8 Jan 2016

Perubahan Yang Akan Berlaku Selepas Berkahwin

Alhamdulillah pada yang baru sahaja menempuhi alam rumah tangga.. semoga dapat menjalankan tanggungjawap masing2. Inshaa Allah.

Well , banyak perkara yang kena kita tahu before memasuki alam perkahwinan ni... tak ada lah susah mana pun. Seronok je.. Tapi dalam keseronokan tu , kau jangan lah buat perangai lama kau masa bujang2.. Tak manis kot bini orang tapi perangai macam anak dara dulu. Hihi , Banyak perubahan yang berlaku hokeh! Pastikan kau tak mati terkejut !

Bagi aku , dalam apa2 hal pun , kita kena ada ilmu... tapi bukan lah ilmu hitam yang aku maksudkan... I mean , kalau nak jadi isteri orang tu.. kau kena lah belajar , cari gali... banyak kan membaca.. sebab tu lah guna nya kursus kahwin , semua tu ilmu lah yang kita dapat.. Jangan nak gi kursus kahwin semata-mata nak ambil sijil je , lepas tu kahwin... amboii hang! kemain lagi. Kang nanti dah kahwin... kau marah pulak laki kau sebab bagi bangun awal!! haaa... jangan lah macam tu.. Meh , baca perubahan apa yang akan berlaku selepas berkahwin nanti..


Benda pertama yang harus korang tau selepas kahwin adalah " bangun pagi " Benda ni sangat lah penting ye girls! Kau nak , laki kau bangun dulu lepas tu tengok kau macam batang pisang terbongkang atas tilam??? Haaa.. kalau tak nak , sila lah bangun awal.. dan buat breakfast untuk suami tercinta... Biar dia bangun je , breakfast dah atas meja... mau tak happy si suami...! Jangan lah bawa sikap malas bangun pagi kau tu masa bujang.. ntah langsir bilik buka ke tak dalam sehari tu.. kalau mak kau tak jerit pagi2 buta... tak bangun lah jawapnye!  Perubahan besar beb... bukan senang nak bangun pagi kalau dah biasa bangun pukul 12 tengah hari... Dah kau nak kahwin , harus lah redha.. tu belum ada anak lagi.. kang ada anak nanti , tau lah !


Ok bab ni... ntah nak kata macam mana , kalau dulu kau bujang2 tau masak maggie je.. tapi bila dah ada laki ni... segala resepi dato nenek pun kau nak save kat handphone... seriously , ni bukan cerita kosong ye... Kalau dulu masa bujang , memang kau tak kisahlah kau makan nasi dengan kicap je pun dah kira heaven... lagi2 maggie cup! makaiii macam makan beef stick je rasa... Haaa , kau ingat esok dah kahwin.. makan maggie cup tu seindah nikmatnya masa zaman bujang dulu??? Takde nye lah , kalau boleh... hari2 kau nak masak macam2... Lagi2 kalau kau dapat laki yang food lover , nak nye makan yang sedap aje. Takpe kot kalau dia nak makan kat luar.. kalau nak masakan kau jugak.. bersabarlah wahai perempuan.. redha lah jari jemari kau kecut menghadap sinki dari pagi..tengah hari ke malam... 

Perubahan Yang Akan Berlaku Selepas Berkahwin

Yeah i know , masa bujang kau mandi sehari sekali je kan..? tu kalau tak keluar rumah , tapi bila keluar rumah.... bukan main lagi perfume kau kan?? hoiii... bila dah kahwin nanti , benda pertama yang kau amalkan lah mandi pagi... eeeee , tak kuasa kang laki kau duk peluk kalau malas mandi... so kiranya , kau harus berubah bila dah berkahwin yee...bukan berubah jadi sailormoon , tapi berubah sikap lebih kepada kebaikan... Sayang suami tak?? Haa kalau sayang , jaga keperibadian.. jaga kebersihan.. Tak nak lah nanti laki kau shh shh dekat cik senah sebelah rumah... Haa gituuu!

Perubahan Yang Akan Berlaku Selepas Berkahwin

" Hoooiii mila... bilik kau ni bila nak kemas?? Haaa... gtu je lah setiap hari mak kau jerit , sampai nak koyak mulut mak hari2 suruh kemas bilik... Nampak tak kehidupan masa bujang... takde siapa nak ambil tahu..mak aje yang jadi supersayya hari2 menghadap sikap kita ni... Boyfriend pun ingat kau ni pengemas je , mana tak nya... keluar dating bukan main lagi semua rapi je...shawl pun lilit ikut bunga... Haha! Tau2 kat rumah.. hari2 mak kau jerit suruh kemas bilik... satu benda pun tak ade yang rapi... Haihhh , nanti dah kahwin... amboiiii cik hakak.... cadar siap english style lagi kauuu haa!!! pikat hati suami letew... suami duk atas katil sekejap je pun dah kemaskan semula.. 

Haaa... benda semua ni kau kena belajar awal2 tau , tak rugi sebenarnye pon cari ilmu.... belajar itu ini , kang takut nanti sikap masa bujang kau bawa sekali ke alam perkahwinan... nanti perubahan yang akan berlaku tu kau tak boleh terima.. takut nanti boleh jadi stress.. tak nak lah keluar mstar online nanti " isteri gila selepas seminggu perkahwinan di sebabkan stress " 

Actually banyak benda lagi... nanti dah kahwin kau tau lah , rajin kan membaca je... Inshaa Allah selepas kahwin nanti , tak ada lah kau terkejut beruk bila benda masa bujang kau suka buat tapi dah kahwin tak boleh buat... Ingat tuuuu



 FOLLOW INSTAGRAM : LADYSHAH_