bagitau "its normal kan..like your mommy said.. just relax" tension juga bila husband jawap slumber macam tu.. Hari demi hari , rasa dah expert burb kan baby..tiba-tiba macam magic.. baby dah tak ada muntah. hrmm.. inform kat misi pun , diorang bagitau.. its normal for a newborn.. coz diorang tak reti nak burb sendiri. Ooohhhhh gituu... hihi

Lepas sebulan macam tu , rasa macam tak sedap hati pulak dengan nafas baby... macam ada bunyi kahak. Kadang rasa macam ada yang dia tak selesa. Oohhh ok , actually perasaan aku je. Sebab baby tidur dengan nyenyak... Kihkih. Berkali-kali i inform my husband. 

" eh anak bernafas ok tak? macam ada bunyi pelik je.. macam ada something... sound like krukk krukk"

Nampak tak betapa risau nya aku... husband pun dah rasa annoying kat aku. Haha. Hari-hari aku dok google itu ini. Bila terbaca something yang buat aku susah hati , mesti aku share kuat husband. Sampai satu masa , dia tegur.. " membaca tak salah.. tapi jangan membaca sampai memberi kesan negative kat diri sendiri "

So , aku nekad dah tak nak share apa-apa kat husband...merajuk dah. Haha. Masa bawa baby check up.. aku tanya kat nurse , anak aku bernafas ada bunyi something.. then dia pun bawa aku jumpa doktor kat bilik sebelah. Doktor cek.. tak ada lansung masalah , nafas dia ok je.. mungkin ada sedikit lendiri masa dia keluar dari perut hari tu.. lama kelamaan akan hilang sendiri.. Alhamdulillah , lega hati mak.. Hihi

Dengan perasaan gembira.. aku inform lah kat husband yang anak semuanya ok. Tak ada masalah. Nafas ok.. jantung baby ok. So far.. semua nya A+. Kih kih

Dengan slumber dia jawap " You terlalu over protected "

Aku pun macam.. Ehh , yeke... Iskkk tak lah. Mana ada over protected. Cuma alert lebih sikit je pasal keadaan anak. Hihi

Lama kelamaan.. aku belajar benda baru , tak salah nak yang terbaik untuk anak.. tapi jangan terlalu over protected. Sampai semua benda rasa tak kena. Macam aku ni haa!!!! Nanti esok lusa.. dia nak main dengan budak-budak lain pun kita tak bagi.. sebab konon nya takut anak kotor lah... takut anak itu lah.. ini lah. So jangan ye mommy. Awasi anak sebaiknya .. Besederhana je . Inshaa Allah.







12 Feb 2016

Anak Kerap Menangis?

Seronok rasanya share pasal anak ni.. Actually ada je idea nak share pasal kecantikan lepas bersalin , tapi dalam draft lagi , gambar tak cukup lagi. Inshaa Allah will be update soon ye sayang-sayang semua.

Nak di jadikan cerita.. masa cuti CNY hari tu , i dengan suami balik kampung my mom! Perjalanan memang agak jauh lah.  Anak pun sebenarnya , ok je jalan jauh.. tapi hari tu mungkin dia tak selesa sangat kena duduk berpangku. Yelah , kita pun kalau duduk berpangku mana selesa kan. Tu lah gunanya car seat. But that time , kitaorang lupa nak bawa carseat.. Sepanjang jalan bila anak aku berjaga.. dia dok tonggeng sana sini. Alahaiii sabar je..

Sampai je kat kampung.. dia meragam pulak , nangis tak henti-henti. Firstly tu , ingat dia sakit perut ke apa. Tapi tak pulak. Yang tension tu , dia nak kita dukung je. Takpe kot kalau dia nak kat daddy dia. Ni tak! Nak aku juga. Mummy nak mandi pun tak dapat. So , biasalah.. naluri mak-mak ni kuat mengata kan yang anak aku meragam sebab sakit badan. Ingat badan kau je yang lenguh!! Baby pun pandai lenguh tau.

Maka.. bermula lah kisah aku jadi mak bidan. Kah! Aku baring kan anak aku slow-slow.. pasang music yang mendayu-dayu dari youtube. Biar dia rasa tenang sikit. Kemudian aku urut belakang.. betis , peha anak selembut-lembut nya.. Yang paling penting harus lah dengan kasih sayang. Boleh je guna minyak kayu putih ke , herba krim tropika ka. Pun boleh. Lepas tu sulam dengan losyen. Senang sikit nak ngurutnye. Jangan lah urut kasaq sangat. Losyen tu kalau boleh guna yang khas baby punya. Macam aku , pengguna tegar jhonson baby. So ikut lah kebiasaan korang.

Alhamdulillah , tak sampai 15 minit anak aku dah ok semula.. So mummy , kalau anak kerap menangis tu.. Cari lah dulu punca nya kenapa. Tak semestinya tiap kali anak menangis. Kata dia lapar. Yang sedih bila anak kau belum cukup 6 bulan. Nangis-nangis.. kau kata lapar.. lepas tu bagi nestum. Jangan cari nahas ye. Ada kemungkinan baby nangis , sebab pampers.. dan ada mungkin , dia tak selesa.. panas ke , sejuk ke. Cer bawa anak sembang.. peluk erat-erat. Inshaa Allah dia ok.

Anak Kerap Menangis?


See.. keesokan pagi nya , anak aku dah tersenyum riang.. dapat tengok itik , ayam , burung.. Hihi. Seronok lah kan duduk kampung. Tenang je.


4 Feb 2016

Ragam Anak Naik Bulan

Pagi-pagi lagi wawa dah buat hal.. semua benda yang aku buat tak kena dekat dia. Hmm. Dah bagi susu , dia boleh pulak nak tak nak. Sekejap nak , sekejap tak nak.. Hmm tercabar h
ati mommy tau!
Kita bawa sembang , dia dok jerit2.. dah kenapa budak ni? Cek pampers ,still ok lagi.. cek kalau kembung perut ke tak... Semua ok je. Aku dah naik pelik.. Sebab dia bukan lah jenis baby yang susah di atur. Dia jenis cool sikit.. Maybe ikut perangai daddy dia kot. Dukung pun tak nak. Siap keraskan badan.. huh!

Hrmm... kuat kan hati sikit. Dia baby lagi kan , kena lah cakap elok2. Aku usaha sehabis baik , ajak dia main... ajak dia baca buku. Apa yang aku dapat??? Dia nangis... Alahaiii nak. Hati dah memang tak tahan dah. Aku whatsapp husband , bagitau anak dara dia buat perangai. Husband aku boleh reply "hehe" je... Siap tanya date hari ni pulak. Dah kenapa diorang ni! Aku reply je lah.. tunggu punya tunggu husband tak reply pulak.. Persoalan sebenar tak terjawap lagi. Haiihh..

Laju je tangan aku tarikh calendar... Allahuakbar , boleh aku lupa..anak aku genap 5 bulan dah semalam! Patut lah dia punye meragam lain macam. Kalau mak yang jenis hati tak kental , boleh naik darah jadinya, Haha. Tu lah kan baby ni.. setiap 2 minggu ada je perubahan baru. Seronok jugak dengan perkembangan anak.. but at the sametime kalau dia meragam , memang teruk arhh . Sebab nak handle tu bukan senang,

Tak sama tau kalau baby setakat meragam biasa dengan meragam naik bulan. Meragam biasa , dia boleh steady lagi kalau kita dah dukung.. Tapi ni meragam nak membesar..

Ragam Anak Naik Bulan

Tapi tak apa lah kan... besar pahala jaga anak2 ni. hihi . Maybe time kecil perangai kita macam tu kot. Mak selalu pesan... jangan marah anak yang buat perangai. Sebab perangai anak kita sekarang tu lah perangai kita yang dulunya mak kita nak hadap setiap hari.. Haa , cer bayangkan...  jadi renung2 kan lah...






Pernah ada blog.

Dulu.... masa zaman study kat kolej , aku pernah ada blog.. tapi tak lah layan sangat , sebab masa tu orang more to friendster dan jugak myspace. Ada jugak lah entry aku kat blog tu walaupun tak banyak , Hihi. Rasa nya masa tu 2006-2007 kot. Lama dah weh! Tapi sayangnya , aku tak ingat email dan jugak password sekali. Zaman tu email memang agak merapuh sikit. Hik , ada awekcun lah , babycute lah , babygirl lah.. Haiii macam2. Yang tak tahan bila nama kau Siti Hadibah, tapi kau buat email babypinkcute. Hmm. Seriously , zaman aku dulu.. memang wujud email macam ni. Sebab tu lah aku tak boleh ingat dah email yang lama , sebab nya email tu tak ada kaitan pun dengan diri kau. Main bedal je..

Lepas tu , beberapa tahun kemudian aku dah kerja .. aku buat lagi blog yang baru. Masa tu 2010 , Tapi tak lah fokus kat blog sangat... sebab masa kerja aku adalah orang yang sangat2 tak ada masa untuk online.. Aku banyak fokus tidur je bila balik kerja. Haha . Lagi pun masa zaman tu internet mahal lagi. Bergantung pada wifi office je lah. Tu pun tak selalu , sebab bos tak bagi. Haha.
Tapi blog tu bertahan cuma setahun je kot.. Lepas tu aku dah tak kisah.. Bukan tak kisah sangat... sebab aku lebih enjoy kehidupan nyata daripada alam maya.. Haa gitu. Dan akhirnya , blog bersama email.. terbiar  begitu sahaja..

2014 , aku buat lagi blog baru..Ada jugak aku try berkali2 nak ingat email dan password yang lama. Tapi tak kesampaian. Aku memang ada problem nak mengingat sikit kalau benda tu dah bertahun lamanya. Sebab , aku punya sistem akal fikiran jenis sistem yang akan sentiasa update latest windows.. Haha. Dia akan auto delete benda yang lama dan susah nak recall semula. Memang tak ada buat backup lansung.  Tapi sayang nya blog tu bertahan sampai September 2015 je. Lepas tu aku delete. Reason aku delete.. adalah . Hihi.

Last sekali... aku wujudkan blog ni pulak.. Dan aku nekad , blog ni akan kekal sampai berkurun abad... Even anak aku dah besar panjang. Hihi. Inshaa Allah.

Pernah ada blog.









2 Feb 2016

Pengalaman Shopping Online Di AliExpress

Hii..

Asyik sembang pasai shopping je kan aku ni.. Kahkah. Dah aku tak ada keje lain nak buat.. hee
Btw , sejak ada baby ni... bila aku boring , perkara pertama yang aku buat is shopping lah. Kalau nak bawa anak keluar menyoping memang tak lah kan. Kesian kot anak.

So , bosan-bosan.. aku pun search lah international shopping online.. yang ada jual barang baby like headbands , Cloth and etc lah kan. So jumpa lah si Handsome Aliexpress ni.. So woww sangat... Tak tau lah kenapa aku boleh terwowww sangat bila jumpa website ni.. Alaa , sama je pun dengan ebay... alibaba.. diorang sepupu sepapat kot.

Bagi aku website ni , memang super woww lah.. tak murah dan tak mahal. Biasalah , mana-mana pun mesti ada barang murah dan ada mahal kan.. its normal , but so far.. benda yang aku nak 3x ganda murah.. Hihi. Contoh nya aku shopping baru-baru ni... Headband baby... yupss headband je uolss.. Kecoh je kan , seolah2 dah memborong banyak..

Seriously , heandband yang aku beli ni jauh lebih murah daripada yang ada kat malaysia... kalau kat malaysia kau beli headband 5 jenis colour , kau akan dapat harga RM50 plus postage of course RM10 lah kan.. So total RM60 semuanya.. But aku beli from Aliexpress only RM8 okeh!!! dan ada 5 jenis colour... The quality aku tak tau lagi.. sebab barang tak dapat lagi pon.. Haha. Tapi aku ada baca review daripada buyer.. mostly cakap berpuas hati.. Haa kalau nak beli barang kat c ALI ni.. Kau baca lah jugak review pembeli.. Dan paling penting kau kena tau  barang sampai berapa lama.. ada yang ambil masa 2 weeks , ada yang 3 weeks dan ada jugak yang 1 months.. Ha'ah lah kan.. barang obesi lah katakan.. So memang akan ambil masa yang lama. Yang seghonok tu.. Free postage.. Boleh je kalau nak cepat sampai , sebab ada setengah supplier boleh buat penghantaran melalui DHL di mana barang akan sampai 5-7 hari sahaja.. Charge of course lah mahal.. Ntah2 charge penghantaran lagi mahai dari barang.. Aku pilih free postage je.. takpe lah tunggu 3 weeks.. sabar itu kan indah.. Tehee

Okay , ni heaband yang aku beli... tak sabar nau sampai... boleh guna kat anak aku...

Pengalaman Shopping Online Di AliExpress

Ni aku screenshoot dari hp aku.. So , gambar agak kecil ye...Nampak tak harga kat situ ? Only 1.94 je kan... Kalau di convert kan dalam MYR , dalam RM8 lebih arh.. murah lah tu... Seronok tak seronok aku bila beli benda ni.. dah lah aku suka sangat benda-benda baby girl ni.. Hehe.. Actually dah lama jugak lah aku usha aliexpress ni.. tapi beli nya tak lagi. Ntah dah kenapa tiba-tiba terbuka hati nak beli...Siap download app dia lagi kauuu.. Haha. Nanti barang sampai , aku update lah k.. Hihi


NAK BARANG FREE TAK??? KALAU NAK , REGESTER SINI YE >>> ENTER


1 Feb 2016

Bila Anak Photogenic

Boleh kata.. dari anak aku lahir sampai laa ni , aku memang suka sangat ambil gambar dia.. bukan takat aku sorang je. Daddy dia pun suka sangat ambil gambar , dah macam jadi photographer tak berbayar pulak kan. hihi

Apa yang aku perasan , anak aku suka sangat bergambar , tak kisah lah dalam posisi apa sekali pun. Yang seronok tu , bila kita ambil gambar.. dia boleh pulak acah2 nak tiru model.. Haha , maybe masa aku preggy suka sangat tengok american next top model yang dulu2 kat youtube. Kah kah
Boleh jadi terkenan kot..

Lagi syok bila ko ambik gambar anak.. dari apa posisi pun akan nampak cantik je muka.. Seriously, she's a very photogenic baby.
Bukan sebab dia anak aku , aku dok puji2.. Tapi u know lah kan baby , memang cute je... tak kira lah anak aku ke , anak kau ke.. semua pon cute bila dalam gambar... But bila kau ada minat biar sikit pon dalam bidang photography ni... u know lah what i mean " photogenic "


Bila Anak Photogenic
Nampak tak... aku tak suruh lansung dia senyum.. hmm

Bila Anak Photogenic
Hobi dah kot bergambar..

Bila Anak Photogenic
Yang ni kerja daddy nye... Aku tak tau lansung.. cek hp dah 
ada gambar ni... Haha

Bila Anak Photogenic
Yang ni... dia dok nangis , tapi bila ambik gambaq
dia siap posing.. Alahaiii

Kecil-kecil macam ni.. ok lah , kang esok dah besar... mau sakit jantung aku di buat nya , aku tak ade pun tetap kan anak aku nak jadi ape esok lusa.. yang penting dia jadi manusia yang patuh pada perintah Nya dan jadi manusia yang berguna.. Inshaa Allah. Amin.







Assalamualaikum February


Assalamualaikum February

Alhamdulillah , ada kesempatan lagi bertemu di february ni.. cepat je masa berlalu kan.
Rasa baru je nak seronok di bulan january.. tup tup dah february. February pon masa tak panjang... sekejap je , tak macam bulan2 yang lain.. harap-harap bulan ni... adalah bulan terbaik dan lucky untuk kita semua..

Inshaa Allah


NAK DAPAT GADGET,TOPUP SECARA PERCUMA HANYA DENGAN JAWAP SOALAN SAHAJA??

REGESTER SINI >>>>>> KLIK SAYA